Showing posts with label kisah happy. Show all posts
Showing posts with label kisah happy. Show all posts

Jan 22, 2016

Trip To Vietnam 1

Entah kenapa tetiba yatt nak update harini.. mungkin rasa sihat sikit. Badan rasa lemau je time pregnant sekarang. Punyala excited dulu kononnya dapat anak kedua ni yatt fikir takkan ada lagi alahan macam pregnant anak pertama dulu. Rupanya nah kau, lagi teruk bebeno. Kalini lain macam sikit rasanya, sakit kepala rasa macam nak hempuk ke dinding. Nak kata migrain tak pernah-pernah ada migrain pon sebenarnya. Doktor kata biasala hormon lain dah kan. Macam-macam akan rasa. Bau perfume laki aku pun takleh nak bau. apa cer.. hehe..


Now dah 4 bulan lebih rasa ok sikit cuma sakit kepala, mual-mual masih ada. Heran. Dulu anak pertama sampai 3 bulan camtu mual dah kurang. Makan berselera..hahaha.. membulat je dulu.sekarang nak kata berselera tak juga. Time makan kena makan. Kalau lambat makan sikit mau masuk angin. Ha mulalah nak termuntah bagai...eh termelalut bab pregnant pula kan. Tajuk kemain Trip to Vietnam tapi cerita bab mengandung bagai... kelaut dah ni.hihihi.. ampunn.. ok kita mula dengan pengalaman yatt pergi ke Vietnam pada bulan tiga tahun lepas.

Yatt pergi Vietnam bukan sendiri-sendiri tapi melalui agen Solehah Travel. Dorang memang ok, sebab dah berpengalaman membawa ramai pelanggan ke negara jiran contoh macam Bali, Indonesia, Vietnam, Thailand dan banyak lagilah. Yatt pergi pakej murah je korang. RM699 masa tu. Pakej tu termasuk TIKET FLIGHT (RETURN), AIRPORT TRANSFER, HOTEL. Makan Minum yatt belanja sendiri la.. Masa nak datang tu dah tanya agen, agak-agak kalau nak belanja nak bawa berapa. Biasala orang jenis bajet ni (sebenanrnya kedekut nak mamp...) hehe.. Dia kata bawa RM1000 pun dah cukup. Tukar siap-siap kat Malaysia katanya. Tahun lepas currency MYR kita tak seteruk sekarang. So ok la juga yatt berbelanja masa tu. Dia minta bawa RM1000 tapi yatt tukar RM1500. Dapatla juta-juta Dong.. Jadi jutawan la jap kan.. hahaha

Ok pepagi buta yatt dah kejut adik untuk hantar kat KLIA. Dia memang selalu jadi Driver yatt kalau suami yatt takda atau kerja.Alhamdulillah dikurniakan adik yang banyak membantu kakaknya ni.
Yatt tak kalut sangat sebab agen yang tolong check in kan. Sampai-sampai je KLIA siap boleh makan lagi dan rehat-rehat kejap.



Yatt tak berapa ingat masa tu naik flight jam berapa dan sampai kat Vietnam jam berapa. Sampai je Vietnam ada pemandu van yang dah tunggu kami semua. Tapi cek nak habaq la, penat juga sebab agen terus bawa kitorang ke Kedai Wholesale Linda, tengok baju-baju harga kilang, sangat murah dan berkualiti. Ada pakcik-makcik ni dah tak tahan lapar. Nampak juga membebel-bebel pada yang shopping punyala lama kat situ. Yatt steady je..haha.. Lepas dah setel kat situ. Pemandu bawa kami ke Hotel.

Linda Wholesale, memang best beli belah sini

Sampai je hotel, check in. Rehat-rehat dulu. Petang sikit barula turun makan dan shopping. Hotel yatt duduk tu not bad la, selesa. Dan sangat dekat dengan Ben Thanh Market. Jalan kaki je.


