Jul 30, 2013

My Dulang @ Old Town White Coffee Hidangan Ramadan 2013~ voucher~

Assalamualaikum, pada 2 Julai 2013 rangkaian cafe kopi putih terkenal OLDTOWN White Coffee telah membuat pelancaran khas bagi set hidangan MyDulang @ OLDTOWN bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang. Yatt ada dapat voucher daripda Old Town untuk merasai kelazatan makanan di sana. Tapi belum berkesempatan pergi. Puasa pun dah berada kat penghujung kan.Lagipun voucher tu valid sampai 31 Julai 2013 je. Ada dua hari je lagi.



Konsep tradisional MyDulang @ OLDTOWN ni cukup menarik di mana pinggan atau dulang kayu digunakan semasa menikmati hidangan makanan. Kebiasaannya dulang akan diisi dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan akan dihidangkan untuk dinikmati oleh semua ahli keluarga sebagai tanda perkongsian dan kemesraan.
MyDulang @ OLDTOWN telah direka untuk memperingati serta memberi inspirasi kepada anda untuk mengalami serta menghayati detik-detik indah tersebut bersama ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan sempena bulan puasa yang mulia.

OLDTOWN White Coffee yang baru-baru ini telah mendapat pengiktirafanStatus Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menghidangkan MyDulang @ OLDTOWN bermula dari 8 Julai 2013.
Pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan Rendang Ayam atau Daging dan menjamu selera dengan memesan Set Dulang Individu ataupunSet Dulang Keluarga untuk hidangan 2 – 3 orang.

Set Individu MyDulang @ OLDTOWN

Set Individu MyDulang @ OLDTOWN berharga RM16.90 dengan hidangan berikut:
  • Rendang Chicken / Rendang Beef
  • Chicken Satay with Satay Sauce
  • Fried Lekor
  • Cucumber strips
  • Egg Skin strips
  • Cooked Long Bean
  • Kangkung Sambal Hae bee
  • Nasi Kunyit
  • Lekor Chili Sauce
  • Belacan Chilli
  • 1 Beverage – Rose Nata Selasih / OldTown White Coffee / OldTown Teh Tarik
  • 1 Dessert – OldTown Ice Kacang with Rose Syrup / Ice Kacang with Gula Melaka (Add a scoop of ice cream for RM1)

1 comment :

terima kasih sudi baca dan komen