Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Jan 14, 2013

Resepi Pavlova buatan daku ~1st trial~

Dah lama sebenarnya nak cuba buat Pavlova ni cuma keadaan tak mengizinkan daku. Dan resepi pavlova pun daku da lama simpan rapi dalam laci.hehe..tapi at last tak guna jgak pun resepi tu google lain dan terjumpa resepi yang palin senang nak buat. dan daku ada jugak olah sedikit resepi tu sebab apa yang daku baca pavlova ni sangat manis jadi daku telah mengurangkan gula supaya nanti xda la sesiapa yang makan pavlova ni kena kerat kaki.hihihihi... sangat mudah drpda buat kek wOkeh.kek banyak songeh sikit nak kena ayak tepung bagai nak kena letak baking powder bagai. walaupun daku ni sememangnya minat sngt buat2 kek n cupcake neh tp kena ada dpur sndiri baru daku buat kaw2 punya. ni duk share dapuq ngan orang tak syiOkla.hu... ok cara nak buat meh Tie nak share eh...

Firstly, kena tahu dulu bahan2 nak buat tu : ok listkan brg2 ni dulu ye sedari2>>

1. 4 Biji telur (tapi nak putih telur je taw/pandai2 korang la nak asing cmna putih dgan kuning tu, jgn bg masuk lngsg kuning tu dlam putih telur k)

2. 1 sudu besar tepung jagung

3. 3/4 cawan gula kastor (ikut korang la kan, kalalu bnyak ni kira ok la tak la manis sngat tapi kalau nak kurangkan lagi ok je)

4. 1 sudu teh esen vanilla

4. 1 sudu teh cuka makan

TOPPING

1. Whipping Cream

2. Buah2an segar seperti Strawberi dan kiwi

ok cara nak buat senang je>> 

yang pertama korang putarkan 4 bji putih telur dengan 3/4 cawan gula tadi.


Lepas tu semasa duk putar gula n telur tu korang masuk pula cuka makan n esen vanilla tu. Korang putar la dengan speed yang paling laju nonstop wokeh agak2 la dalam 10-15 minit cmtu. Kemudian, korang stop then cuba tunggingkan bekas pemutar yang berisi bahan sebatian td tu dan cuba lihat kalau ia dah 'meringue' means ia takkan meleleh dari bekas tu jadi kira dah ok la tu. 


ni daku suba tunggingkan bekas tu n memang x meleleh so kompom dah meringue u olss..haha.. yang ada bulat dalam bekas tu adalah kesan pemutar. :) 

ok lepas tu korang masukkan bahan2 td tu kedalam loyang yang berisi baking paper. tapi daku tak guna baking paper pun masa buat ni sebab daku ada minta tlong adik pegi belikan n siap tulis dekat kertas sebab adik Tie tu jenis tak reti nak beli.he..da tulis jelas2 BAKING PAPER, tapi taw tak orang kedai tu bagi apa??? dia bagi BAKING POWDER...adui apa lagi rasa nak terkeluar macam2 je kat mulut neh. tapi kesabaran tu masih ada jadi teruskan je buat Pavlova tanpa guna baking paper. Mula2 risau jugak takut nanti nak alihkan Pavlova tu ke pinggan nnti dia melekat dekat loyang tapi so far Alhamdulillah xda la melekat sngt dan Tie boleh alihkan dengan senang hati.hehe... ok kita teruskan dengan membuat Pvalova ye.hihi...



ok ekceli sebelum korang putar tu korang kena panaskan dulu oven lebih kurang 180 c... Then da masukkan bahan td dlam loyang korang masukkan la dlam oven dengan kepanasan 180 c lebih kurang. tp Tie nak cepatkan Tie letak 190 c..hihihi...

Ok semasa dalam oven tu korang jangan terkejut sebabnya Pavlova tu akan mengembang mcam dalam gmbar ni>>


xpa biar la dia mengembang dengan jayanya sebab nnti bila da sejuk ia akan turun dengan sendirinya.hehe...

da siap bakar dlam oven, korang jangan terus ambil n kleuarkan dari oven TAPI korang kena biar ia sejuk secara perlahan-lahan dalam oven tu. Biar je duk dalam oven tu smpai ia sejuk sendiri eh. 

