1. Bisnes itu modalnya besar, sampai kita terpaksa gunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kita bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP untuk membuka bisnes.
2. Jangan meminjam duit modal bisnes sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank. Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka. Nanti bisnes gulung tikar, hartanah pula dilelong oleh bank.
3. Jangan meminjam duit adik beradik ataupun kaum keluarga. Nanti sudahlah bisnes kita tutup, bergaduh pula dengan adik beradik dan ipar-duai.
4. Jangan menyewa kedai. Gagal membayar sewa kedai adalah punca utama bisnes kita terpaksa ditutup.
5. Jangan buat bisnes yang skillnya tidak ada pada kita. Jangan buka kedai makan kalau kita tidak pandai masak. Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.
6. Jangan buka bisnes francais. Francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.
7. Jangan buka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.
8. Jangan buat produk terkilang. Kos membuat produk terkilang adalah sangat mahal. Ia memakasa kita membuat pinjaman bank.
Bisnes yang bagus sebagai bisnes pertama:
1. Modalnya kecil. Kalau lingkup, tangan kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.
2. Kita mempunyai skill yang diperlukan.
3. Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.
4. Dapat kita buat bisnes itu sendiri-sendiri. Kemudian, apabila bisnes sudah berkembang, baru ambil pembantu.
No comments :
Post a Comment
terima kasih sudi baca dan komen