Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts
May 30, 2014
"A Journey of Two Becoming One "
Istri adalah :
1. Org yg akan mendampingimu seumur hidup.
2. Org yg akan melahirkan anak"mu, walau dgn penuh rasa sakit.
3. Org yg merawatmu sampai tua.
4. Org yg akan merawatmu pd saat kau sakit.
5. Org yg akan sllu mendukung walau kau gagal berpuluh" bahkan beratus" kali.
6. Org yg memberikan hidupnya untukmu.
Bahkan ia membuang egonya demi bersamamu.
Bahkan saat kau menyakitinya, ia tetap berada di sampingmu..
Sedangkan suami adalah:
1. Org yg akan menjagamu seumur hidupmu.
2. Org yg berkorban untukmu.
3. Org yg menafkahimu.
4. Org yg merawatmu pd saat kau sakit.
5. Org yg memelukmu pada saat kau sedih.
6. Org yg ingin membuatmu bahagia.
Mrka sama berharganya, hanya saja mrka mempunyai perbedaan" yg kadang membuat mrka menyakiti 1 sama lain, & itu hanya dpt diatasi dgn pengertian dari kedua belah pihak.
Hidup itu singkat.
Trllu singkat utk berbagai pertengkaran.
Mengapa tdk km bahagiakan saja pasanganmu, & mengisi hari" kalian dgn penuh cinta, & membuat pasanganmu tersenyum lbh lebar tiap harinya?
Bukankah itu lbh baik & bhgia dibanding saling menyakiti?
Walaupun byk hal, dmna kenyataannya tak mudah utk dilalui, bahkan terkadang enggan utk melaluinya.
Like n Share ^^
Label
bicara hati
,
kisah happy
,
Mcm2
,
Motivasi
,
Renungan
,
Tips
Aug 23, 2013
ILMU : Tips Kebahagiaan Anak
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
SHARE ya.
berkerut dahi anak ibu pening maknya suka gambo.. tepi hidung luka sikit sbb dia garu.. now da ilang bekas tu.. Jadi anak soleh ye sayang...InshaAllah ibu sentiasa doakan.
credit to : http://suhaidasupalio.blogspot.com/2013/08/ilmu-tips-kebahagian-anak.html
Label
Baby Arryan Hasbi
,
Doa
,
Kesihatan
,
Renungan
,
Tips
Aug 17, 2013
Kekayaan Bocor kerana KERETA??
Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta.
biasa dengar org gaji 5k, tp pandu kereta yg instalment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji 4k pandu kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org sekeliling. apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.
instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok ...takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu. keta hebat takkan nak pakai brand tayar murah right? keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. so byklah 'kebocoran' sana sini kerana kereta & nak maintain pakej yg datang bersamanya.
kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.
ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression bila org tgk kita sampai. bila attend reunion kwn sekolah cthnya, amat berbeza bila seseorg tu sampai dgn Accord baru berbanding Pesona. cash byk, saham byk, emas byk, rmh byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM.
cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu. byklah opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thun mesti nak tukar kereta lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas pakai dua kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, utk sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang.
dan yg paling malang........................ ............. byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona seken hand malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip duit yg patut bg org tua tiap2 bulan. malah pinjam pulak duit org tua. pinjaman yg liat byr balik. selalunya buat lupa nak byr balik.
credit to :https://www.facebook.com/makananhalal.malaysia
biasa dengar org gaji 5k, tp pandu kereta yg instalment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji 4k pandu kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org sekeliling. apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.
instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok ...takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu. keta hebat takkan nak pakai brand tayar murah right? keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. so byklah 'kebocoran' sana sini kerana kereta & nak maintain pakej yg datang bersamanya.
kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.
ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression bila org tgk kita sampai. bila attend reunion kwn sekolah cthnya, amat berbeza bila seseorg tu sampai dgn Accord baru berbanding Pesona. cash byk, saham byk, emas byk, rmh byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM.
cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu. byklah opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thun mesti nak tukar kereta lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas pakai dua kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, utk sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang.
dan yg paling malang........................
credit to :https://www.facebook.com/makananhalal.malaysia
Apr 15, 2013
Jangan MENJUAL tapi MEMBANTU
Antara perkara yang menarik minat saya adalah katanya ‘JANGAN MENJUAL’. Ia Jangan Menjual tapi fokus kepada membantu. Kenapa pula perlu membantu? Ini menurut beliau dalam perniagaan, 2 matlamat asas kepada perniagaan adalah
i. Bantu selesaikan masalah orang lain
ii. Menambah nilai kepada hidup orang lain
Inilah yang dimaksudkan oleh Dr Azizan, katanya kena berkongsi sama apa juga yang kita lakukan dengan orang lain. Bantu selesaikan apa masalah yang ditanggungnya dan memberi nilai tambah kepada kehidupan orang lain. Yang perlu diutamakan terlebih dahulu dalam melakukan jualan sebelum memikirkan pulangan yang bakal kita hadapi.

Kerana itu apabila kita hendak melakukan jualan apa yang harus kita lakukan adalah
i. Niat dengan betul supaya tindakan kita diperbetulkan dahulu.
ii. Bantu dan tolong seramai yang mungkin
iii. Fikirkan pada orang lain dahulu sebelum fikirkan tentang diri kita terlebih dahulu. Senang mereka senang juga kita nanti.
iv. Mendidik diri kita agar tidak tamak dan pentingkan diri sendiri
v. Keuntungan akan datang dengan sendirinya apabila orang telah berpuas hati dengan apa yang telah kita jualkan
vi. Ganjaran Allah akan kita peroleh kerana niat dan tindakan kita terlebih dahulu adalah untuk membantu dan memenuhi apa yang mereka mahukan dan perlukan
vii. Untung di dunia untung di akhirat
Suatu kisah yang diriwayatkan oleh 'Umar bin Jabir, pada suatu hari, di waktu tengah hari beliau ('Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan seharian pekerjaan mereka sebagai pemburu, di mana keadaan ekonomi ketika itu sangat susah dan lemah. Rasulullah amat simpati dan berubah wajah baginda menampakkan kesedihan. Oleh kerana kaum ini sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan pada waktu itu, maka Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya, kemudian beliau keluar dan menyuruh Bilal melaungkan azan dengan tujuan memanggil orang ramai supaya berhimpun. Kemudian Rasulullah sembahyang sunat dua rakaat dan baginda terus berpidato dengan tujuan meminta dan menyeru kepada orang ramai agar memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum yang datang supaya dapat melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut.
Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang ringgit, pakaian dan juga bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa orang lelaki yang terdiri daripada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian yang secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah Rasulullah s.a.w. berkata: "Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah tamar", kata-kata Rasulullah itu memperlihatkan wajahnya kembali bersinar putih bersih tanda kegembiraan di atas sambutan oleh orang ramai itu, kemudian Rasulullah bersabda:
‘Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada’ (Riwayat Muslim)
Pengajaran daripada hadis di atas dapat difahami bagaimana Rasulullah membuka jalan sebagai laluan kepada orang Islam untuk menolong saudaranya yang dalam kesusahan, kegawatan ekonomi, menghadapi situasi mengharungi arus kehidupan, serta membasmi kemiskinan dan kefakiran dengan apa sahaja yang mampu diberi sebagai tanda simpati serta menghulur bantuan sama ada makanan, pakaian ataupun wang ringgit.
Imam Malik pernah berkata ‘Apabila seseorang insan itu tidak memperlihatkan kebaikan pada dirinya maka orang ramai tidak mengakui kebaikan padanya’.
Firman Allah SWT bermaksud “Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut oleh mu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat’. (Surah Al-Maidah: 2)
Sabda Rasulullah SAW ‘Allah akan sentiasa membantu hamba Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain’ (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Jadi tunggu apa lagi, jelas di paparkan di sini betapa terlalu banyak kebaikannya dalam kita membantu dan menolong pada orang yang benar-benar memerlukannya. Bantu seramai yang termampu dan ketepikan seketika berapa banyak komisen yang akan kita peroleh. Lagi banyak yang kita bantu lagi banyaklah perolehan yang bakal kita peroleh. Jangan gentar dan jangan dirisaukan. Kerana ini semuanya janji Allah kepada kita atas ganjaran dari Nya untuk kita hanya disebabkan niat dan perbuatan kita untuk membantu dan menolong orang seramai yang termampu.
