Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Sep 25, 2013

Petua Untuk Mengandung dan Nak Anak Cepat~InshaAllah~


Bismillah...


Petua dari pakarhowto.com dan selamat mencuba kepada mereka yang ingin mendapatkan anak. Semoga lahirlah seorang HAMBA ALLAH yg soleh / solehah.

PETUA CEPAT DAPAT ANAK



Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.


Begini petuanya :
  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.
Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).



yatt berkongsi post ini dari blog Ana Ahmad

Jan 23, 2013

Tips Untuk Dapatkan Anak Bijak

Dah baca lama benda ni. Biasalaa org forward2 emel ni.. Saje nk share and utk simpanan sendiri..to all mothers yg tgh pregnant..(babe..hehe u know who u are..) leh laa praktikkan ni..Tie pon sok2 nk praktikkan bila dh pregnant balik...hahhaa..ada la certain part yang Tie duk praktikkan masa 1st pegnen dulu :)

~~Rajin rajin buat kira2 matematik sejurus selepas mengandung..bila otak ibu berfikir, rangsangan akan sampai ke anak dalam kandungan..

~~Amalkan makan kurma bersama susu dan selalu2 makan kacang badam. Selain itu, makanlah ikan tanpa kepala kerana kepala ikan ada satu kimia yg tidak baik. Ikan adalah makanan yg baik dan ibu2 mengandung digalakkan makan pil minyak ikan utk perkembangan otak bayi.
.
~~Jangan makan ikan bersama daging..jikalau makan ikan, makanlah ikan sahaja..dan jikalau makan daging,makanlah daging sahaja..

~~Makan buah buahan sebelum makan berat. Ini akan menyebabkan, kita cepat kenyang dan makan dengan sedikit sahaja. Makan dengan banyak akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan lemah serta payah memahami pelajaran.

~~Berhenti merokok dan jauhi perokok. Rokok mengandungi nikotin yg akan merosakkan sel utama pada otak dan melekat pada gen. Anak kepada perokok berkemungkinan akan lembap atau bodoh.

~~Ibu mengandung digalakkan mendengar muzik klasik utk meningkatkan kecerdasan anak. Ini kerana muzik klasik dapat merangsang (stimulate) otak bayi dalam kandungan. Ianya seperti senaman kepada otak.

Cara untuk naikkan HB Darah (perempuan pregnant yang mempunyai tekanan darah rendah)

Assalamualaikum...

Kat sini Tie hanya ingin berkongsi cara macam mana Tie semasa mengandung anak pertama dulu nak naikkan HB yang low. kalau bacaan bawah 12 tu kira low la..cam 8.4 atau 9.4 so kena cuba naikkan sebab takut nnti kesihatan ibu dan baby terjejas. kalau 11 dan ke atas itu normal la.

Apa itu HB darah?

APA ITU HEMOGLOBIN???

HEMOGLOBIN ialah molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa gas oksigen (O2) daripada organ paru-paru ke seluruh tubuh manusia dan kembali semula ke paru-paru dengan membawa gas karbon dioksida (CO2) setelah diambil daripada semua jaringan tubuh manusia.

HEMOGLOBIN terdiri daripada gabungan empat molekul protein (rantai globulin) yang berkaitan bersama-sama. Setiap rantai globulin mengandungi struktur penting disebut molekul heme. Terdapat molekul heme besi yang berfungsi untuk mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida dalam darah. Besi (Iron) terkandung dalam Hemoglobin yang juga berfungsi untuk mewarna merah darah. 

HEMOGLOBIN turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan bentuk sel darah merah. Struktur Hemoglobin yang tidak normal akan menggangu pembentukan sel darah merah dan seterusnya menghalang pengaliran melalui pembuluh darah.


BAGAIMANAKAH HEMOGLOBIN DIUKUR???

Hemoglobin diukur sebagai sebahagian daripada hitung darah lengkap (CBC-complete blood count) daripada sampel darah. Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur hemoglobin yang kebanyakan dilakukan pada masa kini oleh mesin elektronik yang direka khas untuk menguji kadar hemoglobin darah manusia. Menerusi alat ini, sel darah merah dipecahkan untuk mendapatkan hemoglobin. Hemoglobin bebas boleh terdedah pada bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat erat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Jumlah Hemoglobin dapat ditentukan dengan menghalakan cahaya melalui solusi dan mengukur seberapa banyak cahaya yang diserap (khususnya pada panjang gelombang 540 nanometer).


