Showing posts with label Mcm2. Show all posts
Showing posts with label Mcm2. Show all posts
May 30, 2014
"A Journey of Two Becoming One "
Istri adalah :
1. Org yg akan mendampingimu seumur hidup.
2. Org yg akan melahirkan anak"mu, walau dgn penuh rasa sakit.
3. Org yg merawatmu sampai tua.
4. Org yg akan merawatmu pd saat kau sakit.
5. Org yg akan sllu mendukung walau kau gagal berpuluh" bahkan beratus" kali.
6. Org yg memberikan hidupnya untukmu.
Bahkan ia membuang egonya demi bersamamu.
Bahkan saat kau menyakitinya, ia tetap berada di sampingmu..
Sedangkan suami adalah:
1. Org yg akan menjagamu seumur hidupmu.
2. Org yg berkorban untukmu.
3. Org yg menafkahimu.
4. Org yg merawatmu pd saat kau sakit.
5. Org yg memelukmu pada saat kau sedih.
6. Org yg ingin membuatmu bahagia.
Mrka sama berharganya, hanya saja mrka mempunyai perbedaan" yg kadang membuat mrka menyakiti 1 sama lain, & itu hanya dpt diatasi dgn pengertian dari kedua belah pihak.
Hidup itu singkat.
Trllu singkat utk berbagai pertengkaran.
Mengapa tdk km bahagiakan saja pasanganmu, & mengisi hari" kalian dgn penuh cinta, & membuat pasanganmu tersenyum lbh lebar tiap harinya?
Bukankah itu lbh baik & bhgia dibanding saling menyakiti?
Walaupun byk hal, dmna kenyataannya tak mudah utk dilalui, bahkan terkadang enggan utk melaluinya.
Like n Share ^^
Label
bicara hati
,
kisah happy
,
Mcm2
,
Motivasi
,
Renungan
,
Tips
Dec 21, 2013
7 Cara Memikat Selera Anak
1. Sediakan hidangan menarik berwarna-warni
Kanak-kanak pra sekolah lazimnya cepat berasa bosan. Namun, mereka mudah tertarik dengan sesuatu yang bersifat berwarna-warni. Melihat lauk-pauk seperti sayuran yang beraneka warna membuatkan mereka tidak sabar menikmatinya. Warna yang ceria dan menarik mampu merangsang selera makan si kecil.
2. Variasikan resepi dan hidangan
Menikmati hidangan yang sama setiap kali berada di meja makan tentu membosankan. Malah selera juga turut menyusut perlahan-lahan. Lantaran itu, sediakanlah lauk-pauk yang berbeza setiap hari. Jika hari ini makanan yang dihidangkan ikan masak lemak dengan sayur bayam, ubahlah menu untuk hari-hari seterusnya seperti daging masak kicap dan sup sayur. Resepi yang sama saban hari boleh menrencatkan selera makan kanak-kanak.
3. Kreatif dalam masakan
Kadang-kala kanak-kanak amat cerewet dalam memilih makanan. Ada yang menolak kobis. Malah tidak kurang juga yang mengelak daripada menjamah sesetengah jenis makanan laut. Lantaran itu ibubapa perlu bijak apabila berhadapan dalam situasi begini. Seandainya dia tidak menggemari sawi, campurkanlah sayur tersebut dengan bahan-bahan lain seperti lobak merah dan cendawan. Ini dapat meningkatkan selera si kecil.
4. Sediakan hidangan dalam bentuk yang sesuai
Kanak-kanak khususnya yang masih di pra sekolah belum bijak sepenuhnya mengunyah makanan seperti orang dewasa. Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang gemar memotong pendek, nipis dan kecil bahan-bahan dalam masakan seperti daging mahupun sayuran menimbulkan kesukaran kepadanya. Ini secara tidak langsung boleh melenyapkan selera makan kanak-kanak.
5. Menjamu selera di ruang makan
Menjauhi televisyen sewaktu menikmati hidangan adalah langkah yang wajar dipraktikkan bagi meningkatkan selera makan si kecil. Ruang makan merupakan tempat paling sesuai untuk menjamu selera. Namun, elakkan daripada meletakkan televisyen diruang tersebut kerana ini boleh menarik tumpuan si kecil secara tidak langsung, kanak-kanak tidak dapat menikmati keenakkan hidangan sepenuhnya.
