Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

May 30, 2014

"A Journey of Two Becoming One "


Istri adalah :
1. Org yg akan mendampingimu seumur hidup.
2. Org yg akan melahirkan anak"mu, walau dgn penuh rasa sakit.
3. Org yg merawatmu sampai tua.
4. Org yg akan merawatmu pd saat kau sakit.
5. Org yg akan sllu mendukung walau kau gagal berpuluh" bahkan beratus" kali.
6. Org yg memberikan hidupnya untukmu.
Bahkan ia membuang egonya demi bersamamu.
Bahkan saat kau menyakitinya, ia tetap berada di sampingmu..

Sedangkan suami adalah:
1. Org yg akan menjagamu seumur hidupmu.
2. Org yg berkorban untukmu.
3. Org yg menafkahimu.
4. Org yg merawatmu pd saat kau sakit.
5. Org yg memelukmu pada saat kau sedih.
6. Org yg ingin membuatmu bahagia.

Mrka sama berharganya, hanya saja mrka mempunyai perbedaan" yg kadang membuat mrka menyakiti 1 sama lain, & itu hanya dpt diatasi dgn pengertian dari kedua belah pihak.

Hidup itu singkat.
Trllu singkat utk berbagai pertengkaran.
Mengapa tdk km bahagiakan saja pasanganmu, & mengisi hari" kalian dgn penuh cinta, & membuat pasanganmu tersenyum lbh lebar tiap harinya?
Bukankah itu lbh baik & bhgia dibanding saling menyakiti?
Walaupun byk hal, dmna kenyataannya tak mudah utk dilalui, bahkan terkadang enggan utk melaluinya.

Like n Share ^^




Apr 15, 2013

Jangan MENJUAL tapi MEMBANTU


Antara perkara yang menarik minat saya adalah katanya ‘JANGAN MENJUAL’. Ia Jangan Menjual tapi fokus kepada membantu. Kenapa pula perlu membantu? Ini menurut beliau dalam perniagaan, 2 matlamat asas kepada perniagaan adalah

i.                     Bantu selesaikan masalah orang lain

ii.                   Menambah nilai kepada hidup orang lain

Inilah yang dimaksudkan oleh Dr Azizan, katanya kena berkongsi sama apa juga yang kita lakukan dengan orang lain. Bantu selesaikan apa masalah yang ditanggungnya dan memberi nilai tambah kepada kehidupan orang lain. Yang perlu diutamakan terlebih dahulu dalam melakukan jualan sebelum memikirkan pulangan yang bakal kita hadapi.

Satu konsep yang betul dan benar. Sebelum menikmati keuntungan yang banyak, bantu dan tolong orang terlebih dahulu. Fikirkan kebajikan dan bantuan pada orang lain sebelum boleh fikirkan keuntungan yang bakal kita perolehi. Seperti konsep berdakwah, jangan difikirkan kesukaran kita melakukan dakwah kepada orang tetapi fikirkan berapa ramai yang boleh dimanfaatkan ilmu yang telah kita dakwahkan ke jalan yang benar lagi lurus perbetulkan hidup dan kesetiaan kepada yang Maha Esa. Memang akan terjadi dan berlaku banyak dugaan, cabaran dan dugaannya tidak terperi. Tapi ganjarannya? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kerana itu apabila kita hendak melakukan jualan apa yang harus kita lakukan adalah

i.                     Niat dengan betul supaya tindakan kita diperbetulkan dahulu.

ii.                   Bantu dan tolong seramai yang mungkin

iii.                  Fikirkan pada orang lain dahulu sebelum fikirkan tentang diri kita terlebih dahulu. Senang mereka senang juga kita nanti.

