Showing posts with label Baby Arryan Hasbi. Show all posts
Showing posts with label Baby Arryan Hasbi. Show all posts

Nov 4, 2013

Tips Luka Bersalin 'Caesar' Cepat Sembuh

Assalamualaikum..

ibu-ibu bersalin secara apa ye? normal? caesar?

Macam Yatt ni emergency caesar sebab da masuk dalam labour room pun dari jam 9 malam hingga pagi bukaan duk 5 cm je jadi doc ambil kptusan nak czer je sebab takut baby lemas kan.



Ramai tanya Yatt tak sakit ke bhgian czer? tak sengal-sengal ke bahagian tu? Alhamdulillah after Yatt jaga pemakanan dan sebagainya Yatt langsung tak risau tentang sakit kat bahagian tu. so apa yang Yatt buat ni yatt nak kongsi beberapa tips macam mana kita nak cepat sembuh. Hanya dalam seminggu ke 2 minggu tempat czer yatt langsung tak rasa sakit hingga ke hari ini.

1. Tips paling penting ialah memastikan luka sentiasa kering. Selepas mandi, pastikan luka di lap sehingga kering dengan kain yang lembut, bukan dengan tisu. Dari masa kesemasa pula, pastinya ibu berpeluh. Pastikan kawasan luka sentiasa kering, sama ada dari peluh atau air mandian. Luka yang lembap akan menyebabkan jangkitan mudah berlaku. Justeru itu ibu perlu pastikan kawasan lukanya sentiasa kering agar luka cepat sembuh.

2. Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Minyak gamat atau minyak traditional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu.

3. Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja membasuh di bahagian luka.

4. Elakkan aktiviti lasak pada seminggu pertama kelahiran. Aktiviti naik tangga mahupun membongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti seharian.

5. Elakkan mengambil ubat traditional sebarangan. Dapatkan nasihat doctor kerana bukan semua ubat traditional sesuai untuk ibu bersalin secara Caesar. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan rahim.

6. Susukan bayi anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytoxin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin , bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.

7. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi , multivitamin dan zinc. Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa  pembedahan.  Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh. Manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat. 

Aug 23, 2013

ILMU : Tips Kebahagiaan Anak



Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

SHARE ya. 






berkerut dahi anak ibu pening maknya suka gambo.. tepi hidung luka sikit sbb dia garu.. now da ilang bekas tu.. Jadi anak soleh ye sayang...InshaAllah ibu sentiasa doakan.

credit to : http://suhaidasupalio.blogspot.com/2013/08/ilmu-tips-kebahagian-anak.html

Jan 23, 2013

Tips Untuk Dapatkan Anak Bijak

Dah baca lama benda ni. Biasalaa org forward2 emel ni.. Saje nk share and utk simpanan sendiri..to all mothers yg tgh pregnant..(babe..hehe u know who u are..) leh laa praktikkan ni..Tie pon sok2 nk praktikkan bila dh pregnant balik...hahhaa..ada la certain part yang Tie duk praktikkan masa 1st pegnen dulu :)

~~Rajin rajin buat kira2 matematik sejurus selepas mengandung..bila otak ibu berfikir, rangsangan akan sampai ke anak dalam kandungan..

~~Amalkan makan kurma bersama susu dan selalu2 makan kacang badam. Selain itu, makanlah ikan tanpa kepala kerana kepala ikan ada satu kimia yg tidak baik. Ikan adalah makanan yg baik dan ibu2 mengandung digalakkan makan pil minyak ikan utk perkembangan otak bayi.
.
~~Jangan makan ikan bersama daging..jikalau makan ikan, makanlah ikan sahaja..dan jikalau makan daging,makanlah daging sahaja..

~~Makan buah buahan sebelum makan berat. Ini akan menyebabkan, kita cepat kenyang dan makan dengan sedikit sahaja. Makan dengan banyak akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan lemah serta payah memahami pelajaran.

~~Berhenti merokok dan jauhi perokok. Rokok mengandungi nikotin yg akan merosakkan sel utama pada otak dan melekat pada gen. Anak kepada perokok berkemungkinan akan lembap atau bodoh.