BERAPAKAH PARAS NORMAL HEMOGLOBIN???

Paras Hemoglobin dinyatakan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) per desiliter (dl) daripada darah, sebuah desiliter menjadi 100 mililiter. Julat normal hemoglobin bergantung pada usia dan jantina manusia. Julat normal adalah:

  1. bayi baru lahir = 17-22gm/dl
  2. berusia 1 minggu = 15-20gm/dl
  3. berusia 1 bulan = 11-15gm/dl
  4. kanak-kanak = 11-13gm/dl
  5. lelaki dewasa = 14-18gm/dl
  6. perempuan dewasa = 12-16gm/dl
  7. lelaki berusia = 12.4-14.9 gm/dl
  8. perempuan berusia =11.7-13.8 gm/dl
* Semua nilai ini akan terdapat perbezaan bergantung penggunaan jenis alat dan makmal.

sumber: http://www.medicinenet.com/hemoglobin

Kalau korang punya HB rendah dan tinggi mesti nurse akan pot pet pot pet kan. Sedangkan kita tak mintak pun nak jadi camtu. Ekceli sebenarnya tekanan darah rendah boleh berlaku sekiranya kita terlampau stress, kerja terlalu kuat, kurang rehat, dari segi pemakanan pun akan menyebabkan HB low jadi dekat sini Tie nak kongsikan tips bagaimana nak naikkan HB dan juga cara menjaga kesihatan yang baik semasa mengandung>>


1. Selalu makan sayur Bayam

2. Seminggu dalam 2 atau 3 kali tu rebus kerang n makan atau buatla masakan apa yang korang suka

3. Makan buah jambu batu (tapi kena banyakkan minum air masak)

4. dan jangan lupa makan ubat dan vitamin yang doc bagi tu ok :)


10 Tips Kehamilan Penjagaan Ibu Ketika Hamil


Penjagaan diri dan kandungan merupakan elemen penting untuk anda ambil peduli. Lazimnya doktor hanya memberi panduan umum yang boleh diamalkan sepanjang melalui proses kehamilan.

1. Diet

Banyak perubahan yang perlu dilakukan sebaik disahkan hamil. Paling utama, mengubah gaya makan. Langkah bijak ialah mengikuti saranan piramid makanan. Makan lebih banyak bijirin dan produk bijirin, diikuti sayur-sayuran dan buah-buahan; sumber protein, hasil tenusu dan kurangkan makanan manis, bergaram dan berlemak.

Kepelbagaian dalam pengambilan makanan mustahak kerana ia dapat memastikan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral penting daripada setiap jenis makanan yang diambil. Untuk itu, ambil makanan segar berbanding diproses. Pisang mentah lebih berkhasiat berbanding pisang goreng. Kacang pis segar pula penuh vitamin jika dibandingkan pis dalam tin.
Bawa bersama botol berisi air ke mana sahaja anda pergi. Air mencukupi dapat mengelakkan kelahiran pramatang, sembelit dan komplikasi lain. Sementara itu, air yang dimaksudkan tidak termasuk minuman berkarbonat, teh dan kopi. Hanya air kosong, susu dan jus buah segar dikategorikan sebagai air yang perlu diminum sehingga 2 liter sehari.


2. Senaman
Bersenam memang baik untuk kesihatan. Berita baik untuk yang gemar bersenam kerana amalan konsisten anda dapat mengurangkan simptom di awal trimester kehamilan termasuklah morning sickness. Selain itu, ia membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki dan sembelit.
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit setiap sesi dalam seminggu. Paling mudah ialah dengan berjalan dalam jarak pendek setiap hari atau melakukan aerobik khusus untuk ibu hamil. Biarpun begitu, senaman yang dilakukan tidak semestinya perlu dihabiskan dalam masa 30 minit sekali sesi. Anda boleh membahagikannya kepada sesi tertentu seperti setiap 10 atau 15 minit.
Terdapat beberapa jenis senaman yang ditegah semasa hamil. Jadi dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program senaman. Anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta daripada bersenam apabila mengalami tanda-tanda seperti letih, pening kepala, sesak nafas, kontraksi, pendarahan atau air ketuban bocor.


