Showing posts with label Pusat Jalur Lebar Komuniti. Show all posts
Showing posts with label Pusat Jalur Lebar Komuniti. Show all posts

Jul 24, 2013

Dapatkan RM1000 secepat mungkin sebelum hujung tahun 2013

Good news ntuk usahawan-usahawan di Malaysia.. korang tak nak ke RM1000 masuk dalam akaun?

caranya mudah je... korang ada daftar niaga, umur 18 ke 65 tahun, ada website domain .com.my yg aktif da boleh mohon geran rm1000 melalui link SKMM ni https://gmbo.skmm.gov.my/

mcm mana kalau mak cik belum ada wesbite dik?? jgan risau mak cik, sy boleh tolong... join kelas sehari dan sy bagi modul inshaAllah mak cik siap boleh balik update sendiri dekat rumah. boleh develop sndri website tu. bukan org yg pakar je boleh kita yg berniaga kat pasar malam pun boleh buat tau! lepas da publish website da boleh terus apply geran rm1000 tu. bukan senang nak senang.. kena usaha dulu.. tapi simple je nak buat.

Nak2 pulak kalau tau nak buat website upah pakar kena kluar modal sampai rm3500.. hah jenuh kan. skang ni just dengan kluar modal RM199 pun da boleh buat website.

tapi... bila kita dah ada website tu n dpat geran rm1000 jgn pula kita abaikan mcm tu ja website. selalu-selalu la update k. :)

nak tahu lebih lanjut tentang kelas boleh cantact yatt kat FB Yatt's Closet atau whatsapp kat no 0195111864.





May 27, 2013

Apa itu Domain Dan Hosting??



Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Bagaimana nak mendapatkan domain dan hosting?

Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Antaranya ialah DataKL. Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Biasanya, bayaran secara online akan dibuat menggunakan kad kredit atau PayPal. Tapi jangan bimbang jika anda tidak mempunyai kad kredit atau PayPal, kerana anda juga boleh membuat bayaran secara bank-in di cawangan Maybank yang berdekatan.

Saya dah ada domain dan hosting. Apa seterusnya?

Ok, sekarang anda dah sedia untuk lancarkan laman web anda agar boleh dilawati oleh seluruh dunia. Jika anda ingin membuat laman web dengan cara mudah, anda boleh menggunakan CMS seperti Joomla!, Zen Cart, Drupal, dan sebagainya. Jika anda ingin membuat blog, WordPress adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya segala kandungan laman web anda sudah siap, letakkan ia kepada hosting anda menggunakan perisian FTP, ataupun melalui cPanel.
Apa benda pula CMS, Joomla, dan cPanel ni ya? Jangan risau, semuanya akan saya terangkan lagi dalam artikel yang akan datang. Jadi, pastikan anda setia mengikutiSembangKomputer.com ye ^^
Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.

Apr 15, 2013

Jangan MENJUAL tapi MEMBANTU


Antara perkara yang menarik minat saya adalah katanya ‘JANGAN MENJUAL’. Ia Jangan Menjual tapi fokus kepada membantu. Kenapa pula perlu membantu? Ini menurut beliau dalam perniagaan, 2 matlamat asas kepada perniagaan adalah

i.                     Bantu selesaikan masalah orang lain

ii.                   Menambah nilai kepada hidup orang lain

Inilah yang dimaksudkan oleh Dr Azizan, katanya kena berkongsi sama apa juga yang kita lakukan dengan orang lain. Bantu selesaikan apa masalah yang ditanggungnya dan memberi nilai tambah kepada kehidupan orang lain. Yang perlu diutamakan terlebih dahulu dalam melakukan jualan sebelum memikirkan pulangan yang bakal kita hadapi.

Satu konsep yang betul dan benar. Sebelum menikmati keuntungan yang banyak, bantu dan tolong orang terlebih dahulu. Fikirkan kebajikan dan bantuan pada orang lain sebelum boleh fikirkan keuntungan yang bakal kita perolehi. Seperti konsep berdakwah, jangan difikirkan kesukaran kita melakukan dakwah kepada orang tetapi fikirkan berapa ramai yang boleh dimanfaatkan ilmu yang telah kita dakwahkan ke jalan yang benar lagi lurus perbetulkan hidup dan kesetiaan kepada yang Maha Esa. Memang akan terjadi dan berlaku banyak dugaan, cabaran dan dugaannya tidak terperi. Tapi ganjarannya? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kerana itu apabila kita hendak melakukan jualan apa yang harus kita lakukan adalah

i.                     Niat dengan betul supaya tindakan kita diperbetulkan dahulu.

