Dec 14, 2013

10 Filem Terbaik untuk Jiwa Usahawan

Menonton filem sama ada di panggung wayang atau melalui televisyen bukan sekadar hiburan semata-mata kerana sebahagian filem mampu memberikan inspirasi dan meningkatkan motivasi untuk usahawan. Tidak seperti luar negara, pengarahan filem-filem sebegini masih kurang di Malaysia. Berikut antara 10 filem pilihan editor yang terbaik untuk para usahawan tontonkan.

  #1 – The Billionaire Filem ini berdasarkan kisah benar daripada zero menjadi hero mengenai seorang bilionair muda Thailand, Top Ittipat. Top yang pada awalnya seorang yang gila bermain game akhirnya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan berasaskan rumpai laut.



 #2 – The Social Network Pelajar Harvard, Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg), mencipta Facebook di dalam bilik asrama beliau. Beliau kemudian didakwa oleh rakan-rakan beliau kerana mencuri idea untuk membina laman sosial paling berjaya dan pantas berkembang itu.



 #3 – Wall Street Filem ini mengisahkan mengenai kisah hidup seorang broker saham yang muda dan laparkan kejayaan, Bud Fox. Filem ini terbaik untuk usahawan kerana ia menunjukkan apa hasilnya apabila keinginan untuk berjaya menguasai hidup anda.



 #4 – Jerry Maguire Filem ini berdasarkan kisah benar dan menunjukkan langkah demi langkah kepada penonton untuk berjaya. Setelah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja, beliau melalui penolakan daripada insan-insan di sekelilingnya. Perlahan-lahan, akhirnya beliau dapat mengenal pasti jalan yang terbaik untuk ditempuhi, dan ia berakhir dengan baik sekali di dalam perniagaan dan juga kehidupan beliau.



 #5 – The Pursuit Of Happyness Christopher Gardner (Will Smith) cuba untuk menyara keluarganya dengan menjual alat-alat perubatan yang tidak mempunyai permintaan. Beliau mendapat peluang untuk berjuang dengan menjual saham, tetapi beliau tidak akan menerima gaji untuk 6 bulan. Untuk memenuhi keperluan, beliau terus cuba menjual alat-alat perubatan sehingga satu tahap beliau tidak mampu mempunyai tempat tinggal. Tetapi beliau tetap cekal berusaha sehingga mencapai kerjaya yang diimpikan.



 #6 – Pirates Of Silicon Valley Sebuah biografi mengenai pengasas serta pencipta Microsoft dan Apple. Biografi ini memberikan pendedahan bagaimana mereka memulakan dan menguruskan bisnes mereka serta menunjukkan apakah perbezaan besar dalam operasi mereka.



 #7 – Moneyball Pengurus besar Oakland A, Billy Beane (Brad Pitt) hanya mempunyai bajet yang rendah untuk mengambil pemain pasukan baseballnya. Semua pemain bintang beliau telah meninggalkan pasukan setelah mendapat tawaran yang lebih baik. Beliau meninggalkan pasukan untuk mencari cara bagi membina sebuah pasukan hebat tanpa memerlukan wang yang banyak. Akhirnya beliau menjumpai satu penyelesaian dengan melihat dan memilih pemain berdasarkan data statistik untuk membentuk pasukan.



 #8 – Up In The Air Filem ini mengisahkan mengenai Ryan Bingham (George Clooney) yang pergi ke seluruh negara untuk membuang para pekerja dari syarikat-syarikat lain. Seorang pekerja baru, Natalie Keener (Anna Kendrick) menyertai syarikat itu untuk mengubah model perniagaan semasa dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi.



 #9 – The Aviator Filem ini berdasarkan kisah sebenar seorang perintis penerbangan, Howard Hughes sehingga tahun 1947. Ia menceritakan mengenai kehidupan Hughes yang menjadi hartawan penerbangan dan pada masa yang sama mengalami masalah tidak stabil akibat gangguan obsessive-compulsive yang teruk. 



#10 – Risky Business Filem ini merupakan antara filem yang menyeronokkan. Ia menceritakan bagaimana mengambil peluang berisiko tinggi di depan mata. Filem yang dilakonkan oleh Tom Cruise ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terpaksa berhadapan realiti untuk mencari duit sebelum kepulangan ibu bapanya.


 PS: Apakah filem kegemaran anda (selain dokumentari) yang telah memberikan inspirasi kepada anda selama ini?

Yatt nak cari semua cerita-cerita ni dan tengok ulang-ulang kali untuk motivasi diri InshaAllah. Jom! The Pursuit Of Happiness dah yang lain 9 belum lagi. banyak tu.

Sumber : Majalah Niaga



No comments :

Post a Comment

terima kasih sudi baca dan komen