3. Tidur
Di awal trimester, anda dapat tidur selesa dan lena dengan pelbagai jenis posisi. Apabila perut semakin membesar, anda mulai sukar tidur nyenyak. Oleh yang demikian, sebaik kehamilan melepasi usia 16 minggu, anda dinasihatkan untuk tidur dengan posisi mengiring ke kiri.
Posisi sebegini akan memastikan pengaliran oksigen dan makanan kepada bayi adalah pada tahap paling optimum. Hal ini kerana vena cava inferior di bahagian kanan spina mengalirkankan darah dari bahagian bawah tubuh ke jantung. Posisi yang sama juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa cecair daripada tubuh lalu mengurangkan bengkak di kaki, pergelangan kaki dan tangan. Agar tidur lebih selesa, anda boleh memeluk bantal dan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang.


4. Membaca
Luangkan sedikit masa untuk membaca setiap hari kerana aktiviti ini diakui menenangkan. Dalam pada itu, anda perlu pandai memilih bahan bacaan. Jangan membaca sumber bacaan yang boleh menimbulkan konflik dalaman. Sebaliknya, pilih bahan bacaan ringan ataupun yang mengandungi fakta menarik terutama sekali berkaitan kehamilan mahupun penjagaan bayi.
Memandangkan kehamilan kadangkala boleh menimbulkan tekanan pada waktu-waktu tertentu, jadikan buku sebagai peneman untuk membantu anda menenangkan fikiran. Yakinlah, amalan membaca terutamanya sumber yang boleh membuatkan anda tertawa riang bakal memberi kesan positif kepada bayi dalam kandungan. Hal ini kerana hormon endorfin yang dilepaskan oleh tubuh turut membuatkan bayi tenang dan gembira.


5. Muzik
Dengarlah muzik yang berirama lembut. Mainkan lagu yang sama secara tetap setiap hari. Ulangi amalan yang sama setelah bayi lahir. Anda pasti teruja melihat bayi tenang sebaik sahaja anda memperdengarkannya dengan lagu sama yang pernah didengarnya sewaktu dalam kandungan.
Selain daripada muzik, orang Muslim digalakkan untuk mengalunkan ayat-ayat al-Quran agar kelebihan ayat suci itu mampu merangsang saraf otak bayi yang secara tidak langsung dapat meningkatkan darjah kecerdasan bayi dalam kandungan.


6. Kelas Penyusuan
Sekiranya anda berazam menyusukan bayi bakal lahir secara eksklusif, langkah itu harus dimulakan sejak awal usia kandungan. Anda digalakkan untuk berbual-bual dengan bayi dengan menyatakan kemahuan memberikan susu ibu sejurus dia lahir sehingga usianya 2 tahun atau lebih.
Anda dan suami turut perlu mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik kerajaan, hospital mahupun kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Menerusi kelas ini, anda berdua akan belajar teknik penyusuan yang betul, langkah yang patut diambil jika menghadapi masalah dan sebagainya. Maklumat dan sokongan yang diberikan bakal membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Jika mahukan maklumat lanjut, layari www.ilca.org untuk mencari perunding laktasi berhampiran anda.


7. Kisah Bersalin
Membaca sahaja tidak mencukupi kerana pengalaman orang lain sama pentingnya untuk anda mengetahui serba sedikit hal-hal berkaitan proses pelahiran. Tambahan pula, lain orang lain pengalamannya. Oleh itu, dapatkan pengalaman melahirkan daripada orang terdekat.
Hal ini secara tidak langsung dapat mempersiapkan mental dan fizikal anda untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Menerusi pengalaman orang lain, anda pasti sudah tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan agar dapat melalui proses kelahiran dengan mudah dan lancar.


8. Kelas Antenatal
Bagi anda yang pertama kali bergelar ibu, segera daftarkan diri untuk menyertai kelas antenatal anjuran pihak hospital di mana anda bercadang mahu bersalin. Kelas ini penting kerana anda dan suami bakal didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kehamilan, kelahiran, penyusuan susu dan kehidupan bayi selepas dilahirkan. Biarpun kelas yang anda ikuti ini ringkas, namun ilmu yang bakal diperoleh memberi faedah yang bukan sedikit.


9. Kepanasan
Keluhan tubuh panas terutamanya di trimester akhir adalah normal. Ia berlaku kesan penghasilan hormon progesteron selari dengan peningkatan suhu tubuh bayi. Bagi mengurangkan masalah ini minum air sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang keluar. Antara lain ambil makanan yang banyak mengandungi cecair seperti bubur, yogurt dan jus buah. Dalam berpakaian pula, pilih baju yang diperbuat daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pastikan warnanya cerah supaya panas matahari tidak diserap olehnya.