Cantikkan beg-beg ni


Jeruk-jeruk, tak beli sebab takut tak halal


Keadaan dalam Ben Thanh Market



Harga-harga makanan sini agak mahal.. Nasi Goreng yang boleh dapat harga RM4 kat Malaysia kat Vietnam harganya RM12 macam tu.hahaha... Kedai biasa-biasa aje. Layankan aje..Tapi korang jangan risau sebab makanan kat sini mudah nak cari yang HALAL.

Malam pula, yatt shopping ngan adik sorang ni, anak agen kat Pasar Malam Vietnam. Korang boleh rambang mata oi. Maciam-maciam ada... Beg, Tali pinggang, Baju jersi, eh mcm-mcm la. Boleh tahan murah la juga.Yatt banyak membeli juga malam tu untuk family. Takda niat nak beli untuk jual ke apa. Semua beli memang untuk hadiahkan pada orang lain. Gambar kat pasar malam tu takda la pulok.. Rasanya setakat ni dulula Yatt kisahkan pengalaman kat Vietnam. Nanti next entri akan cerita pasal Pakcik Beca penipu, War Memorial Museum, Ben Thanh Market dan  ada lagila nak cerita. Korang setia dengan next entri ye.. haha.. Adios..


May 30, 2014

"A Journey of Two Becoming One "


Istri adalah :
1. Org yg akan mendampingimu seumur hidup.
2. Org yg akan melahirkan anak"mu, walau dgn penuh rasa sakit.
3. Org yg merawatmu sampai tua.
4. Org yg akan merawatmu pd saat kau sakit.
5. Org yg akan sllu mendukung walau kau gagal berpuluh" bahkan beratus" kali.
6. Org yg memberikan hidupnya untukmu.
Bahkan ia membuang egonya demi bersamamu.
Bahkan saat kau menyakitinya, ia tetap berada di sampingmu..

Sedangkan suami adalah:
1. Org yg akan menjagamu seumur hidupmu.
2. Org yg berkorban untukmu.
3. Org yg menafkahimu.
4. Org yg merawatmu pd saat kau sakit.
5. Org yg memelukmu pada saat kau sedih.
6. Org yg ingin membuatmu bahagia.

Mrka sama berharganya, hanya saja mrka mempunyai perbedaan" yg kadang membuat mrka menyakiti 1 sama lain, & itu hanya dpt diatasi dgn pengertian dari kedua belah pihak.

Hidup itu singkat.
Trllu singkat utk berbagai pertengkaran.
Mengapa tdk km bahagiakan saja pasanganmu, & mengisi hari" kalian dgn penuh cinta, & membuat pasanganmu tersenyum lbh lebar tiap harinya?
Bukankah itu lbh baik & bhgia dibanding saling menyakiti?
Walaupun byk hal, dmna kenyataannya tak mudah utk dilalui, bahkan terkadang enggan utk melaluinya.

Like n Share ^^




Nov 4, 2013

Tips Luka Bersalin 'Caesar' Cepat Sembuh

Assalamualaikum..

ibu-ibu bersalin secara apa ye? normal? caesar?

Macam Yatt ni emergency caesar sebab da masuk dalam labour room pun dari jam 9 malam hingga pagi bukaan duk 5 cm je jadi doc ambil kptusan nak czer je sebab takut baby lemas kan.



Ramai tanya Yatt tak sakit ke bhgian czer? tak sengal-sengal ke bahagian tu? Alhamdulillah after Yatt jaga pemakanan dan sebagainya Yatt langsung tak risau tentang sakit kat bahagian tu. so apa yang Yatt buat ni yatt nak kongsi beberapa tips macam mana kita nak cepat sembuh. Hanya dalam seminggu ke 2 minggu tempat czer yatt langsung tak rasa sakit hingga ke hari ini.

1. Tips paling penting ialah memastikan luka sentiasa kering. Selepas mandi, pastikan luka di lap sehingga kering dengan kain yang lembut, bukan dengan tisu. Dari masa kesemasa pula, pastinya ibu berpeluh. Pastikan kawasan luka sentiasa kering, sama ada dari peluh atau air mandian. Luka yang lembap akan menyebabkan jangkitan mudah berlaku. Justeru itu ibu perlu pastikan kawasan lukanya sentiasa kering agar luka cepat sembuh.

2. Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Minyak gamat atau minyak traditional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu.

3. Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja membasuh di bahagian luka.

4. Elakkan aktiviti lasak pada seminggu pertama kelahiran. Aktiviti naik tangga mahupun membongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti seharian.

5. Elakkan mengambil ubat traditional sebarangan. Dapatkan nasihat doctor kerana bukan semua ubat traditional sesuai untuk ibu bersalin secara Caesar. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan rahim.

6. Susukan bayi anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytoxin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin , bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.

7. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi , multivitamin dan zinc. Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa  pembedahan.  Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh. Manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat. 

Oct 29, 2013

Bagaimana pihak KPT sentiasa menaja yuran pengajian setiap Sem (MyBrain15 MyMaster)

Bismillah

disini Yatt nak berkongsi kepada rakan-rakan atau adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau PHD dengan penajaan Yuran Pengajian daripada KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) iaitu Program MyBrain15 MyMaster atau MyPHD.

Alhamdulillah, Yatt kini berada sem ke 4 pengajian dan KPT tak pernah miss menaja yuran pengajian yang dapat meringankan beban yatt. 

Walaupun nampak mudah je kan setiap sem dapat tetapi setiap kali selepas exam n dapat keputusan yatt perlu pos laporan n result kepada KPT as a record dorang. Yuran kat UPSI murah ja berbanding IPTA lain namun begitu lagi best sebab kenapa? sebab KPT taja untuk bayar yuran. dan satu lagi best sebab lepas da siap tesis dapat pula elaun RM1500. Tupun kalau korang ambil Mod B (Kerja Kursus dan Disertasi)...

So, kepada yang ingin tahu lanjut mengenai tajaan MyBrain15 ini anda semua boleh ke laman web berikut :


kat sini juga yatt nak kongsikan penyata kewangan yatt semasa pengajian di UPSI hingga kini..




yang last tu KPT belum masukkan lagi pembayaran Yuran kepada UPSI. semua setiap sem tak pernah miss mereka menaja haku.. semua rezeki drpda Tuhan tetapi sebagai hamba Nya kita kena berusaha untuk dapatkan nya.. masa nak mohon MyBrain tu mula2 byak juga benda kena buat tapi at last da dapat tu rasa bersyukur sangat sebab boleh kurangkan beban. 

Jadi semoga ianya menjadi panduan kepada rakan2 atau adik2 yang nak mohon MyBrain15 ni.

Doakan juga Yatt dapat habiskan Master secepat mungkin dan doakan juga Yatt dapat sambung lagi ke peringkat lebih tinggi PHD dan dapat tajaan lagi dari MyBrain15 MyPHD hiks :)

kalau PHD lagi best sebab dorang taja Yuran Pengajian dan dapat pula elaun RM2300 sebulan.. sapa tak mau kan.. 

Sep 22, 2013

My Master's Upsi Result





now, in 4th semester and im doing my research. Hopefully can finish up before end of Disember 2013! Prasy for me yeah! InshaAllah..

Sep 18, 2013

Langkah Awal Buat Duit menggunakan Blog

Cara terbaik untuk buat duit secara online  adalah bermula dengan sesuatu yang anda suka . Adakah anda menyukai bola sepak ,minat peliharaan haiwan, atau memasak? Perkara yang ingin ditunjukkan di sini adalah bahawa anda boleh menjana pendapatan secara online dengan apa yang anda suka lakukan atau apa yang anda suka belajar dan pelajari.
Internet penuh dengan begitu banyak maklumat dan peluang menjadikan anda  mudah untuk lakukan. Dengan melakukan apa yang anda suka, sikit demi sikit , minat juga boleh dijadikan sebagai kerjaya anda.
Cara Mulakan Perniagaan Online dengan Bermula dari Minat anda.
Terdapat banyak cara untuk memulakan perniagaan dengan mengikut minat atau hobi anda. Berikut beberapa perkara yang anda boleh pertimbangkan apabila ingin menjalankan perniagaan online.
Blogging: Idea blog adalah pantas dan sangat popular. Anda boleh mulakan blog pada topik yang anda minat untuk dikongsikan. Ia adalah mudah untuk menulis kandungan yang berkualiti berdasarkan minat yang ada pada anda , sehingga akhirnya membina blog secara serius sehingga dapat menarik perhatian pengiklan.