~~Ibu mengandung digalakkan mendengar muzik klasik utk meningkatkan kecerdasan anak. Ini kerana muzik klasik dapat merangsang (stimulate) otak bayi dalam kandungan. Ianya seperti senaman kepada otak.

My lil bOy Arryan Hasbi's Birthday

enuf to say that.. tired but happening! jom layan gambaq sudah :)































Jan 17, 2013

Tips Mengajar Anak


10 TIPS MENGAJAR ANAK (di ambil dari majalah pama)


Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Jan 8, 2013

Rupa Ibu Kepada Anak Berumur Setahun Seperti Pelajar Sekolah?


Rupa ibu kepada seorang anak yang kini berusia 22 tahun telah muncul di kaca TV jepun setelah orang ramai tidak percaya yang dia seorang ibu. Ketinggian gadis ini hanyalah 142 cm. Wow, teruja. So Tie lagi tinggi la dari gadis neh, Tie 148 cm. tinggi sikit.hihihi... Seriously Tie pun macam pelajar sekolahkan...kan... Tapi kematangan Tie xleh nak sangkal la tol tak. Saya matang taw. hehe..








masa ni arryan hasbi belum berumur setahun. tak ingat lak tie berapa bulan dia masa ni.hi

Dec 30, 2012

Family potrait ideas

Assalamualaikum..

tetiba terfikirkan nak buat family potrait. da lama ekceli duk tagak2 nak buat. insyaAllah selasa ni mungkin akan ke studio ambil gmbar potrait tie, hubby n anak. :) tengah pk idea mcam na nak posing..hihi.. ok jom carik idea ^_-








sumber: google

Dec 9, 2012

Jom Didik Anak Hafaz Al Quran ♥



♥ Pendidikan Awal Bayi ♥

Ada pelbagai pandangan dalam pendidikan awal kanak-kanak bergantung kepada latar belakang ibubapa kanak-kanak tersebut dalam memilih kecenderungan pendidikan untuk anak mereka. Ada yang memilih untuk mendahulukan pengajaran ilmu dunia, contohnya belajar membaca bahasa yang dipilih. Perbezaannya, mengajar yang lain selain dari al Quran hanya berhenti setakat 'kenal dan bac
a' tetapi tidak melatih untuk MENGHAFAL. Menghafal meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak.

Jika kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Allah telah memberi pengajaran kepada kita bahawa bayi boleh diajar dengan memperdengarkan apa yang kita mahu ajarkan kepadanya. Maka adalah sebaiknya bayi yang baru dilahirkan, selalu diperdengarkan dengan ayat alQuran. Inilah cara memulakan pendidikan alQuran pada bayi.

Mereka yang baru lahir adalah umpama disket kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa.

Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal alquran pada umur seawal 3 Tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu, bila mereka dewasa nanti. Ia ibarat 'BRAIN TRAINING' yang akan menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Jom Didik Anak Hafaz Al-Quran ♥





Dec 5, 2012

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!





Salam Semua,

Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

sumber : http://www.facebook.com/notes/prof-dr-rozieta-shaary/mengapa-anak-anak-sekarang-lebih-agresif-atau-sebenarnya-mereka-itu-lebih-ekspre/441511919228779

Oct 28, 2012

Kenapa Kita Dilarang Memukul Anak Kecil??




JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ) 

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

AAP - Setidak-tidaknya ada sebab kenapa budak itu menangis kemungkinan lapar, kembung perut dan sebagainya. Harap dapatlah kita terapkan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Sememangnya didalam penjagaan dan mendidik anak-anak begitu banyak sekali dugaannya.

Sumber : akuanakpahang

Oct 10, 2012

Carta Perkembangan Bayi





Tahun pertama bayi adalah waktu yang sungguh istimewa, dari senyum pertamanya, perkataan pertamanya, makanan pertamanya, sehinggalah ke langkah pertamanya.

