Jul 25, 2012

Had Umur untuk Pengeluaran KWSP kekal 55 Tahun

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam menolak dakwaan bahawa kerajaan menaikkan had umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun kerana ingin memegang jumlah simpanan pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih lama.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, beliau mengesahkan bahawa had umur untuk mengeluarkan simpanan KWSP kekal pada umur 55 tahun walau had umur persaraan telah dinaikkan.

Beliau memberi jaminan bahawa had umur untuk mengeluarkan simpanan itu tidak akan dinaikkan kepada 60 tahun bagi membolehkan wang KWSP digunakan untuk menyokong kerajaan.

Katanya lagi, perubahan ke atas had umur untuk mengeluarkan simpanan hanya akan dibuat selepas rundingan secukupnya.

Tambahnya, syarikat yang ingin meningkatkan had umur persaraan sebelum dasar itu dilaksanakan boleh berbuat demikian dengan mengikut budi bicara mereka sendiri.

- BERNAMA

1 comment :

  1. Salam yatie.Sblm tu nak mintak maaf sgtttt sbb xperasan msj yg yatie tinggalkn di n3 apam aiskrim soda tu

    Sebenarnya guna ICE CREAM SODA FN yg air yg ber gas tp kalernya putih jernih.Klu yatie cari kat kedai runcit/mall mesti jumpa

    Slmt mencuba apam tu ya.salam kenal dr atie gak...

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca dan komen