Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Jul 30, 2013

My Dulang @ Old Town White Coffee Hidangan Ramadan 2013~ voucher~

Assalamualaikum, pada 2 Julai 2013 rangkaian cafe kopi putih terkenal OLDTOWN White Coffee telah membuat pelancaran khas bagi set hidangan MyDulang @ OLDTOWN bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang. Yatt ada dapat voucher daripda Old Town untuk merasai kelazatan makanan di sana. Tapi belum berkesempatan pergi. Puasa pun dah berada kat penghujung kan.Lagipun voucher tu valid sampai 31 Julai 2013 je. Ada dua hari je lagi.



Konsep tradisional MyDulang @ OLDTOWN ni cukup menarik di mana pinggan atau dulang kayu digunakan semasa menikmati hidangan makanan. Kebiasaannya dulang akan diisi dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan akan dihidangkan untuk dinikmati oleh semua ahli keluarga sebagai tanda perkongsian dan kemesraan.
MyDulang @ OLDTOWN telah direka untuk memperingati serta memberi inspirasi kepada anda untuk mengalami serta menghayati detik-detik indah tersebut bersama ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan sempena bulan puasa yang mulia.

OLDTOWN White Coffee yang baru-baru ini telah mendapat pengiktirafanStatus Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menghidangkan MyDulang @ OLDTOWN bermula dari 8 Julai 2013.
Pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan Rendang Ayam atau Daging dan menjamu selera dengan memesan Set Dulang Individu ataupunSet Dulang Keluarga untuk hidangan 2 – 3 orang.

Set Individu MyDulang @ OLDTOWN

Set Individu MyDulang @ OLDTOWN berharga RM16.90 dengan hidangan berikut:
  • Rendang Chicken / Rendang Beef
  • Chicken Satay with Satay Sauce
  • Fried Lekor
  • Cucumber strips
  • Egg Skin strips
  • Cooked Long Bean
  • Kangkung Sambal Hae bee
  • Nasi Kunyit
  • Lekor Chili Sauce
  • Belacan Chilli
  • 1 Beverage – Rose Nata Selasih / OldTown White Coffee / OldTown Teh Tarik
  • 1 Dessert – OldTown Ice Kacang with Rose Syrup / Ice Kacang with Gula Melaka (Add a scoop of ice cream for RM1)

Jul 25, 2013

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2013 seluruh Negeri di Malaysia


Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013 seluruh negeri di Malaysia

tempat bayar zakat fitrah 2013 kadar bayaran zakat fitrah 2013Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah. Untuk tahun ini setiap negeri masih mengekalkan kadar seperti tahun sebelumnya
Selain itu, umat Islam turut dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri
Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
NegeriTahun 2013 (RM)
Perlis6.00
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.50
Johor5.00/8.00*
Pahang7.00
Terengganu4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.00
Sarawak6.50
Sabah7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.00
 *Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras


My Sumber - http://www.mysumber.com/informasi/kadar-bayaran-zakat-fitrah-2013-seluruh-negeri#ixzz2a4xUdRIz

Jul 25, 2012

Barang apa yang perlu di bisik kalau nak minta suami belikan..cer teka??


kikikiki...lawak tak lawak tak...lawak la...hehehe

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2012



Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah bagi Seluruh Malaysia Mengikut Negeri bagi Tahun 1433 Hijrah / 2012

JOHOR : RM5.00 / RM8.00

KEDAH : RM7.00

MELAKA : RM6.50

KELANTAN : RM7.00 

NEGERI SEMBILAN : RM6.50

PAHANG : RM7.00

SELANGOR : RM7.00

TERENGGANU : RM4.50 / RM7.00 / RM7.60

SABAH : RM7.00

PERLIS : RM6.00

PULAU PINANG : RM7.00

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA / LABUAN : RM7.00

SARAWAK : RM6.50

PERAK : RM7.00


ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Syarat Zakat Fitrah

1. Islam
2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah


Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.


Waktu mengeluarkan zakat fitrah 

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Niat Zakat Fitrah

“ Wang sebanyak RM _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala. ”

Jul 24, 2012

Husnuzon


Apa itu Husnuzon? Husnuzon adalah istilah arab yang membawa maksud "bersangka baik". Selari dengan kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan kali ini, tentu sekali kita semua teruja menyambut kedatangannya. Ya benar semua kita teruja, tapi teruja melalui sudut pandang yang tidak sama. Lazimnya, manusia dilahirkan berbeza-beza. Berbeza dalam konteks cara hidup, cara berfikir dan bagaimana kita terdidik. Jadi cara keterujaan setiap manusia sudah pasti tidak sama. Mungkin saya rasa benda itu tak patut, tapi bagi orang lain patut. Mungkin saya rasa benda ni okay, tapi bagi orang lain tak okay. 