10. Seks
Anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang selesa ketika hamil. Untuk menjamin keselesaan, anda harus berada di atas. Posisi duduk pula biasanya popular di pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Apabila semakin sarat kedudukan anda membelakangi suami adalah posisi yang terbaik.
Apa jua posisi pilihan pastikan ia selesa dan tidak memberi tekanan pada perut. Selain daripada melakukan hubungan asmara, anda berdua juga boleh mengeratkan kasih sayang dengan berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda sesama sendiri.

sumber: http://ibu2be.blogspot.com/2011/08/10-tips-kehamilan-penjagaan-ibu-ketika.html

Nov 12, 2012

Tip Untuk Mengatasi Keletihan pada para ibu



Dinasihatkan agar ibu menyimpan tenaga sendiri dan bayi. Dapatkan bantuan ibubapa, pembantu rumah, saudara mara atau jiran. Jangan risau jika keadaan rumah anda kurang kemas atau tidak sempurna kerana anda bukannya superwoman. Antara tip untuk menyimpan tenaga:-

1. Tidur apabila bayi tidur. Jika sukar melakukannya, cukuplah sekadar berbaring sambil menutup mata. 
Ambil peluang yang ada untuk berehat walaupun ketika itu ada tetamu. Keluarga dan kawan anda pasti memahami keadaan ini.

2. Minum banyak air. Cuba minum sembilan hingga 12 gelas air sehari. Dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah yang menyebabkan keletihan.

3. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi (kismis, bayam dan aprikot). Zat besi mampu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu, organ dan otot.

4. Elakkan mengambil makanan dan snek berlemak kerana bakal mengambil lebih banyak masa untuk untuk dihadamkan dan mengurangkan aliran darah ke otak, hati dan bahagian tubuh yang lain. Ini berlaku kerana aliran darah meningkat hanya di kawasan perut.

5. Seimbangkan pengambilan protein.

6. Hadkan pengambilan protein antara 15gm hingga 20gm protein setiap kali makan. Selain itu, dua kali snek seberat 15gm adalah digalakkan. Ketahuilah kekurangan protein akan memudahkan anda letih.

7. Kawal pemakanan. Anda hanya perlu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Perut yang terlalu penuh akan menyebabkan keletihan jangka pendek. Dalam pada itu, jika mempunyai berat badan berlebihan, ia membuatkan anda lebih mudah letih.

Oct 15, 2012

Pengalaman masa dah dekat nak due bersalin

Assalamualaikum readers yang sudi menjenguk blog tie neh ^_^

ekceli ada sorang member tie yang tie kenal masa Matrikulasi Perlis dulu mau tie kongsi sikit pasal pengalaman mengandung sebab dia pun skang da 'berisi' pas bina masjid. Ada yang tie ingat n tak ingat. tapi tie cita mana yang ingat la ye.hehe..

masa tie da sarat mengandung n nak dekat due, ada masalah kat tempat kerja menyebabkan tie dapat stress pain..besala semua orang da masalah masing2 kat tempat keja kan so tie tak nak la citekan apa masalahnya sampai tie dapat sakit tu. masa tu memang kepala tie sakit yang amat sampai nak drive tak boleh nak buat keja apa pun tak boleh n lastly tie kena tahan wad. tak ingat lak tie berapa lama duk kat wad tu maybe sehari dua je kot. dalam wad tu macam2 tie belajar dari orang2 yang da pengalaman bersalin. Ada yang kata amalkan doa Nabi Yunus selalu supaya mudah bersalin. Ada yang suh buat minyak/air selusuh kira macam nak bagi mudah bersalin jgakla..n air/minyak tu pulak org yang buat tu memang da pakar dalam buat2 tu semua n op coz la org yang beriman :)

Pastu dengaq lagi orang kata suh rendam 'genggam fatimah' dalam air masak pastu kalo dia kembang tu maksudnya da nak dekat nak bersalin la. mak cik2 tu suh selalu minum air tu katanya mudah bersalin jgak. hmmm...kita sebagai orang muda mengikut je la semuanya kan sebab tak tahu apa :p

Dah kuaq wad, kena pulak masuk balik. ha sat nak crita dari awal na...

mula2 tie g klinik untuk check up masa tu lagi 3 hari kalau tak silap nak smpai tarikh due.. Misi ada check bukaan rahim n dia cakap da bukak 2cm...tapi memang sakit kot time check..waa...siap kuar darah bagai tapi sikit ja la. pastu depa kelam kabut suh masuk sepital sebab ada tanda2 nak dekat bersalin dah. tie dengan muka blur sebab budak baru mengandung n pestime nak bersalin..hahaha..lain la kalau dah ada pengalaman bersalin dah kan mesti sempat lagi berjalan2 dulu sebelum nak deliver. haha... ok tie pun turut je kata misi tu n depa siap suh ambulans yang bawak aku g sepital.hehe..