Pengiklan sanggup untuk meletakkan iklan produk mereka di blog anda dengan bayaran yang ditetapkan oleh anda. Pengiklan tidak teragak-agak meletakkan iklan diblog anda jika pengiklan dapat perolehi faedah dari promosi iklan di blog anda. Selain dari itu, Syarikat-syarikat seperti Google juga bersedia untuk meletakkan iklan yang dipanggil iklan AdSense (http://www.google.com/adsense) di blog anda. Satu lagi syarikat yang juga popular untuk pengiklanan di blog anda adalah NuffNang (http://www.nuffnang.com.my)
Untuk setiap klik dari pengunjung blog anda klik pada iklan tersebut , anda akan mendapat ‘komisen’ daripada hasil iklan atau kos klik tersebut. Apa yang benar-benar yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan blog yang berkualiti. Ini adalah sebab tunggal dan utama mengapa membina perniagaan online di sekitar subjek atau bidang yang anda suka adalah sangat penting untuk kejayaan anda.

Yatt tak lepaskan peluang untuk jana duit melalui blog. biarpun jarang update CPUV campaign still on going u olls.Alhamdulillah rezeki. tak kluaq modai n ayaq liuq pun berblog ni just taip je apa yg ko suka janji tak melebihi batas. 1st cek dari nuffnang untuk yatt awak-awak boleh tengok kat sini .
credit to : Irfan Khairi

Sep 17, 2013

Mee Udang D'King Sungai Petani sempoi baq ang

Masa balik dari pergi jemputan dari BizCS ahli NEF di Pulau Pinang minggu lepas 6 September sempat singgah Kedai Makan Mee Udang D'King. 1st time nak cuba makan dengan family kat situ. Yang suggestnya op coz la abang sulong yatt tu dia kan orang SP.hihi.. rumah pun kat Sp tapi keja nun kat Jitra nu Kolej Komuniti Jitra as a lecturer. heu heu..memang keja dia ulang alik je la dari Sp ke Jitra. kuat semangat abg muim yatt neh. haha.. moga Tuhan sentiasa memelihara dia sentiasa. InshaAllah.. same goes to my lil brother too.. asyraf, keja kat Sirim Penang n kdg2 ulang alik pegi Merbok rumah Mertua dia.

ok!stop!kita cita pasai mee udang depa ni pulak noo.. memang terbaik bro.. kuah dia ala2 char kuew teow. kuahnya banjir melimpahi mangkuk yang besaq gedabak tu. udangnya pulak perghh besaq2 n fresh2 gitu.
tak menyesal pekena 2 mangkuk besaq ntuk family kami. haku tambah 2 kali eh bukan berkali2 tak ingat berapa.hehe.. so tau sedap2 tak sedap jom layan gambaq mee udang yang melimpah ruah tu.



Jul 30, 2013

My Dulang @ Old Town White Coffee Hidangan Ramadan 2013~ voucher~

Assalamualaikum, pada 2 Julai 2013 rangkaian cafe kopi putih terkenal OLDTOWN White Coffee telah membuat pelancaran khas bagi set hidangan MyDulang @ OLDTOWN bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang. Yatt ada dapat voucher daripda Old Town untuk merasai kelazatan makanan di sana. Tapi belum berkesempatan pergi. Puasa pun dah berada kat penghujung kan.Lagipun voucher tu valid sampai 31 Julai 2013 je. Ada dua hari je lagi.