iv.                 Mendidik diri kita agar tidak tamak dan pentingkan diri sendiri

v.                   Keuntungan akan datang dengan sendirinya apabila orang telah berpuas hati dengan apa yang telah kita jualkan

vi.                 Ganjaran Allah akan kita peroleh kerana niat dan tindakan kita terlebih dahulu adalah untuk membantu dan memenuhi apa yang mereka mahukan dan perlukan

vii.                Untung di dunia untung di akhirat

Suatu kisah yang diriwayatkan oleh 'Umar bin Jabir, pada suatu hari, di waktu tengah hari beliau ('Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan seharian pekerjaan mereka sebagai pemburu, di mana keadaan ekonomi ketika itu sangat susah dan lemah. Rasulullah amat simpati dan berubah wajah baginda menampakkan kesedihan. Oleh kerana kaum ini sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan pada waktu itu, maka Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya, kemudian beliau keluar dan menyuruh Bilal melaungkan azan dengan tujuan memanggil orang ramai supaya berhimpun. Kemudian Rasulullah sembahyang sunat dua rakaat dan baginda terus berpidato dengan tujuan meminta dan menyeru kepada orang ramai agar memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum yang datang supaya dapat melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut. 

Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang ringgit, pakaian dan juga bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa orang lelaki yang terdiri daripada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian yang secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah Rasulullah s.a.w. berkata: "Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah tamar", kata-kata Rasulullah itu memperlihatkan wajahnya kembali bersinar putih bersih tanda kegembiraan di atas sambutan oleh orang ramai itu, kemudian Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada’ (Riwayat Muslim)

Pengajaran daripada hadis di atas dapat difahami bagaimana Rasulullah membuka jalan sebagai laluan kepada orang Islam untuk menolong saudaranya yang dalam kesusahan, kegawatan ekonomi, menghadapi situasi mengharungi arus kehidupan, serta membasmi kemiskinan dan kefakiran dengan apa sahaja yang mampu diberi sebagai tanda simpati serta menghulur bantuan sama ada makanan, pakaian ataupun wang ringgit.

Imam Malik pernah berkata ‘Apabila seseorang insan itu tidak memperlihatkan kebaikan pada dirinya maka orang ramai tidak mengakui kebaikan padanya’.

Firman Allah SWT bermaksud “Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut oleh mu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat’. (Surah Al-Maidah: 2)

Sabda Rasulullah SAW ‘Allah akan sentiasa membantu hamba Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain’ (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Jadi tunggu apa lagi, jelas di paparkan di sini betapa terlalu banyak kebaikannya dalam kita membantu dan menolong pada orang yang benar-benar memerlukannya. Bantu seramai yang termampu dan ketepikan seketika berapa banyak komisen yang akan kita peroleh. Lagi banyak yang kita bantu lagi banyaklah perolehan yang bakal kita peroleh. Jangan gentar dan jangan dirisaukan. Kerana ini semuanya janji Allah kepada kita atas ganjaran dari Nya untuk kita hanya disebabkan niat dan perbuatan kita untuk membantu dan menolong orang seramai yang termampu.
 


Mar 19, 2013

Dalam Mencari Kesempurnaan yang Tidak Sempurna


Dalam kita mencari kesempurnaan.. dalam setiap nafas yang di hela... dalam setiap butir bicara manusia..
dalam gelap ...dalam terang... dalam mimpi mahupun realiti... 
tapi...
telah termaktub bahawa manusia hanya hamba yang tidak sempurna..
Allah yang Maha sempurna...

Kita mencari kesempurnaan pada pandangan mata hina manusia... namun kita tidak sedar yang Allah lebih mengetahui apa yang lebih sempurna untuk kita hambanya...

Dalam setiap sujud, doa dan tahajud, kita pohon pada-Nya kehendak kita mengikut perancangan manusia...
namun siapa yang lebih baik perancanganya melainkan yang Maha Esa...

Dalam kita percaya dengan iman yang tipis... kita menduga perancangan-Nya... namun tanpa izin-Nya... kita salah dalam mentafsir...
Siapa kita untuk menduga perancangan-Nya?!

Dengan fikiran yang sempit, akal yang sejengkal, dan setitik ilmu ... sudah pasti kita terlampau kerdil 
disisi-Nya... 

Dalam angan dan impi, memasuki syurga-Nya... kita mungkin terjerumus dalam neraka yang paling dalam...