sampai je sepital misi sepital lak kata cuma bukaan 1 cm je. aiyok..macam2 la misi ni.hahaha..masa kat sepital tu memang duk sakit pinggang n kaki..macam2 la rasa aih..rasa baby nak turun pun ye.huhu.. tapi sampai tarikh due pun tak jugak bersalin.hu..orang yang duk sebelah menyebelah siap kuar masuk g sebab depa dah selamat bersalin pun. hehe.. tie sembang ngan anak 'tak mau kuar tengok dunia lagi ke sayang?' hehehe... memang duk tengok baby orang jela. nak kuar wad memang depa dah tak bagi kuar sebab tarikh due dah lagipun tie ni pestime nak beranak kan. depa takut la jadi apa2 kalo balik rumah so tggu la situ n selalu ja kena buat check up bukaan.huhu..

n pengalaman tie tak leh lupa masa tie kena teguq ngan misi sebab pakai minyak selusuh. dia kata selalunya orang pakai minyak selusuh ni sakit ja lebih tapi tak jugak kuar. amboih mulut puaka sugguh aih. tie pakai pun sebab org2 tua suh pakai sbb tak mau kecikkan ati depa kan. kita ikhtiar yang menentukan semua Allah S.W.T.  masa tu kan pegnen so org time pegnen ni mmg cepat terasa tau. cubala mengandung baru la hang taw. hehehe..mmg tie menangis siap tutup2 bantal lagi.hahaha... bila ingat macam nak tergelak la pulak. alah biasala org mengandung kata sikit pun terasa. tapi kalau tie tak pegnen time tu memang aku hangin n menjawa la sebab tie kan anak no 2 memang tak suka orang teguq yang bukan2. tapi lastly misi tu mintak maap balik. hehehe...

n pas 2 hari dari tarikh due date misi check bukaan lain n time tu depa kata bukaan da 4 cm jadi depa dah gelabah bewak. tie pun tak tau sebab pa depa antaq tie p sepital a.staq pulak pastu.tapi tak pa duk pikiaq macam selesa sikit kot dari sepital sik. he..bawak la p mana pun janji anak tie kuar ngan selamatnya.

time ni tak taw nak habaq la. nak duk pun xleh nak baring pun xleh. sakit pinggang la n mcm2.huhu..duk sat ja lam wad sepital a.staq, malam tu misi suh makan pa patut. tie makan sekut n ayaq milo ja. nasik2 pa tak lalu dah. pastu depa check balik bukaan duk 4 cm tu jgak n depa suh p masuk labour room ntuk bersalin. kita ni pa lagi ikut la pa depa suh..hehehe...

Masa lam bilik bersalin tu haih baring kiri tak kena baring kanan tak kena. mulut terkumat kamit baca doa Nabi Yunus la n doa macam2 lagi. Misi2 lam tu semua baik2 cuma tie je macam buat perangai sikit kot.he.. kan depa ada letak macam alat ntuk dengaq baby heartbeat...tie baring tak tentu sat ke kiri sat ke kanan smpai alat tu terkeluaq.hehe.. misi2 tu kena mai buh semula la.sama gak dengan kain yang depa letak kat kaki. rasanya alat n kain tu berapa kali ntah terkeluar n jatuh. haha..kesian misi tu dpat patient cam tie. yela sbb pinggang ni rasa nak terkeluaq ja taw, sapa penah beranak taw la cmna sakit. tu tak beranak lagi baru 'nak' beranak.. hmm..pastu ada dr laki cina mai dia yang check bukaan. alamak malunya...tie berkepit la apa lagi. hu...duk dengaq dia sembang dengan dr perempuan satu g cina jgak dia kata still 4cm...pastu duk tak duk lama jgak dr cina prempuan pulak check dia kata da 5 cm...ha nmpak sangat tie malu gila dekat dr cina laki tu sbb tu bukaan pun cuma 4 cm..haha..masa dr prmpuan tu check tie buat besa ja. xpa kot no cerita pasai ni bukan pa nak kongsi ja bukan la sx sx bagai...hehehe...ops lupa nak cakap lam labour room ni suami pun ada bg moral support.hehe..