Sementara sejuk tu korang putar la dulu whipping cream k smpai agak2 mcm lembut cam aising tu. Lepas tu Pavlova da sejuk korang letak la whipping cream atas Pavlova sebagai Topping nya.. Then taburkan la buah2 segar yang dihiris dengan cumelnya ke atas whipping cream td. 

Nak lagi sedap, korang masukkan dulu dalam peti sejuk dan nanti suami n anak2 balik korang makan la bersama ye :) hihihi... ok ni hasil Pavlova Tie>>



Jul 20, 2012

Sarapan pagi dengan Apam Aiskrim Soda




Pagi ni tie bekpes roti bakar+milo panas+apam aiskrim soda yang dibuat petang kelmarin. ^_^


Sedap n comey sbb berwarna warni cuma kurang gebu lagi. kalau nak betul2 gebu kena pukul telur dan gula sampai kembang betul2 taw. memang ambil masa sikit sampai lenguh la tangan. hehe... tapi tak banyak masa nak bagi kembang betul sbb kesian kat Arryan Hasbi yang perlukan perhatian ibu dia. (alasan je tuh, korang janga caya na) Kini jangan guna alasan ada baby sampai tak boleh masak ye. boleh je, cuma pandai2 la manage masa. tie akui 24 jam tu rasa macam tak cukup je nak buat semua benda bila da ada baby. tapi kita kena la ada kerjasama drpda org tersayang barula ringan beban kan :) memang ambil masa sikit sampai lenguh la tangan. hehe...


nak bahan? senang je ^_^







Bahan-bahan: (kalau nak makan 2, 3 orang je bahagi dua jela bahan2 tu)

6 cawang tepung gandum
4 cawan gula
8 biji telur
2 cawan air asikrim soda
2 sudu teh ovalette
perasa oren atau ikutcitarasa
pewarna pilihan..semalam tie guna pewarna kaler oren, pink(wajib ada sebab peminat tegar kaler pink, weuhuhu) dan hijau pucuk pisang

Cara membuatnya:
1.Pukul telur dan gula hingga kembang. ambil masa banyak ni. biar betul2 kembang baru gebusss...

2.Campurkan tepung. Pukul sebati.
3.Masukkan air aiskrim soda, perasa , ovalette. Pukul sebati.
4.Bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan.
5.Sendukkan secara berselang seli ke dalam loyang hingga habis. (tie xguna loyang tapi guna acuan lompang) bila apam tu mengembang jadi besar jugak apam tu tak jadi la besar lompang je.hehe)makan satu pun da konyang owh..
6.Kukuskan selama lebih kurang 20 minit. Tapi agak2 ja sbb sebelum nak mula buat tu tie da start panaskan periuk pengukus siap2 so apam tu masak lebih kurg 15 mnit cmtu ja.
7.Kena balut tutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke dalam loyang.

Selamat mencuba ^_^

May 15, 2012

Pavlova Awal kepada Scha (Schawal)

Romantik Awal ni rupenye ye..semalam ada masa jap tengok tv program Seia Sekata Scawal kul 10 malam. masa tu Arryan duk tido sempatla ibu dia layan tv kejap. kalo ikutkan rasanya da lama mana kot tak layan tv sebab tak sempat. hihi.. baru tau ekceli Awal memang da lama memendam rasa kat Scha. hik.. Alhamdulillah da 3 tahun berkawan dan tak dinafikan jodoh mereka sangat kuat ;p Romantiknye Awal sebab nak pikat Scha nye pasal every night dia kasik Pavlova, Dynas rakan baik Awal pun akui yang tetiap melam Awal bagi Pavlova pada Scha... Cam sedap je pavlova ni kan. nanti nak try buat. Aritu da try buat Triffle. tak sempat snap sebab cepat sangat habis dimakan family. hehe.. ok just nak share cara nak buat
PAVLOVA Scawal neh l)