Nov 12, 2012

Tip Untuk Mengatasi Keletihan pada para ibu



Dinasihatkan agar ibu menyimpan tenaga sendiri dan bayi. Dapatkan bantuan ibubapa, pembantu rumah, saudara mara atau jiran. Jangan risau jika keadaan rumah anda kurang kemas atau tidak sempurna kerana anda bukannya superwoman. Antara tip untuk menyimpan tenaga:-

1. Tidur apabila bayi tidur. Jika sukar melakukannya, cukuplah sekadar berbaring sambil menutup mata. 
Ambil peluang yang ada untuk berehat walaupun ketika itu ada tetamu. Keluarga dan kawan anda pasti memahami keadaan ini.

2. Minum banyak air. Cuba minum sembilan hingga 12 gelas air sehari. Dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah yang menyebabkan keletihan.

3. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi (kismis, bayam dan aprikot). Zat besi mampu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu, organ dan otot.

4. Elakkan mengambil makanan dan snek berlemak kerana bakal mengambil lebih banyak masa untuk untuk dihadamkan dan mengurangkan aliran darah ke otak, hati dan bahagian tubuh yang lain. Ini berlaku kerana aliran darah meningkat hanya di kawasan perut.

5. Seimbangkan pengambilan protein.

6. Hadkan pengambilan protein antara 15gm hingga 20gm protein setiap kali makan. Selain itu, dua kali snek seberat 15gm adalah digalakkan. Ketahuilah kekurangan protein akan memudahkan anda letih.

7. Kawal pemakanan. Anda hanya perlu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Perut yang terlalu penuh akan menyebabkan keletihan jangka pendek. Dalam pada itu, jika mempunyai berat badan berlebihan, ia membuatkan anda lebih mudah letih.

No comments :

Post a Comment

terima kasih sudi baca dan komen