6. Elakkan makanan terlampau panas
Dalam usia kanak-kanak yang terlalu muda, lidahnya masih belum cukup kuat untuk menahan kepanasan makanan. Oleh itu, pastikan makanan yang diberikan kepadanya tidak terlalu panas sehingga boleh membantutkan keinginnya untuk makan.
7. Hidangkan buah-buahan dengan cara menarik
Terdapat segelintir kanak-kanak yang kurang menggemari buah-buahan. Pelbagai jenis buah seperti epal dan betik mampu memberikan khasiat kepada kanak-kanak. Bagi menarik minatnya, sediakan buah-buahan tersebut dalam bentuk yang digemarinya. Bentukkan buah tersebut dengan ukiran yang ringkas tetapi bersesuaian dengan minat si kecil.

Sekiranya 7 tips diatas telah diikuti namun anak masih tiada selera makan. Yatt syorkan pengambilan Mealshake sebagai penambah selera makan anak-anak.
Meal Shakes merupakan hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti amat digemari seisi keluarga. Ia merupakan sarapan segera yang berkhasiat, lazat dan sarapan yang mampu dibeli, hidangan segera untuk para atlet, kudapan menarik pada bila-bila masa, dan semestinya rendah lemak, kolesterol dan sodium. Meal Shakes merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Serta mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan tidak perlu.
Fakta tentang Meal Shakes Shaklee
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan.
- Kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
- Pilihan rendah lemak dan rendah glisemik yang terbaik.
- Rasa French Vanilla yang enak (macam aiskrim vanila).
Siapa lagi yang perlukan Meal Shakes?
~ Kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan ke atas yang kurang selera makan, kerap sembelit, atau yang obes.
~ Ibu mengandung yang mempunyai alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang.
~ Ibu menyusu yang ingin mengurangkan berat badan.
~ Mereka yang tidak gemarkan supplement berbentuk tablet
~ Mereka yang ingin menambahkan berat badan (gain weight)
~ Warga tua
Cara penyedian Meal Shakes (boleh ikut citarasa anak-anak, ini hanya suggestion)
1. Meal Shakes + Air suam
2. Meal Shakes + ESP Shaklee
3. Meal Shakes + Jus Oren
4. Meal Shakes + Fresh Milk
5. Meal Shakes + Horlicks
6. Meal Shakes + Milo
Anda berminat untuk mendapatkan Meal Shakes sebagai makanan tambahan berkhasiat untuk anak-anak anda? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga yang terbaik dan jadual makan yang lengkap.
Dec 14, 2013
10 Filem Terbaik untuk Jiwa Usahawan
Menonton filem sama ada di panggung wayang atau melalui televisyen bukan sekadar hiburan semata-mata kerana sebahagian filem mampu memberikan inspirasi dan meningkatkan motivasi untuk usahawan.
Tidak seperti luar negara, pengarahan filem-filem sebegini masih kurang di Malaysia. Berikut antara 10 filem pilihan editor yang terbaik untuk para usahawan tontonkan.
#1 – The Billionaire Filem ini berdasarkan kisah benar daripada zero menjadi hero mengenai seorang bilionair muda Thailand, Top Ittipat. Top yang pada awalnya seorang yang gila bermain game akhirnya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan berasaskan rumpai laut.
#2 – The Social Network Pelajar Harvard, Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg), mencipta Facebook di dalam bilik asrama beliau. Beliau kemudian didakwa oleh rakan-rakan beliau kerana mencuri idea untuk membina laman sosial paling berjaya dan pantas berkembang itu.
#3 – Wall Street Filem ini mengisahkan mengenai kisah hidup seorang broker saham yang muda dan laparkan kejayaan, Bud Fox. Filem ini terbaik untuk usahawan kerana ia menunjukkan apa hasilnya apabila keinginan untuk berjaya menguasai hidup anda.
#4 – Jerry Maguire Filem ini berdasarkan kisah benar dan menunjukkan langkah demi langkah kepada penonton untuk berjaya. Setelah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja, beliau melalui penolakan daripada insan-insan di sekelilingnya. Perlahan-lahan, akhirnya beliau dapat mengenal pasti jalan yang terbaik untuk ditempuhi, dan ia berakhir dengan baik sekali di dalam perniagaan dan juga kehidupan beliau.
