Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Nov 4, 2013

Tips Luka Bersalin 'Caesar' Cepat Sembuh

Assalamualaikum..

ibu-ibu bersalin secara apa ye? normal? caesar?

Macam Yatt ni emergency caesar sebab da masuk dalam labour room pun dari jam 9 malam hingga pagi bukaan duk 5 cm je jadi doc ambil kptusan nak czer je sebab takut baby lemas kan.



Ramai tanya Yatt tak sakit ke bhgian czer? tak sengal-sengal ke bahagian tu? Alhamdulillah after Yatt jaga pemakanan dan sebagainya Yatt langsung tak risau tentang sakit kat bahagian tu. so apa yang Yatt buat ni yatt nak kongsi beberapa tips macam mana kita nak cepat sembuh. Hanya dalam seminggu ke 2 minggu tempat czer yatt langsung tak rasa sakit hingga ke hari ini.

1. Tips paling penting ialah memastikan luka sentiasa kering. Selepas mandi, pastikan luka di lap sehingga kering dengan kain yang lembut, bukan dengan tisu. Dari masa kesemasa pula, pastinya ibu berpeluh. Pastikan kawasan luka sentiasa kering, sama ada dari peluh atau air mandian. Luka yang lembap akan menyebabkan jangkitan mudah berlaku. Justeru itu ibu perlu pastikan kawasan lukanya sentiasa kering agar luka cepat sembuh.

2. Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Minyak gamat atau minyak traditional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu.

3. Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja membasuh di bahagian luka.

4. Elakkan aktiviti lasak pada seminggu pertama kelahiran. Aktiviti naik tangga mahupun membongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti seharian.

5. Elakkan mengambil ubat traditional sebarangan. Dapatkan nasihat doctor kerana bukan semua ubat traditional sesuai untuk ibu bersalin secara Caesar. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan rahim.

6. Susukan bayi anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytoxin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin , bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.

7. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi , multivitamin dan zinc. Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa  pembedahan.  Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh. Manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat. 

Jan 23, 2013

Cara untuk naikkan HB Darah (perempuan pregnant yang mempunyai tekanan darah rendah)

Assalamualaikum...

Kat sini Tie hanya ingin berkongsi cara macam mana Tie semasa mengandung anak pertama dulu nak naikkan HB yang low. kalau bacaan bawah 12 tu kira low la..cam 8.4 atau 9.4 so kena cuba naikkan sebab takut nnti kesihatan ibu dan baby terjejas. kalau 11 dan ke atas itu normal la.

Apa itu HB darah?

APA ITU HEMOGLOBIN???

HEMOGLOBIN ialah molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa gas oksigen (O2) daripada organ paru-paru ke seluruh tubuh manusia dan kembali semula ke paru-paru dengan membawa gas karbon dioksida (CO2) setelah diambil daripada semua jaringan tubuh manusia.

HEMOGLOBIN terdiri daripada gabungan empat molekul protein (rantai globulin) yang berkaitan bersama-sama. Setiap rantai globulin mengandungi struktur penting disebut molekul heme. Terdapat molekul heme besi yang berfungsi untuk mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida dalam darah. Besi (Iron) terkandung dalam Hemoglobin yang juga berfungsi untuk mewarna merah darah. 

HEMOGLOBIN turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan bentuk sel darah merah. Struktur Hemoglobin yang tidak normal akan menggangu pembentukan sel darah merah dan seterusnya menghalang pengaliran melalui pembuluh darah.


BAGAIMANAKAH HEMOGLOBIN DIUKUR???

Hemoglobin diukur sebagai sebahagian daripada hitung darah lengkap (CBC-complete blood count) daripada sampel darah. Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur hemoglobin yang kebanyakan dilakukan pada masa kini oleh mesin elektronik yang direka khas untuk menguji kadar hemoglobin darah manusia. Menerusi alat ini, sel darah merah dipecahkan untuk mendapatkan hemoglobin. Hemoglobin bebas boleh terdedah pada bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat erat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Jumlah Hemoglobin dapat ditentukan dengan menghalakan cahaya melalui solusi dan mengukur seberapa banyak cahaya yang diserap (khususnya pada panjang gelombang 540 nanometer).


BERAPAKAH PARAS NORMAL HEMOGLOBIN???

