Showing posts with label IPTA. Show all posts
Showing posts with label IPTA. Show all posts

Oct 29, 2013

Bagaimana pihak KPT sentiasa menaja yuran pengajian setiap Sem (MyBrain15 MyMaster)

Bismillah

disini Yatt nak berkongsi kepada rakan-rakan atau adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau PHD dengan penajaan Yuran Pengajian daripada KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) iaitu Program MyBrain15 MyMaster atau MyPHD.

Alhamdulillah, Yatt kini berada sem ke 4 pengajian dan KPT tak pernah miss menaja yuran pengajian yang dapat meringankan beban yatt. 

Walaupun nampak mudah je kan setiap sem dapat tetapi setiap kali selepas exam n dapat keputusan yatt perlu pos laporan n result kepada KPT as a record dorang. Yuran kat UPSI murah ja berbanding IPTA lain namun begitu lagi best sebab kenapa? sebab KPT taja untuk bayar yuran. dan satu lagi best sebab lepas da siap tesis dapat pula elaun RM1500. Tupun kalau korang ambil Mod B (Kerja Kursus dan Disertasi)...

So, kepada yang ingin tahu lanjut mengenai tajaan MyBrain15 ini anda semua boleh ke laman web berikut :


kat sini juga yatt nak kongsikan penyata kewangan yatt semasa pengajian di UPSI hingga kini..




yang last tu KPT belum masukkan lagi pembayaran Yuran kepada UPSI. semua setiap sem tak pernah miss mereka menaja haku.. semua rezeki drpda Tuhan tetapi sebagai hamba Nya kita kena berusaha untuk dapatkan nya.. masa nak mohon MyBrain tu mula2 byak juga benda kena buat tapi at last da dapat tu rasa bersyukur sangat sebab boleh kurangkan beban. 

Jadi semoga ianya menjadi panduan kepada rakan2 atau adik2 yang nak mohon MyBrain15 ni.

Doakan juga Yatt dapat habiskan Master secepat mungkin dan doakan juga Yatt dapat sambung lagi ke peringkat lebih tinggi PHD dan dapat tajaan lagi dari MyBrain15 MyPHD hiks :)

kalau PHD lagi best sebab dorang taja Yuran Pengajian dan dapat pula elaun RM2300 sebulan.. sapa tak mau kan.. 

Sep 22, 2013

My Master's Upsi Result





now, in 4th semester and im doing my research. Hopefully can finish up before end of Disember 2013! Prasy for me yeah! InshaAllah..

Aug 11, 2013

Ongoing Master theses

Yatt da berada pada penghujung untuk tamatkan Master. ongoing master theses lagi..weuhuhu.. Penaja haku MyBrain My Master Kementerian Pengajian Tinggi KPT akan bayaq yuran start awai sem sampai tahun 2014 sahaja jadi haku perlu usaha habiskan mengikut masa yang ditetapkan sampai bulan Januari 2014.

My Mentor bakal Dr yang akan menamatkan PHD tak lama lagi banyak bagi nasihat berguna jadi yatt tak akan berlengah lagi untuk siapkan research dalam masa terdekat ni inshaAllah.. Chaiyok Yatt.. :)

Doakan haku kengkawan yang baik hati, ohsem dan meletOp! Tqvm yeah


Jan 23, 2013

Zakat Pelajaran

Syukur Ya Allah..sesungguhnya rezeki semuanya datang daripada Mu. Baru je lepas keluarkan duit untuk buat majlis keci-kecilan besday Arryan tetiba hubby dapat call (dorang call hubby sebab tmpat keja Tie xda line telefon, kesiankan) dari Pejabat Zakat minta Tie pergi ambil cek. Ekceli minta dari tahun lepas saja nak cuba sebab dulu masa belajar di Matrikulasi dan degree pernah dapat zakat pelajaran ni. Now,pengajian Master cuba2 juga mohon tapi tak berharap sangat. Dan, tengoklah...jumlah nya yg agak besar la juga. Yela sebab Tie (Tie bekerja dan sambung belajar) n suami bekerja dan cuma ada tanggungan anak seorang itu tapi tetap dapat. Alhamdulillah. senyum sampai ke telinga lagi ^_^

Sesungguhnya, tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina dan sentiasa belajar belajar dan belajar kerana belajar tak akan merugikan kamu. :)

Lihatlah cek yang membuat Tie senyum sampai ke telinga>>> (bukan nak show off cuma nak berkongsi) meh la kita sambung belajar dan memohon Zakat Pelajaran di negeri masing2.