#5 – The Pursuit Of Happyness Christopher Gardner (Will Smith) cuba untuk menyara keluarganya dengan menjual alat-alat perubatan yang tidak mempunyai permintaan. Beliau mendapat peluang untuk berjuang dengan menjual saham, tetapi beliau tidak akan menerima gaji untuk 6 bulan. Untuk memenuhi keperluan, beliau terus cuba menjual alat-alat perubatan sehingga satu tahap beliau tidak mampu mempunyai tempat tinggal. Tetapi beliau tetap cekal berusaha sehingga mencapai kerjaya yang diimpikan.
#6 – Pirates Of Silicon Valley Sebuah biografi mengenai pengasas serta pencipta Microsoft dan Apple. Biografi ini memberikan pendedahan bagaimana mereka memulakan dan menguruskan bisnes mereka serta menunjukkan apakah perbezaan besar dalam operasi mereka.
#7 – Moneyball Pengurus besar Oakland A, Billy Beane (Brad Pitt) hanya mempunyai bajet yang rendah untuk mengambil pemain pasukan baseballnya. Semua pemain bintang beliau telah meninggalkan pasukan setelah mendapat tawaran yang lebih baik. Beliau meninggalkan pasukan untuk mencari cara bagi membina sebuah pasukan hebat tanpa memerlukan wang yang banyak. Akhirnya beliau menjumpai satu penyelesaian dengan melihat dan memilih pemain berdasarkan data statistik untuk membentuk pasukan.
#8 – Up In The Air Filem ini mengisahkan mengenai Ryan Bingham (George Clooney) yang pergi ke seluruh negara untuk membuang para pekerja dari syarikat-syarikat lain. Seorang pekerja baru, Natalie Keener (Anna Kendrick) menyertai syarikat itu untuk mengubah model perniagaan semasa dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi.
#9 – The Aviator Filem ini berdasarkan kisah sebenar seorang perintis penerbangan, Howard Hughes sehingga tahun 1947. Ia menceritakan mengenai kehidupan Hughes yang menjadi hartawan penerbangan dan pada masa yang sama mengalami masalah tidak stabil akibat gangguan obsessive-compulsive yang teruk.
#10 – Risky Business Filem ini merupakan antara filem yang menyeronokkan. Ia menceritakan bagaimana mengambil peluang berisiko tinggi di depan mata. Filem yang dilakonkan oleh Tom Cruise ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terpaksa berhadapan realiti untuk mencari duit sebelum kepulangan ibu bapanya.
PS: Apakah filem kegemaran anda (selain dokumentari) yang telah memberikan inspirasi kepada anda selama ini?
Yatt nak cari semua cerita-cerita ni dan tengok ulang-ulang kali untuk motivasi diri InshaAllah. Jom! The Pursuit Of Happiness dah yang lain 9 belum lagi. banyak tu.
Sumber : Majalah Niaga

Nov 12, 2013
Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat ( RMR ) 1 Malaysia
Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat ( RMR ) 1 Malaysia
Cara mudah apply Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia
1. Perlu ada Tanah lot sendiri atau tanah lot Family
(kalau tanah lot sendiri lagi mudah, if tanah family ayah/emak perlu angkat sumpah dan banyak prosedur)
2.Pergi ke Pejabat YB atau ke Pejabat SPNB sendiri
3. Ambil borang dan isi
4.Borang juga boleh didapati di sini >> Borang RMR
5. Design boleh dipilih namun keputusan SPNB untuk pemilihan rumah kita perlu akur
boleh lihat design disini >> Design RMR
Harga - RM65K - RM75K
Subsidi kerajaan - RM20K
Yang perlu dibayar - RM45k-RM55K
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2
Sila sebarkan supaya semua orang tahu
Subsidi kerajaan - RM20K
Yang perlu dibayar - RM45k-RM55K
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2
Sila sebarkan supaya semua orang tahu
Oct 30, 2013
Cara Diet Kevin Zahri
Siapa Kevin Zahri?
Siapa yang tidak kenal dengan Kevin Zahri yang merupakan pakar dalam kesihatan dan juga dalam pemakanan. Beliau juga banyak mengadakan seminar berkenaan dengan kesihatan dan juga mengadakan senaman bersama-sama pengikutnya bagi menyahut 'jom kurus'
Tanyalah apa sahaja berkaitan dengan kesihatan badan, INSYA ALLAH kevin akan cuba membantu permasalahan berkaitan kesihatan anda.
