Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
- Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
- Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
- Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.
- Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
- Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
- Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea
- Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien
Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi
- Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
- Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
- Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
- Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
- Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
- Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
- Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
- Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
- Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
- Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
- ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
- ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
- Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
- Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
- Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.
Alahan Makanan
- Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
- Putih telur
- Kacang
- Makanan laut
- Gandum
- Buah limau
- ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.
Garam, Gula dan Bahan Perasa
- TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
- Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.
Cara Memberi Bayi Makan
- Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
- ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
- Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
- Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
- Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
- Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.
No comments :
Post a Comment
terima kasih sudi baca dan komen