Feb 1, 2012
Fakta tentang bayi baru lahir
Nak share sikit info tentang bayi baru lahir yang mungkin korang tak tahu :
# Bayi tiada kepala lutut kerana ia tidak terbentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
# Bayi mempunyai 300 tulang manakala orang dewasa mempunyai 206 sahaja. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
# Bayi mempunyai deria bau yang kuat dan boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat dan boleh membezakan bunyi-buyian serta boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
# Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Oleh itu mereka tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
# Mendengarkan music klasik boleh menambah kepintaran bayi.
# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah mereka sangat cepat terkena alahan.
# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
SUMBER : http://portal.alamhamil.com/
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
babies adalah makhluk ALLAH yang sangat comel dan best.. Tetiba rasa macam nak pregnant lagi. Ahaks.
ReplyDelete