Nov 26, 2012

Bagaimana memilih kolej dan universiti terbaik?


MEMILIH melanjutkan pelajar ke kolej atau universiti bukan sesuatu yang mudah kerana ia perlu disesuaikan dengan minat dan kursus yang sesuai.

Selain itu, anda juga perlu melihat kolej atau universiti yang sesuai supaya setiap wang keluarkan berbaloi dengan pelaburan. Panduan ini mungkin memudahkan anda membuat pilihan:

Mengetahui jenis institusi pilihan

Kenal pasti bidang apakah yang menjadikan institusi ini dikenali. Apakah kelebihannya? Adakah kemudahan disediakan menepati keperluan industri? Semak melalui talian, berbincang dengan rakan sebaya atau kaunselor.


Pilih institusi yang memiliki kredibiliti

Apa yang penting adalah jenis komuniti yang bakal membantu pembelajaran anda, pensyarah yang akan berinteraksi serta kualiti pendidikan, bukannya nama dan jumlah pelajarnya. Tanya kepada graduan lain mengenai institusi itu.


Pengalaman lebih diutamakan

Majikan biasanya mengutamakan kemahiran dan pengalaman. Justeru, anda harus memilih institusi yang memberikan pengetahuan dan kemahiran menepati kehendak kerjaya serta perkembangan diri anda.


Institusi yang bagus tidak semestinya mahal

Terdapat pelbagai pilihan institusi yang menawarkan pembiayaan pengajian yang berpatutan, merangkumi perbelanjaan pendidikan. Dengan kemudahan pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mara atau Yayasan Negeri, anda boleh merealisasikan impian menceburi bidang yang diminati.


Pembangunan sahsiah diri menjadikan anda graduan berkualiti

Aktiviti kokurikulum di institusi, termasuk latihan amali, menghadiri persidangan atau seminar boleh membangunkan kemahiran ilmiah seperti pemikiran kritis, komunikasi, kreativiti dan penyelesaian masalah penting untuk kerjaya anda pada masa depan.


Pembelajaran tanpa batasan di institusi

Anda boleh memilih sama ada melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik atau berasaskan kemahiran atau gabungan kedua-duanya. Kebanyakan institusi mengamalkan pendekatan secara langkauan antara teori, amali dan fizikal bagi memberikan pendidikan menyeluruh dan membentuk diri sebagai graduan serba boleh.


Pastikan kesesuaian kolej atau universiti pilihan

Lakukan lawatan ke institusi yang ingin anda sertai. Rasai pengalaman menghadiri kelas serta bergaul di pusat pelajar agar dapat merasai pengalaman sebahagian daripada komuniti pelajar institusi pengajian tinggi.


Sertai Peraduan ‘Sehari Dalam Kehidupan Pelajar KLMUC’

Peraduan anjuran Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) itu membolehkan lepasan sekolah menikmati suasana kehidupan di kampus sambil membantu memilih kursus kerjaya yang sesuai.

Kempen ini dirancang khusus untuk membantu lepasan sekolah membuat keputusan tepat dengan melanjutkan pelajaran.

Untuk mengambil bahagian, peserta boleh melayari www.discoveru.com.my, menjawab kuiz personaliti dan menonton salah satu daripada tujuh video disediakan.

Video ini mendedahkan rutin harian pelajar di dalam kelas. Kemudian, satu ‘insiden’ akan berlaku di mana ia mencabar pemahaman pelajar berkenaan mengenai bidang pengajian mereka. Penonton digalakkan untuk turut sama dengan menjawab satu soalan mudah di akhir video dan mengarang slogan paling kreatif.