Paras Hemoglobin dinyatakan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) per desiliter (dl) daripada darah, sebuah desiliter menjadi 100 mililiter. Julat normal hemoglobin bergantung pada usia dan jantina manusia. Julat normal adalah:

  1. bayi baru lahir = 17-22gm/dl
  2. berusia 1 minggu = 15-20gm/dl
  3. berusia 1 bulan = 11-15gm/dl
  4. kanak-kanak = 11-13gm/dl
  5. lelaki dewasa = 14-18gm/dl
  6. perempuan dewasa = 12-16gm/dl
  7. lelaki berusia = 12.4-14.9 gm/dl
  8. perempuan berusia =11.7-13.8 gm/dl
* Semua nilai ini akan terdapat perbezaan bergantung penggunaan jenis alat dan makmal.

sumber: http://www.medicinenet.com/hemoglobin

Kalau korang punya HB rendah dan tinggi mesti nurse akan pot pet pot pet kan. Sedangkan kita tak mintak pun nak jadi camtu. Ekceli sebenarnya tekanan darah rendah boleh berlaku sekiranya kita terlampau stress, kerja terlalu kuat, kurang rehat, dari segi pemakanan pun akan menyebabkan HB low jadi dekat sini Tie nak kongsikan tips bagaimana nak naikkan HB dan juga cara menjaga kesihatan yang baik semasa mengandung>>


1. Selalu makan sayur Bayam

2. Seminggu dalam 2 atau 3 kali tu rebus kerang n makan atau buatla masakan apa yang korang suka

3. Makan buah jambu batu (tapi kena banyakkan minum air masak)

4. dan jangan lupa makan ubat dan vitamin yang doc bagi tu ok :)


10 Tips Kehamilan Penjagaan Ibu Ketika Hamil


Penjagaan diri dan kandungan merupakan elemen penting untuk anda ambil peduli. Lazimnya doktor hanya memberi panduan umum yang boleh diamalkan sepanjang melalui proses kehamilan.

1. Diet

Banyak perubahan yang perlu dilakukan sebaik disahkan hamil. Paling utama, mengubah gaya makan. Langkah bijak ialah mengikuti saranan piramid makanan. Makan lebih banyak bijirin dan produk bijirin, diikuti sayur-sayuran dan buah-buahan; sumber protein, hasil tenusu dan kurangkan makanan manis, bergaram dan berlemak.

Kepelbagaian dalam pengambilan makanan mustahak kerana ia dapat memastikan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral penting daripada setiap jenis makanan yang diambil. Untuk itu, ambil makanan segar berbanding diproses. Pisang mentah lebih berkhasiat berbanding pisang goreng. Kacang pis segar pula penuh vitamin jika dibandingkan pis dalam tin.
Bawa bersama botol berisi air ke mana sahaja anda pergi. Air mencukupi dapat mengelakkan kelahiran pramatang, sembelit dan komplikasi lain. Sementara itu, air yang dimaksudkan tidak termasuk minuman berkarbonat, teh dan kopi. Hanya air kosong, susu dan jus buah segar dikategorikan sebagai air yang perlu diminum sehingga 2 liter sehari.


2. Senaman
Bersenam memang baik untuk kesihatan. Berita baik untuk yang gemar bersenam kerana amalan konsisten anda dapat mengurangkan simptom di awal trimester kehamilan termasuklah morning sickness. Selain itu, ia membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki dan sembelit.
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit setiap sesi dalam seminggu. Paling mudah ialah dengan berjalan dalam jarak pendek setiap hari atau melakukan aerobik khusus untuk ibu hamil. Biarpun begitu, senaman yang dilakukan tidak semestinya perlu dihabiskan dalam masa 30 minit sekali sesi. Anda boleh membahagikannya kepada sesi tertentu seperti setiap 10 atau 15 minit.
Terdapat beberapa jenis senaman yang ditegah semasa hamil. Jadi dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program senaman. Anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta daripada bersenam apabila mengalami tanda-tanda seperti letih, pening kepala, sesak nafas, kontraksi, pendarahan atau air ketuban bocor.


3. Tidur
Di awal trimester, anda dapat tidur selesa dan lena dengan pelbagai jenis posisi. Apabila perut semakin membesar, anda mulai sukar tidur nyenyak. Oleh yang demikian, sebaik kehamilan melepasi usia 16 minggu, anda dinasihatkan untuk tidur dengan posisi mengiring ke kiri.
Posisi sebegini akan memastikan pengaliran oksigen dan makanan kepada bayi adalah pada tahap paling optimum. Hal ini kerana vena cava inferior di bahagian kanan spina mengalirkankan darah dari bahagian bawah tubuh ke jantung. Posisi yang sama juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa cecair daripada tubuh lalu mengurangkan bengkak di kaki, pergelangan kaki dan tangan. Agar tidur lebih selesa, anda boleh memeluk bantal dan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang.


