Now dah 4 bulan lebih rasa ok sikit cuma sakit kepala, mual-mual masih ada. Heran. Dulu anak pertama sampai 3 bulan camtu mual dah kurang. Makan berselera..hahaha.. membulat je dulu.sekarang nak kata berselera tak juga. Time makan kena makan. Kalau lambat makan sikit mau masuk angin. Ha mulalah nak termuntah bagai...eh termelalut bab pregnant pula kan. Tajuk kemain Trip to Vietnam tapi cerita bab mengandung bagai... kelaut dah ni.hihihi.. ampunn.. ok kita mula dengan pengalaman yatt pergi ke Vietnam pada bulan tiga tahun lepas.
Yatt pergi Vietnam bukan sendiri-sendiri tapi melalui agen Solehah Travel. Dorang memang ok, sebab dah berpengalaman membawa ramai pelanggan ke negara jiran contoh macam Bali, Indonesia, Vietnam, Thailand dan banyak lagilah. Yatt pergi pakej murah je korang. RM699 masa tu. Pakej tu termasuk TIKET FLIGHT (RETURN), AIRPORT TRANSFER, HOTEL. Makan Minum yatt belanja sendiri la.. Masa nak datang tu dah tanya agen, agak-agak kalau nak belanja nak bawa berapa. Biasala orang jenis bajet ni (sebenanrnya kedekut nak mamp...) hehe.. Dia kata bawa RM1000 pun dah cukup. Tukar siap-siap kat Malaysia katanya. Tahun lepas currency MYR kita tak seteruk sekarang. So ok la juga yatt berbelanja masa tu. Dia minta bawa RM1000 tapi yatt tukar RM1500. Dapatla juta-juta Dong.. Jadi jutawan la jap kan.. hahaha
Ok pepagi buta yatt dah kejut adik untuk hantar kat KLIA. Dia memang selalu jadi Driver yatt kalau suami yatt takda atau kerja.Alhamdulillah dikurniakan adik yang banyak membantu kakaknya ni.
Yatt tak kalut sangat sebab agen yang tolong check in kan. Sampai-sampai je KLIA siap boleh makan lagi dan rehat-rehat kejap.
Yatt tak berapa ingat masa tu naik flight jam berapa dan sampai kat Vietnam jam berapa. Sampai je Vietnam ada pemandu van yang dah tunggu kami semua. Tapi cek nak habaq la, penat juga sebab agen terus bawa kitorang ke Kedai Wholesale Linda, tengok baju-baju harga kilang, sangat murah dan berkualiti. Ada pakcik-makcik ni dah tak tahan lapar. Nampak juga membebel-bebel pada yang shopping punyala lama kat situ. Yatt steady je..haha.. Lepas dah setel kat situ. Pemandu bawa kami ke Hotel.
Linda Wholesale, memang best beli belah sini
Sampai je hotel, check in. Rehat-rehat dulu. Petang sikit barula turun makan dan shopping. Hotel yatt duduk tu not bad la, selesa. Dan sangat dekat dengan Ben Thanh Market. Jalan kaki je.
Cantikkan beg-beg ni
Jeruk-jeruk, tak beli sebab takut tak halal
Keadaan dalam Ben Thanh Market
Harga-harga makanan sini agak mahal.. Nasi Goreng yang boleh dapat harga RM4 kat Malaysia kat Vietnam harganya RM12 macam tu.hahaha... Kedai biasa-biasa aje. Layankan aje..Tapi korang jangan risau sebab makanan kat sini mudah nak cari yang HALAL.
Malam pula, yatt shopping ngan adik sorang ni, anak agen kat Pasar Malam Vietnam. Korang boleh rambang mata oi. Maciam-maciam ada... Beg, Tali pinggang, Baju jersi, eh mcm-mcm la. Boleh tahan murah la juga.Yatt banyak membeli juga malam tu untuk family. Takda niat nak beli untuk jual ke apa. Semua beli memang untuk hadiahkan pada orang lain. Gambar kat pasar malam tu takda la pulok.. Rasanya setakat ni dulula Yatt kisahkan pengalaman kat Vietnam. Nanti next entri akan cerita pasal Pakcik Beca penipu, War Memorial Museum, Ben Thanh Market dan ada lagila nak cerita. Korang setia dengan next entri ye.. haha.. Adios..
No comments :
Post a Comment
terima kasih sudi baca dan komen