Tak nak cakap panjang, cuba lihat gambar di bawah.
| Sumber gambar dari Instagram @kevinZahri |
Jadi itu rupanya petua untuk kekal sihat sepanjang masa. Sebenarnya kita boleh makan apa sahaja tetapi perlulah mengikut kadar yang ditetapkan jangan berlebihan.
Paling diutamakan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan juga air mineral.
Nak dapatkan tip info berkenaan dengan kesihatan dan macam-macam lagi, boleh ikuti instagram beliau taip kevinzahri atau like facebook beliau Kevin Zahri
credit to : akubahrain
Label
aku mau kurus
,
Kesihatan
,
Mcm2
,
My References
Oct 29, 2013
Bagaimana pihak KPT sentiasa menaja yuran pengajian setiap Sem (MyBrain15 MyMaster)
Bismillah
disini Yatt nak berkongsi kepada rakan-rakan atau adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau PHD dengan penajaan Yuran Pengajian daripada KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) iaitu Program MyBrain15 MyMaster atau MyPHD.
Alhamdulillah, Yatt kini berada sem ke 4 pengajian dan KPT tak pernah miss menaja yuran pengajian yang dapat meringankan beban yatt.
Walaupun nampak mudah je kan setiap sem dapat tetapi setiap kali selepas exam n dapat keputusan yatt perlu pos laporan n result kepada KPT as a record dorang. Yuran kat UPSI murah ja berbanding IPTA lain namun begitu lagi best sebab kenapa? sebab KPT taja untuk bayar yuran. dan satu lagi best sebab lepas da siap tesis dapat pula elaun RM1500. Tupun kalau korang ambil Mod B (Kerja Kursus dan Disertasi)...
So, kepada yang ingin tahu lanjut mengenai tajaan MyBrain15 ini anda semua boleh ke laman web berikut :
kat sini juga yatt nak kongsikan penyata kewangan yatt semasa pengajian di UPSI hingga kini..
yang last tu KPT belum masukkan lagi pembayaran Yuran kepada UPSI. semua setiap sem tak pernah miss mereka menaja haku.. semua rezeki drpda Tuhan tetapi sebagai hamba Nya kita kena berusaha untuk dapatkan nya.. masa nak mohon MyBrain tu mula2 byak juga benda kena buat tapi at last da dapat tu rasa bersyukur sangat sebab boleh kurangkan beban.
Jadi semoga ianya menjadi panduan kepada rakan2 atau adik2 yang nak mohon MyBrain15 ni.
Doakan juga Yatt dapat habiskan Master secepat mungkin dan doakan juga Yatt dapat sambung lagi ke peringkat lebih tinggi PHD dan dapat tajaan lagi dari MyBrain15 MyPHD hiks :)
kalau PHD lagi best sebab dorang taja Yuran Pengajian dan dapat pula elaun RM2300 sebulan.. sapa tak mau kan..
Label
bebel
,
IPTA
,
kisah happy
,
Mcm2
Sep 25, 2013
Petua Untuk Mengandung dan Nak Anak Cepat~InshaAllah~
Bismillah...
Petua dari pakarhowto.com dan selamat mencuba kepada mereka yang ingin mendapatkan anak. Semoga lahirlah seorang HAMBA ALLAH yg soleh / solehah.
PETUA CEPAT DAPAT ANAK
Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.
Begini petuanya :
- Ambil segenggam kacang hijau.
- Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
- Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
- Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
- Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
- Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
- Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.
Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.
Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.
Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.
Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.
Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.
Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
- Makan burger dan nugget
- Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).
yatt berkongsi post ini dari blog Ana Ahmad
Sep 22, 2013
Do More Lah!
Every year, we’re introduced to increasingly advanced smartphones – we now have devices that allow you to Photoshop images, take high-res pictures and get you video-chatting with your best buds, all at the same time.
Isn’t technology wonderful? But instead of fully utilizing the power of a smartphone, most of us are using our smartphones to surf Facebook, Twitter, Instagram and play games. Who here needs a Candy Crush life?
In reality, there’s so much more we can do with digital technology! With the Internet connecting people from all corners of the world, you could learn how to start a new e-commerce business, learn from educational videos, collaborate with other people of the same interest, and maybe even communicate with little green aliens someday!
Perhaps it is time to stop Facebook-ing and start thinking of what else you can do with your expensive smartphone! Time to Do Morelah.
ChurpChurp!