pastu tetiba tie rasa macam nak buang ayaq besaq...rasa macam da duk kat hujung2 dah..hehe..mntak la kebenaran misi nak p bilik ayaq. memang tak boleh la sbb bila dah baring ja atas katil lam bilik tu memang xleh nak p mana sampai la hang beranak. pastu dia kata memang nak dekat beranak rasa macam tu. ooo...
ada jugak depa cucuk pa ntah macam induced la kot yang org duk kata tu bg bukaan cepat kan.

ha nak akhir cerita dah ni..sabaq na..panjang sungguh no...hehe..sapa nak baca tak tau lah. emm..dari kui 9 malam smpai kui 5 pagi bukaan still 5cm. pastu lak misi dengaq macam jntg baby kui duk dengaq slow dah. pastu depa macam gelabah ja tie tengok n dr decide kena bawak masuk operation room. masa ni tie dah mcam khayal ja.he..tie tnya misi sakit dak operate eh? misi kata tak tau sebab dia tak penah operate g,hehe..rasa macam mimpi la. ye la kalo dulu duk tengok tv n dgaq org operate rasa macam euuwww,,,sakitnya.haha...gedix gila..

aku berserah ja la cmna pun janji aku n baby selamat tak gitu. ramai yang pakat2 sorong2 tie p OR... pastu tie rasa ada bnda yang dicucuk kat belakang tapi tak sakit. kebas gitu...sedap aja.hahaha..yela dgan sejuk aircondnya.hmmm... da masuk OR tu depa halang ngan kain maybe nak elakkan tie tgok time depa operate tu. memang tak rasa apa siap leh sembang ngan Dr. India lagi. hehe...

n Alhamdulillah selesai operate tie dgaq baby menangis ^_^ masa ni rasa nak melompat n menangis tanda bersyukur sangat2 sbab da berjaya lahirkan ARRYAN HASBI ;) the best moment ever....

ok nanti tie sambung cite lagi...kita kongsi2 la pa yang patut kan.. maybe leh jadikan tauladan atau pengajaran ke..yg baik kita ambil yang tak elok buang tepi..hehehe

Selamat menempuh perjuangan sebagai bakal ibu kepada yang sedang mengandung dan IBU yang sedang membesarkan anak ^_^


Jun 6, 2012

Wanita2/Ibu2 jangan lupa dengan PAP SMEAR

Mula-mula dengar PAP SMEAR..rasa gerun je sebab doc atau nurse akan masukkan benda kat rahim..euww..mesti sakit kan.. tapi apa yg tie google ni cam tak da la sakit sangat cuma rasa tak selesa sikit je.Belum pegi lagi untuk buat PAP SMEAR ni mungkin sebab takut ;p


Apa itu ujian pap smear?

Ujian yang dilakukan kepada golongan wanita yang sudah melalui hubungan seksual terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin dan pernah melahirkan anak.

Tujuannya?
Untuk mengesan sekiranya terdapat kehadiran kuman/ kulat/ bakteria pada pangkal rahim anda. Sekiranya terdapat kuman, ianya boleh terdedah kepada berlakunya kansel pangkal rahim/ ovarian cancer (pembunuh kedua wanita) jika tidak dirawat. Sekiranya kuman tersebut dapat dikesan pada peringkat awal (melalui ujian pap smear), ini berkemungkinan anda dapat diselamatkan dari kansel pangkal rahim.

Cara rawatan dijalankan?
Dengan memasukkan alat seperti paruh itik (spatula) ke dalam laluan rahim (melalui faraj), tujuannya untuk mendapatkan sedikit tisu pada pangkal rahim bagi menjalankan ujian sekiranya ada terdapat kuman pada rahim anda.

Sakit tak?
Secara jujurnya ujian ini lansung tidak sakit cuma ada sedikit rasa tidak selesa.

Berapa lama untuk setiap ujian?
Kurang dari 2 minit.

Bila masa yang sesuai untuk ujian pap smear?
Untuk wanita yang pernah melahirkan, sebaiknya 3 atau 4 bulan sepelas melahirkan.

Berapa kali dalam setahun?
Hanya 1 kali dalam setahun, selama 3 tahun berturut-turut. Sekiranya tiada jangkitan pada pangkal rahim, anda boleh berehat dari menjalani ujian untuk 2 tahun dan menyambung semula ujian untuk tahun berikutnya. Sekiranya pangkal rahim anda mengandungi kuman, anda perlu repeat semula setiap 6 bulan (ubat dan rawatan akan diberikan).