ii.                   Bantu dan tolong seramai yang mungkin

iii.                  Fikirkan pada orang lain dahulu sebelum fikirkan tentang diri kita terlebih dahulu. Senang mereka senang juga kita nanti.

iv.                 Mendidik diri kita agar tidak tamak dan pentingkan diri sendiri

v.                   Keuntungan akan datang dengan sendirinya apabila orang telah berpuas hati dengan apa yang telah kita jualkan

vi.                 Ganjaran Allah akan kita peroleh kerana niat dan tindakan kita terlebih dahulu adalah untuk membantu dan memenuhi apa yang mereka mahukan dan perlukan

vii.                Untung di dunia untung di akhirat

Suatu kisah yang diriwayatkan oleh 'Umar bin Jabir, pada suatu hari, di waktu tengah hari beliau ('Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan seharian pekerjaan mereka sebagai pemburu, di mana keadaan ekonomi ketika itu sangat susah dan lemah. Rasulullah amat simpati dan berubah wajah baginda menampakkan kesedihan. Oleh kerana kaum ini sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan pada waktu itu, maka Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya, kemudian beliau keluar dan menyuruh Bilal melaungkan azan dengan tujuan memanggil orang ramai supaya berhimpun. Kemudian Rasulullah sembahyang sunat dua rakaat dan baginda terus berpidato dengan tujuan meminta dan menyeru kepada orang ramai agar memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum yang datang supaya dapat melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut. 

Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang ringgit, pakaian dan juga bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa orang lelaki yang terdiri daripada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian yang secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah Rasulullah s.a.w. berkata: "Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah tamar", kata-kata Rasulullah itu memperlihatkan wajahnya kembali bersinar putih bersih tanda kegembiraan di atas sambutan oleh orang ramai itu, kemudian Rasulullah bersabda:

‘Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada’ (Riwayat Muslim)

Pengajaran daripada hadis di atas dapat difahami bagaimana Rasulullah membuka jalan sebagai laluan kepada orang Islam untuk menolong saudaranya yang dalam kesusahan, kegawatan ekonomi, menghadapi situasi mengharungi arus kehidupan, serta membasmi kemiskinan dan kefakiran dengan apa sahaja yang mampu diberi sebagai tanda simpati serta menghulur bantuan sama ada makanan, pakaian ataupun wang ringgit.

Imam Malik pernah berkata ‘Apabila seseorang insan itu tidak memperlihatkan kebaikan pada dirinya maka orang ramai tidak mengakui kebaikan padanya’.

Firman Allah SWT bermaksud “Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut oleh mu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat’. (Surah Al-Maidah: 2)

Sabda Rasulullah SAW ‘Allah akan sentiasa membantu hamba Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain’ (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Jadi tunggu apa lagi, jelas di paparkan di sini betapa terlalu banyak kebaikannya dalam kita membantu dan menolong pada orang yang benar-benar memerlukannya. Bantu seramai yang termampu dan ketepikan seketika berapa banyak komisen yang akan kita peroleh. Lagi banyak yang kita bantu lagi banyaklah perolehan yang bakal kita peroleh. Jangan gentar dan jangan dirisaukan. Kerana ini semuanya janji Allah kepada kita atas ganjaran dari Nya untuk kita hanya disebabkan niat dan perbuatan kita untuk membantu dan menolong orang seramai yang termampu.
 


Jan 3, 2013

REBATE RM200 BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SEMUA TELEFON PINTAR






HOT STORY HARI NI!!!
Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.Pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'. 

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. 

STUDENT PUN BOLEH APPLY. 

korang yang layak boleh apply di sini



AMARAN!!!
.diharap bersabar kerana kesabaran itu separuh dari iman ye. Pengalaman manja sgt menguji kesabaran kerana dari semalam daftar baru 9.45 mlm tadi berjaya. sila reload sampai korang boleh isi maklumat dan sila refresh if loading untuk pengesahan lambat dan sila isi balik maklumat korang SAMPAI KORANG BERJAYA daftar. 

if nak tahu berjaya ke tak nanti akan cakap permohonan anda telah berjaya dan naik satu number siri. if x naik sila buat sampai berjaya. sbb tu kena KESABARAN DAN dimana ade kemahuan di situ ada jalan. wish u all gud luck. tapi pulul 11mlm hingga 7 pagi korang x leh daftar sbb die org nak kemas kini kan maklumat . 

sumber : http://notamanjaku.blogspot.com/2013/01/hot-story-rebate-rm200-boleh-digunakan.html

Sep 4, 2012

CFM layan aduan jalur lebar



PENGGUNA telefon dan perkhidmatan jalur lebar pastinya mempunyai pelbagai kisah mengenai perkhidmatan yang mereka langgan, lebih-lebih lagi mengenai kekecewaan akibat perkhidmatan yang diterima tidak seperti yang diharapkan.