4. Membaca
Luangkan sedikit masa untuk membaca setiap hari kerana aktiviti ini diakui menenangkan. Dalam pada itu, anda perlu pandai memilih bahan bacaan. Jangan membaca sumber bacaan yang boleh menimbulkan konflik dalaman. Sebaliknya, pilih bahan bacaan ringan ataupun yang mengandungi fakta menarik terutama sekali berkaitan kehamilan mahupun penjagaan bayi.
Memandangkan kehamilan kadangkala boleh menimbulkan tekanan pada waktu-waktu tertentu, jadikan buku sebagai peneman untuk membantu anda menenangkan fikiran. Yakinlah, amalan membaca terutamanya sumber yang boleh membuatkan anda tertawa riang bakal memberi kesan positif kepada bayi dalam kandungan. Hal ini kerana hormon endorfin yang dilepaskan oleh tubuh turut membuatkan bayi tenang dan gembira.


5. Muzik
Dengarlah muzik yang berirama lembut. Mainkan lagu yang sama secara tetap setiap hari. Ulangi amalan yang sama setelah bayi lahir. Anda pasti teruja melihat bayi tenang sebaik sahaja anda memperdengarkannya dengan lagu sama yang pernah didengarnya sewaktu dalam kandungan.
Selain daripada muzik, orang Muslim digalakkan untuk mengalunkan ayat-ayat al-Quran agar kelebihan ayat suci itu mampu merangsang saraf otak bayi yang secara tidak langsung dapat meningkatkan darjah kecerdasan bayi dalam kandungan.


6. Kelas Penyusuan
Sekiranya anda berazam menyusukan bayi bakal lahir secara eksklusif, langkah itu harus dimulakan sejak awal usia kandungan. Anda digalakkan untuk berbual-bual dengan bayi dengan menyatakan kemahuan memberikan susu ibu sejurus dia lahir sehingga usianya 2 tahun atau lebih.
Anda dan suami turut perlu mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik kerajaan, hospital mahupun kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Menerusi kelas ini, anda berdua akan belajar teknik penyusuan yang betul, langkah yang patut diambil jika menghadapi masalah dan sebagainya. Maklumat dan sokongan yang diberikan bakal membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Jika mahukan maklumat lanjut, layari www.ilca.org untuk mencari perunding laktasi berhampiran anda.


7. Kisah Bersalin
Membaca sahaja tidak mencukupi kerana pengalaman orang lain sama pentingnya untuk anda mengetahui serba sedikit hal-hal berkaitan proses pelahiran. Tambahan pula, lain orang lain pengalamannya. Oleh itu, dapatkan pengalaman melahirkan daripada orang terdekat.
Hal ini secara tidak langsung dapat mempersiapkan mental dan fizikal anda untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Menerusi pengalaman orang lain, anda pasti sudah tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan agar dapat melalui proses kelahiran dengan mudah dan lancar.


8. Kelas Antenatal
Bagi anda yang pertama kali bergelar ibu, segera daftarkan diri untuk menyertai kelas antenatal anjuran pihak hospital di mana anda bercadang mahu bersalin. Kelas ini penting kerana anda dan suami bakal didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kehamilan, kelahiran, penyusuan susu dan kehidupan bayi selepas dilahirkan. Biarpun kelas yang anda ikuti ini ringkas, namun ilmu yang bakal diperoleh memberi faedah yang bukan sedikit.


9. Kepanasan
Keluhan tubuh panas terutamanya di trimester akhir adalah normal. Ia berlaku kesan penghasilan hormon progesteron selari dengan peningkatan suhu tubuh bayi. Bagi mengurangkan masalah ini minum air sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang keluar. Antara lain ambil makanan yang banyak mengandungi cecair seperti bubur, yogurt dan jus buah. Dalam berpakaian pula, pilih baju yang diperbuat daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pastikan warnanya cerah supaya panas matahari tidak diserap olehnya.