Peraduan ini bermula Oktober lalu sehingga Disember 2012 dan peserta berpeluang memenangi iPad dan lain-lain hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi KLMUC dengan mendail talian bebas tol kami di 1800-88-5568 atau SMS dengan menaip KLMUCMAGNNAMANEGERI dan hantarkan ke 36600. Selain itu, anda juga boleh melayari laman web KLMUC di www.klmu.edu.my


sumber: myAdha

Oct 25, 2012

Biasiswa MyBrain MyMaster

Menunggu dan terus menunggu duit claim sem 1 masuk...kawan-kawan ada yang da masuk....harap2 dipercepatkan...ngah memikir2 nak beli apa.hehe... yang pasti suatu yang leh jadikan pelaburan. ampa mcm da boleh agak kan...mestila emas..hihi.. tak sabaqnya aih...sesiapa yang tengah atau nak sambung belajaq leh apply kat laman web neh k. ada apa2 soalan berkenaan tu leh je nak tnya tie manatau leh tolong bg info sikit2

Aug 10, 2012

Keputusan Kemasukan Ke IPTA (Lepasan STPM/Matrikulasi) Tawaran Kedua 2012/2013

Keputusan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal boleh diketahui hari ini mulai pukul 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web http://upu.mohe.gov.my.,http://www.jpt.utm.myhttp://jpt.uum.edu.myhttps://jpt.unimas.my danhttp://jpt.ums.edu.my.

"Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.

"Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan atau pilihan bidang calon atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon," katanya.

Beliau berkata, keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.

Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 dan 03-8870 6777.

Jul 3, 2012

Ministry: Free card to help students bear the rising cost of living

PETALING JAYA: Students at all institutions of higher learning in the country will be given discount cards which will be introduced by June this year.
The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry is issuing the cards to students to help them bear the burden of increased prices of goods.
Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said details of the discount scheme were being worked out with several companies.
“We already have seven companies dealing with books, sports attire and transportation which are interested to partner us.
But we still have to look into details such as how much discount to give and for what items or service,” he told The Star.
“We have teamed up with the Higher Education Ministry and Bank Rakyat and will launch the cards once we finalise matters with at least 10 companies.”
He added that the cards would be given free to the students.
The minister had announced the discount cards scheme earlier yesterday when launching the National Undergraduates Consumer Move­ment Delegates Conference at Universiti Kebangsaan Malaysia in Bangi which was attended by 400 students from 122 academic institutions in the country.
In an immediate response, Universiti Malaya student council president Mohd Syahid Mohd Zaini welcomed the move, saying: “Most students do not have a source of income and it is a struggle for many of them to survive if they are studying in the cities.”
The final year Islamic Studies student said the expenses of some students in the area could reach RM1,000 a month as they had to pay for rent, meals and transportation.
“A number of students have their own transport so it would be good if they could buy petrol at discounted prices,” said Mohd Syahid, 23.
Universiti Kebangsaan Malaysia final-year Actuarial Science student Choo Choon Sian, 23, said: “It would be great if we could have discounts when taking public transport, but I hope the Government will also strive to make the transport system more dependable.”
Monash University Malaysia second year Arts student Sarah Yong Ee May, 21, said she was already using her student identity card for discounts at several food outlets.
“It is a pretty good deal because we can enjoy discounts of up to 20%,” said Sarah.
Source: TheStar

What do you think of the discount cards? Good idea? or political tactics ;) do comments below

Jun 7, 2012

Permohonan MyMaster kat laman web MyBrain15 berjaya..Alhamdulillah :)

Alhamdulillah atas rezeki yang Tuhan kurniakan ni. sangat bersyukur dan terharu. Tie apply biasiswa ni dari masuk awal sem lagi masa bulan februari 2012. Pagi tadi datang keja buka emel then dapat emel daripada Kementerian Pengajian Tinggi cakap da boleh buat semakan untuk biasiswa tu. Tie da seram sejuk dapat ke tak dapat ke tak. kalau dapat....next sem da tak payah bayar yuran pengajian sebab da dapat tajaan dari KPT. check2 je Alhamdulillah dapat, senyum sampai telinga ;p kena la berusaha sungguh2 untuk mantapkan ilmu yang ada supaya research nanti tak da la tunggang langgang dan kelam kabut dibuatnya. kena rajin dan usaha keras juga sebab dapat tajaan dari KPT :) sekarang baru je habis semester pertama. bulan september nanti da masuk sem 2. insyaAllah jika Tuhan bagi jalan sebaik-baiknya nak habiskan dalam 3 semester je Master ni. kira insyaAllah dalam bulan 6 tahun depan da habis. semoga diberi kekuatan dan sentiasa dipermudahkan jalan oleh ALLAH..amin ;)

sesiapa yang nak mohon biasiswa daripada KPT boleh layari laman web ni k :