Tips sebelum menjalani ujian:

1. Elakkan dari hubungan intim dengan suami, 1 atau 2 hari sebelum anda menjalankan ujian.
2. Selepas 10 hari kering haid.
3. Pakai kain/ baju kurung ketika hendak menjalankan ujian (senang untuk diselak... hihi)

Adakah perlu mandi wajib selepas menjalani ujian?
Selepas ujian pap smear wanita akan keluar mani, maka perlu mandi wajib. Sekiranya tidak keluar mani, tak perlu mandi wajib. Bagaimanapun ujian pap smear membatalkan puasa.










Bersama-sama kaum wanita dan ibu2 semua menjalani ujian Pap Smear...Free jer buat kat klinik/Hospital kerajaan. Tanya kepada klinik anda untuk keterangan lanjut...Jagalah kesihatan kita bersama

Terima kasih sudi baca

Jan 15, 2012

Ibu pegnen makan sengkuang cina ntuk elak anak kena jaundis/kuning

Ni mengikut pengalaman tie sendiri, masa pegnen tie amalkan makan sengkuang cina. Hubby beli dalam sekilo n habiskan yg tu je, seingat tie, tie makan masa pegnen dlam 30++ weeks cmtu la. Ekceli ni pun nasihat org2 lama ntuk elakkan anak kena jaundis. Kebanyakan kes jaundis tidak  merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.


Tie syukur sangat sebab baby Arryan xda kuning, kalo ada pun sikit sangat. 1st check mula2 121, 2nd check 59 then last check 56. Alhamdulillah doc ckap xda kuning n bby poo poo kerap so mmg xda masalah. Kalo leh amalkan la masa kita pegnen nnti xdela baby lak kita kena suapkan air tapisan sengkuang cina tu ntuk baby mkan.

Nov 1, 2011

Saat Kelahiran Bayi

Akhirnya, tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Setelah 9 bulan mengandungkan cahaya mata anda, sudah pastinya, inilah hari yang paling mendebarkan dan bakal menggembirakan anda. Sekarang anda di bilik bersalin. Perasaan mula berdebar, bertambah berdebar apabila mendengar suara pesakit yang sedang sakit ingin melahirkan bayi di sebelah bilik bersalin anda, tiba-tiba anda pula terbayangkan proses kelahiran yang perlu anda lalui. Bagaimana mengatasi perasaan berdebar-debar dan gemuruh ini.

Bertenang, apa yang penting sekarang ini adalah ingatkan kembali apa yang anda telah pelajari berkaitan dengan proses kelahiran, kerana ia akan anda praktikan sebentar lagi. Mungkin ini akan membuatkan anda berasa lebih tenang, dan bersedialah menghadapinya. Ikutlah nasihat dan arahan dari Doktor dan Jururawat yang bertugas. Percayalah, segala sesuatu yang bermula pasti akan berakhir. Apa yang penting, tabahkan hati, kuatkan semangat dan berdoalah kepada Allah agar memudahkan proses kelahiran ini. Insya Allah dengan izin Nya segalanya akan menjadi mudah, Insya Allah.

Mengenali Tanda-Tanda Kelahiran

Pada waktu ini, sememangnya, anda boleh melahirkan bayi anda pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu, anda perlulah bijak membezakan antara tanda-tanda kelahiran palsu dengan yang betul. Harus diakui, sememangnya agak sukar untuk membezakan antara kontraksi palsu dengan kontraksi yang sebenar.

Sebagai panduan, kelahiran sudah hampir apabila:

Rasa sakit ketika kontraksi bermula dari rahim di bahagian atas, lalu merebak ke bahagian atas tulang kemaluan. Lama-kelamaan kontraksi akan menjadi teratur, serta kesakitannya semakin kuat. Keluar cairan jernih, berwarna putih kekuningan, dan banyak jumlahnya. Ini adalah air ketuban yang pecah dari vagina, keluar lendir bercampur darah.

Fasa 1:
Bermula dari tanda-tanda persalinan dan berakhir ketika pembukaan mulut rahim sudah lengkap.

