Dec 9, 2012

Jom Didik Anak Hafaz Al Quran ♥



♥ Pendidikan Awal Bayi ♥

Ada pelbagai pandangan dalam pendidikan awal kanak-kanak bergantung kepada latar belakang ibubapa kanak-kanak tersebut dalam memilih kecenderungan pendidikan untuk anak mereka. Ada yang memilih untuk mendahulukan pengajaran ilmu dunia, contohnya belajar membaca bahasa yang dipilih. Perbezaannya, mengajar yang lain selain dari al Quran hanya berhenti setakat 'kenal dan bac
a' tetapi tidak melatih untuk MENGHAFAL. Menghafal meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak.

Jika kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Allah telah memberi pengajaran kepada kita bahawa bayi boleh diajar dengan memperdengarkan apa yang kita mahu ajarkan kepadanya. Maka adalah sebaiknya bayi yang baru dilahirkan, selalu diperdengarkan dengan ayat alQuran. Inilah cara memulakan pendidikan alQuran pada bayi.

Mereka yang baru lahir adalah umpama disket kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa.

Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal alquran pada umur seawal 3 Tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu, bila mereka dewasa nanti. Ia ibarat 'BRAIN TRAINING' yang akan menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Jom Didik Anak Hafaz Al-Quran ♥





No comments :

Post a Comment

terima kasih sudi baca dan komen