Label
bicara hati
,
Job
,
kOje
,
Pusat Jalur Lebar Komuniti
,
Renungan
Mar 19, 2013
Dalam Mencari Kesempurnaan yang Tidak Sempurna
Dalam kita mencari kesempurnaan.. dalam setiap nafas yang di hela... dalam setiap butir bicara manusia..
dalam gelap ...dalam terang... dalam mimpi mahupun realiti...
tapi...
telah termaktub bahawa manusia hanya hamba yang tidak sempurna..
Allah yang Maha sempurna...
Kita mencari kesempurnaan pada pandangan mata hina manusia... namun kita tidak sedar yang Allah lebih mengetahui apa yang lebih sempurna untuk kita hambanya...
Dalam setiap sujud, doa dan tahajud, kita pohon pada-Nya kehendak kita mengikut perancangan manusia...
namun siapa yang lebih baik perancanganya melainkan yang Maha Esa...
Dalam kita percaya dengan iman yang tipis... kita menduga perancangan-Nya... namun tanpa izin-Nya... kita salah dalam mentafsir...
Siapa kita untuk menduga perancangan-Nya?!
Dengan fikiran yang sempit, akal yang sejengkal, dan setitik ilmu ... sudah pasti kita terlampau kerdil
disisi-Nya...
Dalam angan dan impi, memasuki syurga-Nya... kita mungkin terjerumus dalam neraka yang paling dalam...
Dalam kita cuba berbakti, dalam kita cuba menyenangkan orang lain... hati sendiri tidak terjaga, hati sendiri jatuh dalam air busuk, hati sendiri yang hancur bak kaca menghempas batu, hati sendiri yang pedih umpama luka disapu garam...
Siapa kita untuk menentukannya?
Hamba yang hina, yang alpa, yang lalai, yang lupa, yang angkuh...
Sebaiknya..serahkan pada yang Maha Esa..
Usaha sebaiknya dan tawakal pada ketentuan-Nya...
Label
bicara hati
,
Doa
,
Renungan
Jan 9, 2013
Hukum memakai Pendakap gigi
Islam agama yang menggalakkan keindahan, dalam masa yang sama ia mengajar umatnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada diri mereka. Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, Apa yang ada pada batang tubuh kita, itulah yang terbaik. Kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan
Di zaman kini, dengan pelbagai teknologi, manusia sudah mampu untuk menjadikan wajah mereka kelihatan lebih cantik daripada yang asal.Ini menimbulkan persoalan, apakah hukumnya di sisi syara’. Antara isu yang sering ditanyakan ialah apa hukumnya memakai pendakap gigi.
Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.
(Al-Bukhari dan Muslim).
(Al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj’, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.
Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.
Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas, khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan, atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).
Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik. Contohnya memakai pendapat gigi agar kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan: Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya, samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.
Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas. Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata: Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).
Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan. Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719).
Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.
Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat. Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.
Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi :
“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama’: halaman 105)
Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya). Sepertimana firman Allah SWT :
“Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)
Juga hadis Nabi SAW yang bermaksud :
“Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan meperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya….” (Bukhari dan Muslim)
Apa yang disebutkan di atas tidaklah hanya terikat pada isu memakai pendakap gigi sahaja. Bahkan ia berkait rapat dengan semua aspek untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan keatas tubuh badan. Yang hanya dibenarkan ialah apabila ia dilakukan untuk menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan, atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran yang timbul atas kecacatan tersebut, ataupun ia dilakukan untuk mengembalikannya kebentuk asal kerana kecacatan tersebut timbul selepas berlakunya kemalangan.
Ada pun semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Selain daripada isu pendakap gigi, isu-isu lain yang perlu diambil perhatian sepertimana di dalam hadis di atas ialah isu mencukur kening. Hukum asalnya adalah haram kecuali jika kening tersebut benar-benar mengaibkan seperti dua kening yang bersambung, atau pun kerana ia menganggu penglihatan contohnya bulu mata yang terlalu panjang sehingga mengganggu mata.
Ada pun semata-mata untuk kecantikan, menipiskan, atau menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang.
Prinsip di atas juga perlu diaplikasikan keatas isu pembedahan plastic keatas tubuh. Untuk melakukannya hendaklah ia mematuhi prinsip-prinsip di atas dan ditambah satu syarat lagi, ia hendaklah tidak mendatangkan kemudharatan yang lebih besar selepas pembedahan atau ketika pembedahan dilakukan.