Dalam kita cuba berbakti, dalam kita cuba menyenangkan orang lain... hati sendiri tidak terjaga, hati sendiri jatuh dalam air busuk, hati sendiri yang hancur bak kaca menghempas batu, hati sendiri yang pedih umpama luka disapu garam...

Siapa kita untuk menentukannya?

Hamba yang hina, yang alpa, yang lalai, yang lupa, yang angkuh... 
Sebaiknya..serahkan pada yang Maha Esa.. 
Usaha sebaiknya dan tawakal pada ketentuan-Nya...


Mar 9, 2013

Master Proposal in Mathematics Education


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Tiada apa yang nak diperkatakan sekarang, cuma masa untuk Tie struggle siapkan master proposal dan submit pada supervisor. InsyaAllah minggu depan nak buat appointment dengan sv. Dan berharap sangat sv berpuas hati dengan proposal tu. 

Sem baru ni dah tak perlu ulang alik ke UPSI Alhamdulillah segala penat lelah selama 2 sem total up CGPA 3.87 cuma sekarang kena siapkan research je then complete my master. Apa hala tuju selepas Master? InsyaAllah Mathematics Lecturer/Tutor. Dan sekiranya masih belum menerima apa2 tawaran akan sambung lagi dengan duit hasil titik peluh sndri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Suami? hehehe..dia tetap kena bantu. Selama sambung Master ni pun duit hasil ttik peluh sndiri plus yuran pengajian KPT yang bayar (biasiswa MyBrain MyMaster~u all boleh google dan apply~sangat membantu). 

Biasiswa MyBrain sampai tahun 2015 so boleh mohon lagi ntuk sambung ke peringkat lebih tinggi (PHD) ^_^ sangat seronok dalam alam belajar dan bekerja ni. Dua2 dapat, pengalaman dan pembelajaran.

Kerja pula sekarang macam2 kena buat tapi Tie tetap balancekan antara kerja dan belajar dan jadi isteri n ibu :) 

Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. ikhlaskanlah dalam melakukan sesuatu perkara walaupun kadangkala ianya pahit atau manis sekalipun ~ adios Assalamualaikum


Jan 23, 2013

Emas atau Braces?

Emm, emas atau braces? Haritu Tie ada cakap kalau dapat balik claim yuran sem 1 dari KPT Tie nak beli emas, memang Tie ada beli tapi ciput aja cuma cincin. beria je dulu ckap nak beli gelang bagai  :) Dan sekarang dapat pula Zakat Pelajaran, Tie ingat nak braces gigi la supaya masa viva Master nanti lebih yakin nak present. So InsyaAllah this weekend akan ke Klinik Pakar Gigi Sungai Petani. So tunggu next entry Tie bergigi besi insyaAllah. :)

Dec 24, 2012

Jom buat Checklist Azam 2013


Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah; bertemu lagi! Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya kali ni. Pertama sekali; saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua readers, followers, etc. Semoga tahun baru 2013 bakal dipenuhi keceriaan, kebahagiaan, keriangan dan kejayaan buat anda semua.. insyaAllah… amen.. 

Dah pasang azam? Isu dominan dengan tahun baru adalah azam… cita-cita… impian… harapan dan niat yang ditanam di hati, mahupun ditulis di atas kertas. Bercakap mengenai azam, saya percaya setiap dari kita menanamkan azam yang positif. 

Dunia sekarang telah melalui fenomena hijrah yang lebih positif terutamanya artis-artis terkenal di Malaysia, tak kurang juga masyarakat awam. Alhamdulillah, saya juga cukup gembira dengan perubahan masyarakat kita dewasa ini. Sesuai dengan kemodenan arus dunia, rasanya cukup cantik sekiranya dunia seimbang antara tuntutan dunia dan bekalan ke alam yang kekal di sana. Sebut tentang azam lagi, harap-harap azam kita seiring dengan keperluan di dunia dan bekalan hingga ke JANNAH… InsyaAllah.. 