Konsep tradisional MyDulang @ OLDTOWN ni cukup menarik di mana pinggan atau dulang kayu digunakan semasa menikmati hidangan makanan. Kebiasaannya dulang akan diisi dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan akan dihidangkan untuk dinikmati oleh semua ahli keluarga sebagai tanda perkongsian dan kemesraan.
MyDulang @ OLDTOWN telah direka untuk memperingati serta memberi inspirasi kepada anda untuk mengalami serta menghayati detik-detik indah tersebut bersama ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan sempena bulan puasa yang mulia.

OLDTOWN White Coffee yang baru-baru ini telah mendapat pengiktirafanStatus Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menghidangkan MyDulang @ OLDTOWN bermula dari 8 Julai 2013.
Pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan Rendang Ayam atau Daging dan menjamu selera dengan memesan Set Dulang Individu ataupunSet Dulang Keluarga untuk hidangan 2 – 3 orang.

Set Individu MyDulang @ OLDTOWN

Set Individu MyDulang @ OLDTOWN berharga RM16.90 dengan hidangan berikut:
  • Rendang Chicken / Rendang Beef
  • Chicken Satay with Satay Sauce
  • Fried Lekor
  • Cucumber strips
  • Egg Skin strips
  • Cooked Long Bean
  • Kangkung Sambal Hae bee
  • Nasi Kunyit
  • Lekor Chili Sauce
  • Belacan Chilli
  • 1 Beverage – Rose Nata Selasih / OldTown White Coffee / OldTown Teh Tarik
  • 1 Dessert – OldTown Ice Kacang with Rose Syrup / Ice Kacang with Gula Melaka (Add a scoop of ice cream for RM1)

Jul 24, 2013

Dapatkan RM1000 secepat mungkin sebelum hujung tahun 2013

Good news ntuk usahawan-usahawan di Malaysia.. korang tak nak ke RM1000 masuk dalam akaun?

caranya mudah je... korang ada daftar niaga, umur 18 ke 65 tahun, ada website domain .com.my yg aktif da boleh mohon geran rm1000 melalui link SKMM ni https://gmbo.skmm.gov.my/

mcm mana kalau mak cik belum ada wesbite dik?? jgan risau mak cik, sy boleh tolong... join kelas sehari dan sy bagi modul inshaAllah mak cik siap boleh balik update sendiri dekat rumah. boleh develop sndri website tu. bukan org yg pakar je boleh kita yg berniaga kat pasar malam pun boleh buat tau! lepas da publish website da boleh terus apply geran rm1000 tu. bukan senang nak senang.. kena usaha dulu.. tapi simple je nak buat.

Nak2 pulak kalau tau nak buat website upah pakar kena kluar modal sampai rm3500.. hah jenuh kan. skang ni just dengan kluar modal RM199 pun da boleh buat website.

tapi... bila kita dah ada website tu n dpat geran rm1000 jgn pula kita abaikan mcm tu ja website. selalu-selalu la update k. :)

nak tahu lebih lanjut tentang kelas boleh cantact yatt kat FB Yatt's Closet atau whatsapp kat no 0195111864.





