Jan 12, 2013

Kasut Charles and Keith hadiah birthday drpda ma hubby..tq sayang :)

Assalamualaikum semua...

10 Januari adalah hari lahir tie yang ke 26 tahun. tapi rasa macam umur budak 15 tahun pun ye jugak ye lah sebab badan kecik tapi umur dah 26 tahun. *noted: saya adalah seorang anak perempuan kepada cikgu Man, isteri kepada encek Nizam dan ibu kepada Arryan Hasbi... ^_^

dan bila anak tie da menginjak usia setahun sebulan da ramai bertanya bila nak tambah ahli pula, bila nak bagi adik dekat Arryan??hmm... buat masa sekarang tie perlu tunggu Arryan da 3 tahun baru la boleh ada niat nak menambah rasanya disebabkan tie bersalain secara ceaserean*betulke tie eja neh...betulkan kalau silap.malas nak google translate..hi  

dan satu lagi perlu ada rumah sendiri ok! rumah sendiri! sabar maybe tahun ni atau tahun depan insyaAllah akan ada rumah sendiri seperti yang diharapkan dari dulu lagi. tunggu je k sebab semuanya dalam proses. Tak sabar rasanya nak memiliki rumah sendiri.kan..Tie malas nak update pasal rumah sebab nnti bila da ada tie akan update selalu smpai korang muntah kuning eh silap muntah kaler pelangi wokeh! :p

ok da tersasau jauh da neh sebab niat di hati nak ceghita pasai lain dek non oi..ekceli..ekceli..sapa ajaq ang cakap ekceli ni? oh my english! actually la..
ok perbetul sikit. actually, nak cerita kejadian pada malam 9 januari dan pagi 10 januari 2013. sangat2 surprise*sila baca dengan gaya terkejut oh mak kau! hokeh

9 januari~malam~ menunggu dan terus menunggu msg dari hubby wish besday sbb dia kuaq jmpa mmber jap kat kedai kopi. tepat kui 12 am tetap handset ku itu xda menandakan sape2 pun yg anta msg. so daku terus melelapkan mata yang ada sedikit kuciwa dihati sampaila terbagun keesokan paginya.

10 januari~pagi. (hari yang perlu ke tempat kerja) bergegas siapkan persiapan ntuk anak dan suami kat dapur dengan perasaan kuciwa yang makin menebal sebab hubby macam tak ingat je besday bininya ini. waaa..sangat sadis! tapi daku tetap menyiapkan sarapan dan makanan anakku macam biasa. sebab perasaan kuciwa daku masih boleh dikawal memandangkan semua itu sememangnya adalah tanggungjawab seorang isteri dan ibu jadi daku tolak ketepi semua yang bermain di otak ini. :(

tiba masa daku nak membuka pintu kereta penumpang di sebelah driver tup2 daku terpaku sebentar melihat sekotak yang tertera Charles & Keith. adakah itu hanya sebuah kotak kosong? atau sebuah kotak yang menarik perhatian daku tetapi isinya lain? muka ku yang kelat da bertukar manis...kikikiki..materialistik betul tapi ekceli daku bukanlah macam itu. daku hanya mengharapkan suamiku itu ingat dan wish besday je dekat daku tapi dah hubby beli takkan ang nak p bagi kat orang pulak atau ang kata la abg buat pa beli mahai2 ni. bagi pen sebatang pun jadila. kalau dia belum beli bolehla ang nak kata lagu tu ni dah ada depan matakan. bak kata orang rezeki jangan di tolak. daku menerimanya dengan perasaan teramat teruja dan gumbira.hehehe...

daku mula membuka kotak itu waktu itu jugak di depan beliau dan melihat sekeping kertas kecil yang bercetak *selamat hari lahir ibu Arryan yang ke 26*

hati tersentuh bagai di siat2eh kalau happy hati bagai di siat2 ke? ke marah n sakit hati je? entahla BM daku memang agak fail di situ.he..abaikan jela. rasa nak menangis rasa nak lompat rasa nak peluk suamiku. rasa yang bermacam2 rasa la. pas da dapat pegi salam tangan n cium pipi *  kena dash sebab terlalu sulit kot.hi hubby daku n ucap terima kasih abang dan mestila senyum sampai telinga.

dan daku pergi kerja dengan hati berbunga2 bunga riang. sebelum tu hubby da pesan jangan post dalam fb ye malu dekat orang. haha.. dan bininya mengiyakan je dan daku menurut prinsip janji ditepati. dalam otak daku dalam fb je kan xleh post dalam blog boleh la camtu.hehe.. sebab tu la daku hanya publish dalam blog. so kawan2 yang rajin terjah blog tie mungkin akan tahu.he..

dekat sini tie nak upoad la sikit pic kasut yang tie terima dari hubby tu. ^_- blushing2




encek nizam ni dah hafal n faham sangat perangai bininya. mesti ada kaler pink so beliau telah memilih kasut ini ntuk bini kesanyangan ye.hiks..tq sayang! i lOve u seratus lima puluh juta kali! ekceli i lOve u infiniti darling...

2 comments :

terima kasih sudi baca dan komen