Walaupun pemakaian pendakap gigi bergantung kepada niat si pemakai, namun berbeza dengan amalan popular proses kecantikan masyarakat Melayu, iaitu pemakaian susuk. Hakikatnya susuk haram sama sekali tidak kira apa niat ia dipakai.
Ini kerana susuk mengandungi unsur sihir, Kerana si pemakai susuk telah meletakkan susuk itu sebagai setara dengan kekuasaan Allah iaitu dengan mengagungkan kebesaran makhluk lain selain dari Allah SWT. Sedangkan sihir merupakan satu perbuatan syirik dan termasuk di antara dosa-dosa besar.
Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah tujuh dosa besar. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi: Menyekutukan Allah, sihir; membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh perempuan-perempuan baik (berzina) (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Allah mahukan umat sentiasa segak dalam personaliti yang unggul. Agar tampil memabawa imej Islam yang tampan. Bukan umat yang selekeh ditelan kepurbaan. Allah juga tidak menghukum umat dari terus berada dalam keaiban sepanjang hayat. Namun Allah juga mahukan umat belajar erti menerima sesuatu ketetapan tanpa sebarang unsur pendustaan.
sumber : http://imamudasyraf.com/v2/?p=386
Dec 9, 2012
Jom Didik Anak Hafaz Al Quran ♥
♥ Pendidikan Awal Bayi ♥
Ada pelbagai pandangan dalam pendidikan awal kanak-kanak bergantung kepada latar belakang ibubapa kanak-kanak tersebut dalam memilih kecenderungan pendidikan untuk anak mereka. Ada yang memilih untuk mendahulukan pengajaran ilmu dunia, contohnya belajar membaca bahasa yang dipilih. Perbezaannya, mengajar yang lain selain dari al Quran hanya berhenti setakat 'kenal dan bac
a' tetapi tidak melatih untuk MENGHAFAL. Menghafal meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak.
Jika kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Allah telah memberi pengajaran kepada kita bahawa bayi boleh diajar dengan memperdengarkan apa yang kita mahu ajarkan kepadanya. Maka adalah sebaiknya bayi yang baru dilahirkan, selalu diperdengarkan dengan ayat alQuran. Inilah cara memulakan pendidikan alQuran pada bayi.
Mereka yang baru lahir adalah umpama disket kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa.
Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal alquran pada umur seawal 3 Tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu, bila mereka dewasa nanti. Ia ibarat 'BRAIN TRAINING' yang akan menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.
Jom Didik Anak Hafaz Al-Quran ♥
Jika kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Allah telah memberi pengajaran kepada kita bahawa bayi boleh diajar dengan memperdengarkan apa yang kita mahu ajarkan kepadanya. Maka adalah sebaiknya bayi yang baru dilahirkan, selalu diperdengarkan dengan ayat alQuran. Inilah cara memulakan pendidikan alQuran pada bayi.
Mereka yang baru lahir adalah umpama disket kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa.
Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal alquran pada umur seawal 3 Tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu, bila mereka dewasa nanti. Ia ibarat 'BRAIN TRAINING' yang akan menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.
Jom Didik Anak Hafaz Al-Quran ♥
Label
Baby Arryan Hasbi
,
Doa
,
Renungan
Dec 5, 2012
MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!
Salam Semua,
Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.
Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1) Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
2) Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.
3) Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak. Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2) Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.
3) Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.
4) Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.
Salam Kasih dari Ibu.
sumber : http://www.facebook.com/notes/prof-dr-rozieta-shaary/mengapa-anak-anak-sekarang-lebih-agresif-atau-sebenarnya-mereka-itu-lebih-ekspre/441511919228779
Label
Baby Arryan Hasbi
,
Mcm2
,
Renungan
Dec 1, 2012
YANG BERNAMA ISTERI WAJIB BACA!!
Salam, sedikit perkongsian dibawah ini baik diamal dan diketahui oleh para isteri agar kelak anda menjadi para isteri yang solehah, yang pasti dijanjikan syurga buat anda. Sedikit perihal tanggungjawab isteri pada suami dan anak-anak :
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah berhias diri untuk menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yg menarik perhatiannya.
2. Berikan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna serta berhias diri sentiasa. Selitkan jelingan manja.
3. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih mengharapkan kesetiaan. Janganlah lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama kehendak batiniah suaminya dan kedua menjaga makan minum suaminya.