Apr 20, 2013

Harga Emas Terendah Sejak 2011


KUALA LUMPUR 17 April - Harga emas dunia mencatat penurunan mendadak dalam tempoh enam bulan dengan kemerosotan harga lebih 20 peratus apabila didagangkan pada harga AS$44.3 (RM134) segram hari ini.
Harga komoditi berkenaan mencatatkan rekod tertinggi sepanjang tahun iaitu mencecah AS$60 (RM181.7) segram pada 2011 dan kemudiannya menunjukkan trend menurun kepada AS$50 (RM151) segram pada separuh pertama 2012.
Pada Oktober 2012, harga emas kembali bangkit untuk mencecah AS$57 (RM173) segram, namun momentum berkenaan tidak kekal lama sekali gus terus mencatatkan penurunan mendadak.
Harga emas didagangkan pada AS$54 (RM164) segram pada Januari tahun ini dan nilainya terus merosot dengan ketara bulan ini dengan mencatatkan harga AS$50 (RM151) segram pada 1 April dan kemudiannya jatuh lagi kepada AS$44 (RM133) segram.
Semalam komoditi berkenaan jatuh ke paras terendah sejak 2011 dengan didagangkan pada harga AS$43 (RM130) segram.
Penganalisis berpendapat penurunan berkenaan disebabkan oleh faktor kelembapan ekonomi China dalam tempoh tiga bulan ini sehingga menyebabkan industri emas dan besi berdepan dengan situasi sukar.
China merupakan negara kuasa ekonomi kedua terbesar dunia dengan rekod pertumbuhan 7.7 peratus setahun namun semakin perlahan disebabkan banyak faktor.
Bagaimanapun, dari segi prestasi emas dalam tempoh 12 tahun sebelum ini, komoditi berkenaan mengekalkan rekod pertumbuhan tahunan positif untuk tempoh 12 tahun berturut-turut dan dalam perkiraan lima tahun kebelakangan ini pertumbuhan lebih 46 peratus dicatatkan.
Penganalisis berpendapat harga emas akan bangkit semula dari fenomena kejatuhan ini untuk mencatat pertumbuhan positif untuk tempoh sepanjang tahun ini.
Berdasarkan perangkaan ini, situasi kejatuhan harga emas, sekarang adalah masa terbaik untuk pelabur emas mengambil peluang meningkatkan pelaburan masing-masing.
Walaupun harga emas kadang kala tidak menentu, namun prestasi jangka panjangnya adalah lebih baik berbanding pelaburan dalam komoditi lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130418/ek_01/Harga-emas-terendah-sejak-2011#ixzz2R254oxy1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Apr 5, 2013

Klinik Usahawan Berani Berniaga 2013 bersama Dr Azizan Osman di KUIN Alor Setar




Tarikh : 5 April 2013
Masa: 8.30 pagi - 6.00 petang
tempat : Kolej Universiti Insaniah Alor Setar
* Orang yang berjaya adalah mereka yang berani bertindak tetapi orang yang gagal adalah pakar mencipta alasan dan akan terus hidup gagal atau biasa2 sahaja! Semoga anda Kaya &Berjaya! Jumpa esok.

Feb 14, 2013

Cek dari Nuffnang dah sampai..tq Nuffnang. :)

Kena rajin berblog baru leh bertambah kting kting masuk. Lepas beda beli kapet bulu2 kot.hehe.. Rasanya tak mo pakai dan nak simpan dalam tabung Arryan je. :p



Jan 23, 2013

Zakat Pelajaran

Syukur Ya Allah..sesungguhnya rezeki semuanya datang daripada Mu. Baru je lepas keluarkan duit untuk buat majlis keci-kecilan besday Arryan tetiba hubby dapat call (dorang call hubby sebab tmpat keja Tie xda line telefon, kesiankan) dari Pejabat Zakat minta Tie pergi ambil cek. Ekceli minta dari tahun lepas saja nak cuba sebab dulu masa belajar di Matrikulasi dan degree pernah dapat zakat pelajaran ni. Now,pengajian Master cuba2 juga mohon tapi tak berharap sangat. Dan, tengoklah...jumlah nya yg agak besar la juga. Yela sebab Tie (Tie bekerja dan sambung belajar) n suami bekerja dan cuma ada tanggungan anak seorang itu tapi tetap dapat. Alhamdulillah. senyum sampai ke telinga lagi ^_^

Sesungguhnya, tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina dan sentiasa belajar belajar dan belajar kerana belajar tak akan merugikan kamu. :)

Lihatlah cek yang membuat Tie senyum sampai ke telinga>>> (bukan nak show off cuma nak berkongsi) meh la kita sambung belajar dan memohon Zakat Pelajaran di negeri masing2.


My lil bOy Arryan Hasbi's Birthday

enuf to say that.. tired but happening! jom layan gambaq sudah :)