10. Seks
Anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang selesa ketika hamil. Untuk menjamin keselesaan, anda harus berada di atas. Posisi duduk pula biasanya popular di pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Apabila semakin sarat kedudukan anda membelakangi suami adalah posisi yang terbaik.
Apa jua posisi pilihan pastikan ia selesa dan tidak memberi tekanan pada perut. Selain daripada melakukan hubungan asmara, anda berdua juga boleh mengeratkan kasih sayang dengan berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda sesama sendiri.

sumber: http://ibu2be.blogspot.com/2011/08/10-tips-kehamilan-penjagaan-ibu-ketika.html

Nov 12, 2012

Tip Untuk Mengatasi Keletihan pada para ibu



Dinasihatkan agar ibu menyimpan tenaga sendiri dan bayi. Dapatkan bantuan ibubapa, pembantu rumah, saudara mara atau jiran. Jangan risau jika keadaan rumah anda kurang kemas atau tidak sempurna kerana anda bukannya superwoman. Antara tip untuk menyimpan tenaga:-

1. Tidur apabila bayi tidur. Jika sukar melakukannya, cukuplah sekadar berbaring sambil menutup mata. 
Ambil peluang yang ada untuk berehat walaupun ketika itu ada tetamu. Keluarga dan kawan anda pasti memahami keadaan ini.

2. Minum banyak air. Cuba minum sembilan hingga 12 gelas air sehari. Dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah yang menyebabkan keletihan.

3. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi (kismis, bayam dan aprikot). Zat besi mampu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu, organ dan otot.

4. Elakkan mengambil makanan dan snek berlemak kerana bakal mengambil lebih banyak masa untuk untuk dihadamkan dan mengurangkan aliran darah ke otak, hati dan bahagian tubuh yang lain. Ini berlaku kerana aliran darah meningkat hanya di kawasan perut.

5. Seimbangkan pengambilan protein.

6. Hadkan pengambilan protein antara 15gm hingga 20gm protein setiap kali makan. Selain itu, dua kali snek seberat 15gm adalah digalakkan. Ketahuilah kekurangan protein akan memudahkan anda letih.

7. Kawal pemakanan. Anda hanya perlu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Perut yang terlalu penuh akan menyebabkan keletihan jangka pendek. Dalam pada itu, jika mempunyai berat badan berlebihan, ia membuatkan anda lebih mudah letih.

Jan 15, 2012

Makanan Berpantang

Arini da hari yang ke 40 hari tie berpantang. Berpantang bagi orang bersalin normal n secara c-zer xda jauh beza sgat cuma adala perkara2 atau makanan yg leh bezakan antara orang bersalin normal n c-zer. Macam tie bersalin secara c-zer atas sebab kecemasan so berpantang teruk sikit ye la sbb kena jg 7 lapisan kulit yang di bedah, kat luar maybe kita nampak kering dan elok je tp kat dalam xtaw cmna kan. Jadi, tie nak kongsi pe mkanan yang jadi santapan tie time berpantang:

*ikan haruan (boleh kata hari2 mkan ikan haruan, smpai jemula tp sbb nk luka dalaman eloknya pasal gagahkan juga)-mak tie kdg2 buat sup/panggang

*sayur sawi (buat sayur air)

*ayam kampung (buat sup/panggang)

*ikan talang kering

*pati ikan haruan (cuma beli 1 dozen je, dalam 1 dozen tu ada 6 botol, busuk gile la tp bila nak makan ttup hidung n sekali teguk da habis, bila da habis terus minum air kopi ntuk ilangkan bau tengik pati tu, huhu)

*buah oren sunquick (baik ntuk luka gak)

*kuih talam, apom, cucuq jawa

*bila agak da sebulan berpantang, da cuba2 ntuk makan ayam pekan, ikan tenggiri masak asam atau gulai

*air pula tie amalkan minum air panas (kira suam la) n kopi je jadi rutin

rasanya seingat tie makanan tu la yang tie makan time berpantang, tie cuma dengar ckap org2 yang lebih berpengalaman n selalu bertanya. ksg2 sesetengah orang xamek berat sangat pasal berpantang ni. ikut la yang nak sakit badan sendiri. bg tie baik jaga betul2 cuma tie rasa tie xdala jaga betul2 sgat cuma mkanan tu tie prihatin cket sbb takut effect pda tie n baby je sbb tie breastfeeding baby Arryan. Macam mandi herba tu tetap buat cuma xdala buat hari2, n bertungku pun kdg buat kdg x.tp last2 ni rajin plak tie bertungku sbb hubby tlong.. ;)