1 Bulan

• Membawa tangan ke arah mata dan mulut
• Menggeleng-gelengkan kepala apabila dibaringkan
• Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka
• Bertindakbalas terhadap ransangan dengan menangis, ketawa dan sebagainya
• Memandang ke muka anda

2 Bulan

• Tersenyum
• Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
• Tidur pada kebanyakan masa
• Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut

3 Bulan

• Menutup dan membuka tangan
• Mencapai objek atau permainan
• Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh
• Mula membuat bunyi seakan bercakap
• Senyum mendengar suara ibubapa
• Khusyuk memandang muka

4 Bulan

• Boleh bermain seorang tanpa perlu ditemani sepanjang masa
• Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap "Booo" atau "Baaa"
• Suka melihat warna yang terang
• Tidak berasa selesa dengan orang yang tidak dikenali

5 Bulan

• Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan
• Mencapai objek
• Mengenali orang dari jauh
• Senyum secara spontan
• Menggolek-golekkan badan pada satu arah

6 Bulan

• Kawalan tangan dan badan yang lebih baik
• Menggolek-golekkan badan pada pelbagai arah
• Mula membuat bunyi seperti "ga", "ba" dan "ma"
• Anda dicadangkan mula membaca buku kepada bayi anda
• Mula makan makanan pelengkap. Kisar atau tapis halus.

7 Bulan

• Duduk tanpa sokongan
• Memindahkan objek dari tangan ke tangan
• Kenal nama sendiri
• Boleh bermain "baaa.. cakkk!!"
• Seronok bermain
• Bertindakbalas terhadap perkataan "tidak"

8 Bulan

• Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap
• Perkembangan emosi yang ketara, mungkin meniru ibu atau ayah seperti ketawa, senyum
• Ekplorasi objek dengan menggoncang, menjatuhkan, menghentak dan sebagainya
• Makanan bayi boleh dilenyek.

9 Bulan

• Menunjukkan rasa sedih, seperti sedih apabila permainannya diambil
• Merangkak
• Cuba untuk berdiri dengan memegang sesuatu atau seseorang
• Menyebut perkataan "mama" atau "baba"
• Cuba untuk mencapai permainan yang jauh

10 Bulan

• Merangkak dengan laju (arryan da boleh berdiri dan memanjat) :)
• Jari lebih cekap, boleh memegang objek dengan baik
• Mula belajar memegang cawan
• Personaliti bayi mula kelihatan
• Mula faham perkataan dan ayat mudah
• Boleh mula makan kuning telur, yogurt, tomato
• Makanan boleh dicincang halus


11 Bulan

• Mula banyak bercakap walaupun perkataan yang disebutnya anda tidak faham
• Bermain secara parallel dengan bayi lain (bermain berdekatan tetapi bukan bersama-sama)
• Lebih berdikari, mula berdiri, menghentakkan kaki

12 Bulan

• Mula berdiri tanpa sokongan
• Berjalan selangkah dua
• Duduk daripada posisi meniarap
• Mula menyebut "mama" atau "baba" terhadap orang yang betul
• Minum menggunakan cawan
• Menepuk tangan
• Melambaikan tangan

Aug 15, 2012

Kesan Apabila memberi Makanan Pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT
  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien

Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

Jul 22, 2012

Sahur di rumah Mak, berbuka puasa di rumah Mak Mertua :)

Salam Ramadan semua...

memandangkan pengasuh Arryan Hasbi balik kampung ari kames lepas jadi terpaksala tie anta dia kat rumah mak di Sik, lagipun ada ramai kat rumah, Mak Lang Hasbi ada Mak Su Hasbi ada boleh tengok2 kan jap sementara ibu dia pegi keja. Dah alang2 bawak balik Hasbi kat rumah mak, ibu dia ni pun turut terjebak la balik sekali lepas habis kerja. lagipun habis kerja pun da jam 6 petang kan. da lewat sangat nak ambil Hasbi pastu nak balik pulak ke rumah mertua jadinya decide tido je situ. sebab tula sahur je kat rumah mak. tinggal la encik hubby sy sorang2 kat rumah maknya.hehe.. Harini awal puasa pulak dalam jam 5 petang camtu gerak balik rumah mertua la. kira adil la kan..hehe..tie bersahur di rumah mak n berbuka di rumah mertua..hihi..

Alhamdulillah tahun lepas dapat sambut Ramadan dengan suami tapi sekarang bertiga dengan Arryan Hasbi ^_^

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak semua

Jul 20, 2012

Tips menenangkan anak kecil




Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan faham perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.