Sep 18, 2013
Resepi Asas untuk Membina Laman Web Perniagaan
Berikan satu pengalaman yang menarik kepada pengunjung laman web anda, terutamanya untuk pengunjung pertama kali. Pelawat akan membuat keputusan dalam masa bebarapa saat untuk meneruskan melayari laman web anda ataupun menekan butang ‘ X ‘ untuk tidak mahu melihat laman web anda. Halaman utama laman web adalah penting untuk memastikan pengguna laman web anda terus membaca mengenai produk perkhidmatan anda. Berikut adalah beberapa tip asas perlu ada untuk laman web .
1. Meletakkan header text /image yang menarik minat pengunjung laman web anda. Pemilihan ayat yang sesuai dalam memperkenalkan pengunjung mengenai laman web anda untuk terus mengunjungi laman web anda. Pemilihan header text yang baik dan memukau para pengunjung laman web anda perlu difikirkan. Dimana syarikat-syarikat besar sanggup membelanjakan modal yang besar untuk membayar kepada pihak professional untuk menghasilkan header text untuk perniagaan mereka.
2. Mengutamakan perkara penting mengenai penyelesaian masalah pengunjung laman web. Jika anda mempunyai sesuatu yang anda benar-benar mahu pengunjung laman web anda untuk melihat, seperti produk perkhidmatan yang ingin diketengahkan, maka pastikan anda meletakkannya di atas, iaitu, di bahagian atas halaman sebelum pengguna perlu skrol ke bawah.
3. Meletakkan gambar produk perkhidmatan yang jelas. Gambar yang jelas dan sesuai dengan laman web anda akan memberikan impak yang tinggi kepada jualan dan dapat menarik minat pelanggan anda untuk membeli dari laman web anda. Keburukan meletakkan gambar yang kurang jelas akan menimbulkan rasa was-was pembeli untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda , ini juga akan memberi pengalaman buruk kepada jualan anda.
4. Mewujudkan identiti jenama yang jelas. Meletakkan gambar anda juga boleh membantu anda mewujudkan identiti jenama anda. Berbuat demikian adalah penting untuk membezakan diri anda daripada pesaing anda. Dengan meletakkan gambar anda, anda juga dapat membina kredibiliti dalam perniagaan yang anda jalankan.
5. Sistem bayaran yang mudah. Pastikan ia mudah untuk pelanggan anda membuat bayaran untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda dengan menyediakan pelbagai kaedah dan cara pembayaran. Memudahkan pelanggan memastikan pelanggan anda tetap kembali mendapatkan produk perkhidmatan melalui anda, walaupun banyak diluar sana mempunyai pesaing-pesaing dalam industri anda.

credit to : Irfan Khairi
Label
Job
,
kOje
,
Mcm2
,
My References
,
Tips
5 Tip Mudah Mendapatkan Pelanggan
Pengunjung dan pelanggan adalah sesuatu yang berbeza. Setiap pelawat yang datang mengunjungi laman web perniagaan anda dipanggil sebagai pengunjung anda tetapi belum tentu lagi mereka akan membeli dan mendapatkan produk anda. Manakala mereka yang membeli produk anda barulah dipanggil sebagai pelanggan.
Yang mana satukah paling penting anda perlu jaga dan hargai? Sudah pastilah kedua-duanya anda perlu jaga dan hargai dengan sebaik-baiknya. Tetapi anda perlu lebih utamakan kepada pelanggan. Ada beberapa tip untuk mendapatkan dan menawan hati pelanggan untuk mendapatkan produk anda. Antaranya ialah :
1. Harga yang munasabah.
Ini adalah antara sebab utama bagaimana untuk anda dapatkan pelanggan dengan mudah. Pengguna masa kini adalah pengguna yang bijak dan kebanyakan daripada mereka akan membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Oleh itu, anda perlu tawan bakal pelanggan anda dengan memberikan produk anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk tersebut.
2. Beri sesuatu yang lebih.
Anda perlu berikan sesuatu yang lebih daripada apa yang sepatutnya pelanggan anda dapat. Dengan cara ini pelanggan anda akan berasa lebih gembira kerana mereka rasa berbaloi kerana mendapat lebih dari apa yang mereka sangkakan. Secara tidak langsung anda dapat meluaskan pasaran anda dengan lebih luas lagi kerana pelanggan tersebut berkongsi pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan dan ahli keluarga mereka.
