Bila kita berjalan di tengah panas.
"Ya Allah panasnye...."
Kemudian, cepat-cepat teringat Astaghfirullah tak baik mengeluh...
"Ya Allah panasnye dunia...bagaimana di padang mashyar kelak?"
Kadang-kadang terfikir eh keciknya aku, eh pendeknya aku, gemuknya aku, dok belek-belek depan cermin eh tak cunnya aku.
Tapi haritu singgah kejap blog Yuyu Zulaikha (admire betul kat kupukupukecik ni) then dia cakap tinggi dia cuma 140cm je kot lagi rendah dari tie rupanya. umo dia muda la dalam 2 tahun dari tie. Tapi dia tak jadikan semua tu sebagai halangan untuk berjaya. Ramai orang sayang dia termasuk tie :)
Tiba-tiba terasa seperti tersentak..baru tadi aku mengeluh "Ya Allah..ada lagi orang lain lebih rendah dari aku.."
Sebagai manusia kita tidak pernah lari dari berbuat kesilapan dan kesalahan. Dari sekolah lagi ustaz ustazah dah pesan, tak baik mengeluh atas kehendak dan kurniaan Allah....kerana ada yang lebih susah dan tidak bernasib baik dari kamu.. kamu hendaklah sentiasa bersyukur atas segalanya. Bersyukur dan redha...antara kunci utama dalam mencari hidayahNya.
Wassalam
No comments :
Post a Comment
terima kasih sudi baca dan komen