Justeru apakah tindakan yang diambil? Ternyata ramai pengguna hanya mendiamkan diri berbanding menuntut hak mereka kerana berpendapat ia sekadar isu kecil yang membabitkan kerugian sedikit.

Ada juga pengguna yang membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan jalur lebar yang mereka langgan, tetapi tidak dapat mencari jalan penyelesaian terbaik.

Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Azizan Mohd. Afandi memberitahu, pengguna mempunyai hak untuk mendapat pembelaan sekiranya masih tidak berpuas hati biarpun selepas membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan jalur lebar.

"CFM merupakan medium yang jarang digunakan oleh pengguna dengan sewajarnya sedangkan setiap aduan yang diterima akan cuba diselesaikan membabitkan semua pihak yang terbabit.

"Pengguna mestilah mengetahui hak mereka dan yang paling penting, semak setiap bil yang dikenakan supaya mereka tidak teraniaya," katanya ketika ditemui di pejabat CFM di Straits Building, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Azizan, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah langganan telefon dan jalur lebar tertinggi di dunia dengan jumlah pelanggan sebanyak 37 juta, melebihi jumlah penduduk negara sendiri yang berjumlah kira-kira 28 juta.

"Ini bermakna, seorang pengguna melanggan lebih daripada satu perkhidmatan jalur lebar dan merupakan satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan jumlah aduan yang diterima sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

Azizan memberitahu, pada tahun 2011 jumlah aduan yang diterima CFM adalah berjumlah 1,291 aduan, di mana 48 peratus daripadanya adalah berkenaan perkhidmatan jalur lebar dan 38 peratus lagi berkenaan perkhidmatan telefon.

"Pada tahun 2010 aduan berkenaan perkhidmatan telefon lebih tinggi iaitu berkenaan bil dan caj yang dikenakan, tetapi trend itu sudah berubah selepas beberapa kempen berkenaan hak pengguna dianjurkan CFM sepanjang tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu katanya, CFM dibangunkan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) sebagai platform untuk menguruskan aduan-aduan pengguna berkenaan isu-isu yang lebih kecil.

"CFM berbeza dengan SKMM di mana CFM mengawal selia isu-isu berkenaan multimedia dan komunikasi tanpa membabitkan perundangan. Ia turut dianggotai oleh penyedia-penyedia perkhidmatan yang ada di Malaysia.

"Sekiranya pengguna membuka laman web penyedia-penyedia perkhidmatan jalur lebar seperti Celcom, Maxis dan DiGi, mereka akan dapati terdapat logo CFM dan nombor yang boleh dihubungi untuk membuat aduan yang berkenaan," katanya.

Bagaimanapun katanya, CFM tidak menolak apa sahaja aduan berkenaan perkhidmatan jalur lebar biarpun ia di bawah bidang kuasa SKMM.

"CFM akan membantu pengguna menyalurkan aduan mereka mengikut medium yang tepat.

"Sekiranya aduan tersebut memerlukan penyiasatan lanjut kami akan salurkan kepada SKMM, manakala sekiranya aduan membabitkan tuntutan, kami akan salurkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)," katanya.

Tambah beliau, keputusan yang dicapai tidak semestinya menyebelahi pihak pengguna semata-mata, sebaliknya ia akan menyebelahi pihak yang sepatutnya apabila siasatan dibuat.

"Kepada pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai CFM dan melihat laporan tahunan dan statistik berkenaan boleh melayari laman web CFM di www.cfm.org.my," katanya.

- KOSMO!

Jul 14, 2012

Waspada guna gajet





Oleh Ahmad Shukran Saharudin

Gajet peribadi yang berteknologi tinggi seperti telefon pintar dan notebook, adalah antara yang menyediakan kemudahan di hujung jari di samping menyenangkan kehidupan harian pengguna.

Semua gajet ini begitu mempengaruhi kehidupan hari ini. Kita berkomunikasi menerusi suara dan mendapatkan maklumat, menyiapkan tugas dan malahan menyimpan maklumat rahsia peribadi menerusi gajet berkenaan.