Justeru, dengan penuh kesyukuran atas rahmatNYA yang telah dikurniakan kepada kita, saya ingin kongsikan beberapa azam yang mungkin dapat membantu anda meningkatkan keimanan dalam diri.. kerana apa? Kerana…. Mujahadah paling pahit dan besar adalah berjuang dalam diri sendiri untuk mengekalkan keimanan atau dalam erti kata yang lain untuk istiqamah. Bermujahadah untuk lebih istiqamah dalam iman @ berjuang untuk mencari sebuah keimanan yang bebas dengan bisikan syaitan laknatullah yang sentiasa menyesatkan manusia.. 

Sebenarnya, beberapa cadangan azam yang saya copy paste ini dipetik dari carian uncle google. Artikel ini merujuk kepada amalan murah rezeki sebenarnya, namun ia tetap sesuai untuk dijadikan azam kita… Jadi, mari sama-sama highlight mana ciri @ amalan @ cadangan yang boleh dijadikan azam tahun 2013 kita… Jika mahu diubah sedikit mengikut kesesuaian & kemampuan diri kita juga boleh… kerana Islam itu Indah & Mudah… 

Sedikit catatan tahun baru dari saya; Semoga gembira dan diredhai selalu! Walau usia bertambah seiring pergerakan masa, namun! Ingat… untuk sentiasa ceria.. walau berapa usia anda setelah pertambahan setiap tahun!.. Yang penting; perbaiki diri, hiasi peribadi, untuk bahagia hakiki… Jauhi hasad dengki. insyaAllah.. usia bukan lagi pada wajah. J 

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. 

Diantaranya: 

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.) 

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.) 

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) 

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”(Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”(Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) 

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Sekian, wassalam... Selamat Tahun Baru 2013!!... 


Dec 1, 2012

YANG BERNAMA ISTERI WAJIB BACA!!



Salam, sedikit perkongsian dibawah ini baik diamal dan diketahui oleh para isteri agar kelak anda menjadi para isteri yang solehah, yang pasti dijanjikan syurga buat anda. Sedikit perihal tanggungjawab isteri pada suami dan anak-anak :

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah berhias diri untuk menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yg menarik perhatiannya. 

2. Berikan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna serta berhias diri sentiasa. Selitkan jelingan manja. 

3. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih mengharapkan kesetiaan. Janganlah lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama kehendak batiniah suaminya dan kedua menjaga makan minum suaminya. 

4. Banyaklah membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta2 kerana ini akan menyebabkan suami anda akan berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama2lah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal2 yg mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan ekonomi rumahtangga. 

5. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ini patut dilakukan setiap hari, walaupun anda telah beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk melakukan itu semua. 

6. Apabila ada saja kesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri2 menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan2. 

7. Jadikan amalan untuk menidurkan anak2 anda lebih awal dari masa anda masuk tidur. Amalkan juga tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalm kehidupan berumahtangga. 

8. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu anda tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah padanya. Ini akan meyebabkan ia jauh hati dan merajuk. 

9. Jagalah anak2 anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak2 anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak2 anda di depan suami anda , suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yg disayanginya. 

10. Selalulah memicit2 dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok2 badannya. 

11. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimutlah bersama suami anda. Ciumlah suami anda dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberi pengertian bahawa "hanya kaulah satu2nya kekasihku di dunia ini". Bila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda ingin membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya. 

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara2 yang baik saja. Itulah tanda anda benar2 mengasihi suami anda. 

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk bersetubuh dangan anda, layanilah dia walau bagaimana pun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham mengenai keperluan suaminya dari segi sudut seks.Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami merasa bosan terhadap anda. 

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda 'untuk bersama'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya lajukan godaan yang halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda2 anda memerlukan 'untuk bersama'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan. 

15. Apabila anda 'bersama' dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedang anda sangap, menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanifestasikan cintanya. 

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkan kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. 

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjalin silaturahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda di syurga. 


Sumber asal : http://halaqah.net

Wassalam, Wa'allahhualam.