Dengan promosi mulut ke mulut ini, bakal pelanggan anda akan lebih mempercayai untuk membeli produk anda kerana mereka telah dikenalkan dengan produk tersebut oleh rakan mereka sendiri. Selain itu, anda boleh memberikan kupon diskaun kepada pelanggan anda untuk mereka membuat pembelian di masa akan datang. Ia juga amat memberi kesan dan impak yang sangat besar.
3. Pemasaran yang efektif
Aktiviti pemasaran dan pengiklanan yang efektif adalah umpama nadi utama untuk sesebuah perniagaan. Jika kena pada cara dan tempatnya, amat mudah untuk anda mendapatkan pelanggan dalam masa yang singkat sahaja.
Apa yang perlu anda buat adalah dengan mengumpulkan kumpulan sasaran yang tepat. Jika anda menjual aiskrim kepada orang Eskimo, maka itu adalah perbuatan yang amat sukar.Tetapi jika anda menjual aiskrim kepada pengembara yang sesat di Gurun, adalah perbuatan yang amat mudah. Malah mereka ini sanggup membayar walau dengan harga RM20 bagi aiskrim yang modalnya hanya 20 sen sahaja.
Yang keduanya pula adalah semasa anda membuat promosi. Anda perlu fokus pada bagaimana anda dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan. Anda perlu memberitahu mereka apakah keuntungan dan kelebihan kepada mereka jika mereka mendapatkan produk yang anda promosikan kepada mereka. Anda perlu kurangkan fokus pada kelebihan produk tersebut. Anda perlu lebih fokus untuk memberitahu bahawa prospek akan lebih baik, hebat, sihat, bergaya, berkuasa, kaya dan berpengaruh jika mendapatkan produk anda.
4. Produk yang berkualiti tinggi.
Ini juga adalah salah satu aspek kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Dengan produk yang berkualiti, adalah amat mudah untuk anda menawan bakal pelanggan anda supaya mereka mendapatkan produk yang anda jual. Jika sebaliknya, produk anda mempunyai kualiti yang rendah, secara tidak langsung, kuasa word of mouth akan menjatuhkan kredibiliti pada produk anda kerana pelanggan yang tidak berpuas hati akan menyebarkan keburukan produk anda kepada calon-calon pelanggan anda yang akan datang.
Jika anda dapat menawan pelanggan anda dengan produk yang berkualiti tinggi, secara tidak langsung ia akan memberi keuntungan kepada anda untuk jangka masa yang panjang.
Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, anda hendaklah melayan mereka dengan cepat dan berikan perkhidmatan yang terbaik. Jika kita tengok sekarang ini, tidak hairanlah mengapa restoran-restoran makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan lain-lain mendapat permintaan yang tinggi. Ini adalah kerana pelanggan sememangnya tidak suka untuk menunggu lama!
5. Penjenamaan yang hebat!
Penjenamaan juga adalah amat penting dalam apa jua perniagaan. Walaupun anda hanya menjual pisang goreng sekali pun, anda perlu mempunyai jenama yang hebat untuk berjaya dan dikenali ramai. Dengan adanya jenama yang kuat dan sentiasa diingati dalam minda pelanggan, perniagaan anda akan memberikan impak yang sangat besar dalam pasaran. Secara tidak langsung juga, jenama yang anda bina itu akan menguatkan lagi nama produk tersebut untuk lebih dikenali oleh pelanggan-pelanggan baru.
Sekiranya jenama produk tersebut berjaya untuk memenangi hati pelanggan, dengan secara tidak langsung nama produk itu juga akan sentiasa dikenali dan berada dalam minda pelanggan itu sendiri. Walaupun proses ini agak mengambil masa yang agak lama, terutama sekali jika produk tersebut adalah baru yang ingin bersaing dengan produk yang sedia ada dalam pasaran, namun masih tidak terlewat untuk anda bekerja lebih keras untuk memastikan aktiviti penjenamaan itu berlaku seiring dengan pertumbuhan perniagaaan anda.
credit to : Irfan Khairi
Label
Job
,
Mcm2
,
My References
,
Tips
Langkah Awal Buat Duit menggunakan Blog
Cara terbaik untuk buat duit secara online adalah bermula dengan sesuatu yang anda suka . Adakah anda menyukai bola sepak ,minat peliharaan haiwan, atau memasak? Perkara yang ingin ditunjukkan di sini adalah bahawa anda boleh menjana pendapatan secara online dengan apa yang anda suka lakukan atau apa yang anda suka belajar dan pelajari.