Masih kabur tentang apa yang cuba saya sampaikan? Okay begini. Facebook, Twitter, Instagram, namakan lagi social network yang mungkin saya tak senaraikan disini, tak mengapalah kita sebut apa yang ada saja dulu. Okay semua benda-benda sosial ini kebanjiran dan sarat dengan cerita Ramadhan sejak beberapa hari ini. Senario ini adalah sesuatu yang lumrah. Bermacam-macam jenis dan versinya. Kalau di Facebook akan ada status update seperti "Akhirnya berjaya jalani ibadah puasa di hari pertama". Ada orang berfikir yang si peng-update status tu macam KECOH GILA, BARU PUASA SEHARI NAK BAGITAU BERJAYA APAKEBENDA? Dalam erti kata lain, riak. Bagi yang berfikir sedemikian, ini ialah solusinya. Husnuzon.. mungkin ini pertama kali dia berpuasa. Biarlah dia berkongsi rasa senang hatinya. Tentulah terujanya sama seperti saat pertama kali kita mengerjakan puasa. Dan bila lambakan pengguna twitter berkongsi cerita kelebihan amal di bulan Ramadhan tetap ada yang sanggup tweet sepeti BULAN PUASA NI TIBA-TIBA SEMUA NAK JADI BAIK CERITA AGAMA, HAIRANLAH! Solusinya, husnuzon. Bila ada orang lain tweet tentang ilmu, sepatutnya kita berterima kasih dan bersyukur. Anggaplah si pen-tweet tersebut ingin berkongsi ilmu bersama-sama kita. Tak perlu hairan dan jangan dipersoalkan sesuatu yang baik, tapi hairanlah pada diri sendiri kerana seolah-olah menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan manfaat pada diri. Bila orang memuat turun gambar di Facebook mahupun di Instagram tentang menu yang bakal dihidang nanti janganlah kita berfikir yang dia mahu menunjuk-nunjuk kepada dunia tentang kehebatannya, berbaliklah kita kepada konsep Husnuzon dimana kemungkinan dia ingin berkongsi kepada kita tentang idea masakannya, tiada yang salah di situ. After all sharing is caring! Maka, beratkanlah fikiran kita kearah yang lebih positif. Sama juga seperti kebanyakan wanita yang mengambil inisiatif untuk memakai tudung setibanya bulan Ramadhan. Namun kadang-kadang ada juga lidah berkata LEPAS RAMADHAN BUKA BALIK, BAIK TAK PAYAH. Sekali lagi Husnuzon.. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya dia mencari jalan dan usaha menutup auratnya walau ia bersifat sementara. Doakan saja semoga lembut hatinya untuk terus istiqamah. Mungkin akhirnya nanti dia lah yang lebih solehah. Siapa tahu? Jadi kita janganlah berat-berat kepala. Bertenanglah, tidak semua orang dilahirkan akal kematangannya sama. As humans, we are full of imperfections, tapi kita ada jalan memperbaikinya.

Mari kita renung sejenak petikan kata-kata dari Syeikh Abdul kadir Al Jailani..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu
Ucapkan dalam hatimu :  
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jadi, sentiasalah Husnuzon.

Mari sama-sama kita perbaiki diri dan saling mengingati ya?

Salam Ramadhan 1433 Hijrah.

Sumber : nurulcakapcakap

Jul 22, 2012

Sahur di rumah Mak, berbuka puasa di rumah Mak Mertua :)

Salam Ramadan semua...

memandangkan pengasuh Arryan Hasbi balik kampung ari kames lepas jadi terpaksala tie anta dia kat rumah mak di Sik, lagipun ada ramai kat rumah, Mak Lang Hasbi ada Mak Su Hasbi ada boleh tengok2 kan jap sementara ibu dia pegi keja. Dah alang2 bawak balik Hasbi kat rumah mak, ibu dia ni pun turut terjebak la balik sekali lepas habis kerja. lagipun habis kerja pun da jam 6 petang kan. da lewat sangat nak ambil Hasbi pastu nak balik pulak ke rumah mertua jadinya decide tido je situ. sebab tula sahur je kat rumah mak. tinggal la encik hubby sy sorang2 kat rumah maknya.hehe.. Harini awal puasa pulak dalam jam 5 petang camtu gerak balik rumah mertua la. kira adil la kan..hehe..tie bersahur di rumah mak n berbuka di rumah mertua..hihi..

Alhamdulillah tahun lepas dapat sambut Ramadan dengan suami tapi sekarang bertiga dengan Arryan Hasbi ^_^

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak semua