Namun gajet-gajet itu juga mempunyai kelemahan. Selain mengehadkan interaksi bersemuka, ia juga berkompromi dengan keselamatan data peribadi.

Bayangkan apabila anda kehilangan gajet berkenaan? Sebenarnya anda bukan setakat kehilangan gajet malah maklumat peribadi seperti nombor pin, alamat, gambar dan data peribadi lain yang disimpan dalamnya.

Oleh itu, pemilik gajet berkenaan adalah terdedah kepada unsur-unsur jenayah.

Apabila data peribadi pemilik gajet diperoleh oleh penjenayah, mereka bukan sahaja boleh mengeluarkan wang pemilik dari akaun bank atau untuk tujuan ugutan, malahan mereka boleh terpacul di depan pintu rumah pemilik gajet.

Gajet mudah alih ini juga senang jatuh ke tangan mereka yang tidak diingini apabila pemiliknya lalai atau ia dicuri.

Tambahan pula, kemudahan Internet Wi-Fi percuma yang disediakan pihak restoran pula, akan menggalakkan orang ramai membawa komputer bimbit masing-masing dan duduk bersembang maya bersama rakan sehingga dinihari.

Rompakan di sebuah restoran mamak 24 jam di Shah Alam pada tahun lepas jelas menunjukkan pemilik gajet yang menggunakannya di tempat awam terdedah kepada penjenayah.

Dalam kejadian itu, bukan sahaja restoran itu yang dirompak, pelanggan juga turut menjadi mangsa dengan habis semua gajet, komputer dan telefon mereka disamun.

Pengurus projek Vitaldelta Sdn. Bhd., Syahrul Izwan Abdul Wahab ketika mengimbas kejadian di Shah Alam, itu berkata, rakannya yang sedang berbual bersama-sama yang lain didatangi oleh seorang pemuda yang tidak dikenali dan memberi salam sebelum melarikan telefon bimbit yang diletakkan di atas meja.

"Tiada unsur pukau berlaku. Tetapi mereka terkejut dengan tindakan pemuda berkenaan dan terpinga-pinga dengan kejadian itu," kata bapa kepada tiga orang anak itu.

"Tetapi sejak kejadian di Shah Alam, dan kejadian di mana penjenayah merompak telefon bimbit rakan semasa sedang makan dan berbual-bual, saya mengambil langkah berhati-hati tidak membawa peralatan ke restoran. Saya akan buat kerja di rumah atau pejabat sahaja," katanya.

Tempat letak kereta juga antara yang tidak selamat. Namun pemilik kenderaan masih meninggalkan peralatan seperti notebook yang sememangnya menarik perhatian pencuri.

Rakan saya pernah mengalami kerugian beratus ringgit menggantikan cermin belakang keretanya ia dipecahkan semasa diletakkan di sebuah tempat letak kereta.

Ketika kejadian, dia meninggalkan sebuah fail mesyuarat yang hanya berisi beberapa helai kertas kosong, pen dan atur cara majlis - yang dianggap berisi barang berharga oleh penjenayah.

Sikap mengambil mudah juga perlu diubah. Jangan meninggalkan barang-barang berharga ataupun beg dalam kereta. Nanti kereta akan dipecahkan dan kita terpaksa menggantikannya yang tentunya berharga ratusan ringgit.

Paling tidakpun, kalau tidak mahu membawa segala gajet itu, sorokkanlah barang-barang dan alat elektronik itu di tempat yang sesuai. Bukannya diletakkan di tempat muda dilihat oleh orang yang lalu-lalang.

Saya juga ada menerima e-mel daripada seorang rakan yang mengingatkan supaya tidak meninggalkan alat penentu kedudukan global atau (GPS) dan alat kawalan jauh pagar elektrik dalam kereta.

Ini takut berkemungkinan kereta dicuri, penjenayah berpeluang menggunakan kedua-dua alat itu pulang ke rumah pemiliknya.

Jika itu berlaku, jiran-jiran pun tentunya tidak perasan bahawa bukan tuan rumah yang pulang!

Begitu juga dengan memasukkan nama isteri atau suami dengan gelaran manja seperti 'sayang' atau 'ayang' dalam telefon bimbit, yang kemudiannya dicuri yang membolehkan si penjenayah mengirim sistem pesanan ringkas kepada suami atau isteri itu meminta kata laluan dan sebagainya untuk mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM). 

- BERNAMA