Apa itu Husnuzon? Husnuzon adalah istilah arab yang membawa maksud "bersangka baik". Selari dengan kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan kali ini, tentu sekali kita semua teruja menyambut kedatangannya. Ya benar semua kita teruja, tapi teruja melalui sudut pandang yang tidak sama. Lazimnya, manusia dilahirkan berbeza-beza. Berbeza dalam konteks cara hidup, cara berfikir dan bagaimana kita terdidik. Jadi cara keterujaan setiap manusia sudah pasti tidak sama. Mungkin saya rasa benda itu tak patut, tapi bagi orang lain patut. Mungkin saya rasa benda ni okay, tapi bagi orang lain tak okay.
Masih kabur tentang apa yang cuba saya sampaikan? Okay begini. Facebook, Twitter, Instagram, namakan lagi social network yang mungkin saya tak senaraikan disini, tak mengapalah kita sebut apa yang ada saja dulu. Okay semua benda-benda sosial ini kebanjiran dan sarat dengan cerita Ramadhan sejak beberapa hari ini. Senario ini adalah sesuatu yang lumrah. Bermacam-macam jenis dan versinya. Kalau di Facebook akan ada status update seperti "Akhirnya berjaya jalani ibadah puasa di hari pertama". Ada orang berfikir yang si peng-update status tu macam KECOH GILA, BARU PUASA SEHARI NAK BAGITAU BERJAYA APAKEBENDA? Dalam erti kata lain, riak. Bagi yang berfikir sedemikian, ini ialah solusinya. Husnuzon.. mungkin ini pertama kali dia berpuasa. Biarlah dia berkongsi rasa senang hatinya. Tentulah terujanya sama seperti saat pertama kali kita mengerjakan puasa. Dan bila lambakan pengguna twitter berkongsi cerita kelebihan amal di bulan Ramadhan tetap ada yang sanggup tweet sepeti BULAN PUASA NI TIBA-TIBA SEMUA NAK JADI BAIK CERITA AGAMA, HAIRANLAH! Solusinya, husnuzon. Bila ada orang lain tweet tentang ilmu, sepatutnya kita berterima kasih dan bersyukur. Anggaplah si pen-tweet tersebut ingin berkongsi ilmu bersama-sama kita. Tak perlu hairan dan jangan dipersoalkan sesuatu yang baik, tapi hairanlah pada diri sendiri kerana seolah-olah menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan manfaat pada diri. Bila orang memuat turun gambar di Facebook mahupun di Instagram tentang menu yang bakal dihidang nanti janganlah kita berfikir yang dia mahu menunjuk-nunjuk kepada dunia tentang kehebatannya, berbaliklah kita kepada konsep Husnuzon dimana kemungkinan dia ingin berkongsi kepada kita tentang idea masakannya, tiada yang salah di situ. After all sharing is caring! Maka, beratkanlah fikiran kita kearah yang lebih positif. Sama juga seperti kebanyakan wanita yang mengambil inisiatif untuk memakai tudung setibanya bulan Ramadhan. Namun kadang-kadang ada juga lidah berkata LEPAS RAMADHAN BUKA BALIK, BAIK TAK PAYAH. Sekali lagi Husnuzon.. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya dia mencari jalan dan usaha menutup auratnya walau ia bersifat sementara. Doakan saja semoga lembut hatinya untuk terus istiqamah. Mungkin akhirnya nanti dia lah yang lebih solehah. Siapa tahu? Jadi kita janganlah berat-berat kepala. Bertenanglah, tidak semua orang dilahirkan akal kematangannya sama. As humans, we are full of imperfections, tapi kita ada jalan memperbaikinya.
Mari kita renung sejenak petikan kata-kata dari Syeikh Abdul kadir Al Jailani..
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jadi, sentiasalah Husnuzon.
Mari sama-sama kita perbaiki diri dan saling mengingati ya?
Salam Ramadhan 1433 Hijrah.
Sumber : nurulcakapcakap
No comments :
Post a Comment
terima kasih sudi baca dan komen