4. Banyaklah membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta2 kerana ini akan menyebabkan suami anda akan berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama2lah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal2 yg mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan ekonomi rumahtangga.
5. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ini patut dilakukan setiap hari, walaupun anda telah beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk melakukan itu semua.
6. Apabila ada saja kesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri2 menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan2.
7. Jadikan amalan untuk menidurkan anak2 anda lebih awal dari masa anda masuk tidur. Amalkan juga tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalm kehidupan berumahtangga.
8. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu anda tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah padanya. Ini akan meyebabkan ia jauh hati dan merajuk.
9. Jagalah anak2 anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak2 anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak2 anda di depan suami anda , suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yg disayanginya.
10. Selalulah memicit2 dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok2 badannya.
11. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimutlah bersama suami anda. Ciumlah suami anda dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberi pengertian bahawa "hanya kaulah satu2nya kekasihku di dunia ini". Bila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda ingin membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara2 yang baik saja. Itulah tanda anda benar2 mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk bersetubuh dangan anda, layanilah dia walau bagaimana pun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham mengenai keperluan suaminya dari segi sudut seks.Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami merasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda 'untuk bersama'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya lajukan godaan yang halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda2 anda memerlukan 'untuk bersama'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda 'bersama' dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedang anda sangap, menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanifestasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkan kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjalin silaturahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda di syurga.
Sumber asal : http://halaqah.net
Wassalam, Wa'allahhualam.
Label
bicara hati
,
Mcm2
,
Renungan
Nov 20, 2012
AKAN TIBA MASANYA ISRAEL LAKNATULLAH AKAN HANCUR BINASA.
Secara global didalam Al-Qur'an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti maksud firman Allah:
"Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua,
(Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi)
untuk menyuramkan muka-muka kamudan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa),
sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama,
dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yangmereka kuasai ". (Surah Al-Isra ': 7)
Sejak 1948 Yahudi merampas tanah Palestin. Dan sejak 2006 hingga sekarang mereka
menyekat Gaza. Sehingga sekitar 1.5 juta jiwa muslim terkurung rapat dari dunia luar
.Pelbagai usaha kemanusiaan untuk membantu mereka selalu digagalkan oleh Israel
,termasuk misi kemanusiaan yang baru saja diserang pasukan komando Israel
di perairanGaza (Laut Mediterranean). Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu
menghentikan kebiadaban Israel. Pengepungan dan penjara besar-besaran oleh
penjajah Israel denganpembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002
di Tebing Barat dengan alasankeselamatan. Panjang tembok tersebut mencapai
721 km sepanjang Tepi Barat, tinggi 8meter sehingga mengasingkan tanah
pertanian milik penduduk Palestin yang ditanampelbagai buah,
seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin
terpuruk.Pengepungan ini sudah dinubuwatkan oleh Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam:
"Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq
meskihanya satu qafiz makanan dan satu dirham," Kami bertanya dari mana larangan itu?
Beliau menjawab: "Dari orang-orang asing yang melarangnya." Kemudian berkata lagi:
"Hampirtiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam
(Palestin)walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan. "Kami bertanya
:" Dari mana laranganitu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom. "(HR. Muslim)
"Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan Israel?
Pasukan Islam dari Khurasan(Afghanistan) dengan bendera-bendera hitam,.." (al-Hadith)
Siapa kuasa yang mampu menghancurkan Israel? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menjelaskan: "Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam,
maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera
itu dipasang di Eliya (al-Quds)". (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu'aim bin Hammad).
Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat, sehingga banyak orang mempertahankan
kewujudan Negara Israel tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana:
"Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi,
sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon
tad iakan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku
ada orang-orangYahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod,
sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi ". (HR. Ahmad)
"Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara
mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah,
inilah si Yahudi dibelakangku, maka bunuhlah ia"
. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslimdalam Shahih-nya (2922)].
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda
dekatnya hari kiamat,berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon,
dan batu. Lahiriahnya hadis ini(menunjukkan) bahawa benda-benda
itu berbicara secara hakikat ". [Fathul Bari (6/610)].Wallahu a'lam.
Artikel ditulis oleh Ketua Lembaga Kajian Politik dan Syariat Islam Indonesia
sumber : http://akuanakpahang.blogspot.com/2012/11/akan-tiba-masanya-israel-laknatullah.html
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)