Internet penuh dengan begitu banyak maklumat dan peluang menjadikan anda mudah untuk lakukan. Dengan melakukan apa yang anda suka, sikit demi sikit , minat juga boleh dijadikan sebagai kerjaya anda.
Cara Mulakan Perniagaan Online dengan Bermula dari Minat anda.
Terdapat banyak cara untuk memulakan perniagaan dengan mengikut minat atau hobi anda. Berikut beberapa perkara yang anda boleh pertimbangkan apabila ingin menjalankan perniagaan online.
Blogging: Idea blog adalah pantas dan sangat popular. Anda boleh mulakan blog pada topik yang anda minat untuk dikongsikan. Ia adalah mudah untuk menulis kandungan yang berkualiti berdasarkan minat yang ada pada anda , sehingga akhirnya membina blog secara serius sehingga dapat menarik perhatian pengiklan.
Pengiklan sanggup untuk meletakkan iklan produk mereka di blog anda dengan bayaran yang ditetapkan oleh anda. Pengiklan tidak teragak-agak meletakkan iklan diblog anda jika pengiklan dapat perolehi faedah dari promosi iklan di blog anda. Selain dari itu, Syarikat-syarikat seperti Google juga bersedia untuk meletakkan iklan yang dipanggil iklan AdSense (http://www.google.com/adsense) di blog anda. Satu lagi syarikat yang juga popular untuk pengiklanan di blog anda adalah NuffNang (http://www.nuffnang.com.my)
Untuk setiap klik dari pengunjung blog anda klik pada iklan tersebut , anda akan mendapat ‘komisen’ daripada hasil iklan atau kos klik tersebut. Apa yang benar-benar yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan blog yang berkualiti. Ini adalah sebab tunggal dan utama mengapa membina perniagaan online di sekitar subjek atau bidang yang anda suka adalah sangat penting untuk kejayaan anda.
Yatt tak lepaskan peluang untuk jana duit melalui blog. biarpun jarang update CPUV campaign still on going u olls.Alhamdulillah rezeki. tak kluaq modai n ayaq liuq pun berblog ni just taip je apa yg ko suka janji tak melebihi batas. 1st cek dari nuffnang untuk yatt awak-awak boleh tengok kat sini .
credit to : Irfan Khairi
Sep 17, 2013
Mee Udang D'King Sungai Petani sempoi baq ang
Masa balik dari pergi jemputan dari BizCS ahli NEF di Pulau Pinang minggu lepas 6 September sempat singgah Kedai Makan Mee Udang D'King. 1st time nak cuba makan dengan family kat situ. Yang suggestnya op coz la abang sulong yatt tu dia kan orang SP.hihi.. rumah pun kat Sp tapi keja nun kat Jitra nu Kolej Komuniti Jitra as a lecturer. heu heu..memang keja dia ulang alik je la dari Sp ke Jitra. kuat semangat abg muim yatt neh. haha.. moga Tuhan sentiasa memelihara dia sentiasa. InshaAllah.. same goes to my lil brother too.. asyraf, keja kat Sirim Penang n kdg2 ulang alik pegi Merbok rumah Mertua dia.
ok!stop!kita cita pasai mee udang depa ni pulak noo.. memang terbaik bro.. kuah dia ala2 char kuew teow. kuahnya banjir melimpahi mangkuk yang besaq gedabak tu. udangnya pulak perghh besaq2 n fresh2 gitu.
tak menyesal pekena 2 mangkuk besaq ntuk family kami. haku tambah 2 kali eh bukan berkali2 tak ingat berapa.hehe.. so tau sedap2 tak sedap jom layan gambaq mee udang yang melimpah ruah tu.

Aug 23, 2013
Personaliti Ikut Jenis Darah
Alhamdulillah, hari ini, Yatt nak kongsikan personaliti ikut jenis darah. Jom tengok, yang mana satu kumpulan darah anda ? Ujian personaliti mengikut jenis darah ini dilakukan dari segi psikologi sahaja untuk membuat penyelelidikan. Jadi, jangan terlalu taksub dan percaya ya
~SHARING IS CARING~
LIKE, SHARE & KOMEN
Kumpulan Darah O
Anda adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi.
Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
Kumpulan darah A
.... Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
Kumpulan Darah B
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi.
Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
Kumpulan Darah AB
Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghibur orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.
Apa kumpulan darah anda?....

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)

.jpg)