Seiring dengan terjadinya kontraksi, mulut rahim membuka secara perlahan. Sebagai panduan, pembukaan jalan lahir biasanya diukur dengan sentimeter (cm). Misalnya, pembukaan 3 bererti mulut rahim sudah membuka sebesar 3 cm. Pada pembukaan 8, anda sudah memasuki tahap peralihan. Pada tahap ini, kontraksi sudah agak cepat dan jaraknya lebih pendek, iaitu setiap 2 minit. Pada waktu ini, kepala bayi sudah berada di jalan lahir dan mulut rahim hampir membuka penuh. Tetapi, anda belum boleh meneran, walaupun kepala bayi sudah mula menolak. Kalau dipaksakan juga, ia akan menyebabkan laluan kelahiran terkoyak. Meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna, iaitu 10 cm. Berapa lamakah waktu berlangsungnya tahap ini? Ianya berbeza-beza. Untuk kelahiran anak pertama, biasanya, kontraksi akan berlaku diantara 5 jam - 24 jam. Tetapi, bagi kelahiran anak kedua, kontraksi akan berlaku lebih cepat, iaitu 2 jam - 6 jam.

Fasa 2:
Bermula dari saat pembukaan mulut rahim secara penuh hingga kelahiran bayi

Ini adalah pengakhiran bagi “perjalanan” si kecil anda. Ia sudah bersedia untuk dilahirkan. Anda sudah boleh mula meneran. Untuk memudahkan proses pengeluaran kepala bayi, proses meneran haruslah serentak dengan datangnya kontraksi. Oleh itu, ikuti petunjuk doktor agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Pada kebiasaannya , tahap ini akan berlangsung sekitar 2 jam, namun begitu ianya boleh menjadi lebih cepat jikalau anda sudah bersedia melahirkan bayi anda. Pada saat proses kelahiran berlangsung, perineum (antara anus dan vagina) akan meregang dan cenderung merobek. Kalau ini terjadi, doktor akan menggunting perineum anda agar robekan teratur. Pada kebiasaannya, setelah kepala bayi mula menonjol, secara automatik ia akan meluncur sehingga bahu dan bahagian tubuh lainnya akan meluncur keluar dengan mudah.

Fasa 3:
Bermula dari kelahiran sehingga keluarnya plasenta.

Tahap ini biasanya berlangsung selama 20 minit. Pada waktu ini, anda masih mengalami kontraksi. Malahan, kontraksi tersebut akan memudahkan keluarnya plasenta. Biasanya , anda akan diminta untuk meneran lagi. Untuk mengetahui apakah plasenta sudah lepas atau belum, doktor akan “menekan” di bahagian bawah perut anda. Setelah plasenta “dikeluarkan”, doktor akan melakukan penjahitan perineum. Ini hanya akan dilakukan jikalau pengguntingan perineum ada dilakukan sebelum ini atau terdapat robekan di perineum yang berlaku secara spontan.

Alhamdulillah... Aku sudah menjadi ibu

Melahirkan si kecil sudah pastinya menjadi saat yang tidak boleh anda lupakan. Setelah 9 bulan mengandungkannya, kini tibalah masanya untuk anda bersemuka dengan si kecil anda. Ia amat bererti, dan inilah satu tanggungjawab besar yang baru menanti anda. Kini, sudah tiba saatnya anda bergelar seorang ibu. Pastinya. Ianya sesuatu yang sangat-sangat membahagiakan. Alhamdulillah.


Ya Allah.hari ku semakin hampir untuk 'deliver' baby.Engkau permudahkanlah segalanya Ya Allah. Amin

Sep 13, 2011

Boy @ Girl? ;)

kejadian semalam pegi scan di Klinik Pakar Dr. Zainol & Dr. Ram, Sungai Petani, Kedah  ;)
tapi yg scan tie Dr. Jasmine, Doc perempuan ;)

doc : nmpak x ni kepala, tangan, jantung n kaki baby?
aku : nampak doctor (sambil tersenyum)
doc : u nak taw jantina baby ke?
aku : boleh juga.. ;)
doc : nmpak x testis dia?so its a boy
aku : yeke. Alhamdulillah (",) (happy sgat tp masih blum bleh percaya selagi belum deliver, hihi)
doc : u memang nak baby boy ye? (ramah doc ni)
aku : xkisah doc janji semuanya selamat.. tapi ramai ckap perut n dri pmbawakan sy ni akan dpat baby   girl..hehe..
doc : semua cukup sifat..insyaAllah semuanya selamat (doc senyum je) :)

Alhamdulillah..its a little herO in my stomach.. (",)


tapi kekuasaan n ketentuan Allah yang dpat menentukannya, tie xkisah laki atau perempuan tapi semoga Tuhan permudahkan tie semasa nak deliver nanti ;)

moga anak yang bakal kluar nnti anak yg bijak, cerdik, soleh/solehah, baik akhlak n paras rupanya ;) amin..