Showing posts with label kOje. Show all posts
Showing posts with label kOje. Show all posts

Jan 8, 2014

Tips Memulakan Bisnes


Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yang mempunyai ciri-ciri di bawah ini:

1. Bisnes itu modalnya besar, sampai kita terpaksa gunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kita bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP untuk membuka bisnes.

2. Jangan meminjam duit modal bisnes sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank. Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka. Nanti bisnes gulung tikar, hartanah pula dilelong oleh bank.

3. Jangan meminjam duit adik beradik ataupun kaum keluarga. Nanti sudahlah bisnes kita tutup, bergaduh pula dengan adik beradik dan ipar-duai.

4. Jangan menyewa kedai. Gagal membayar sewa kedai adalah punca utama bisnes kita terpaksa ditutup.

5. Jangan buat bisnes yang skillnya tidak ada pada kita. Jangan buka kedai makan kalau kita tidak pandai masak. Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.

6. Jangan buka bisnes francais. Francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.

7. Jangan buka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.

8. Jangan buat produk terkilang. Kos membuat produk terkilang adalah sangat mahal. Ia memakasa kita membuat pinjaman bank.




Bisnes yang bagus sebagai bisnes pertama:

1. Modalnya kecil. Kalau lingkup, tangan kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.

2. Kita mempunyai skill yang diperlukan.

3. Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.

4. Dapat kita buat bisnes itu sendiri-sendiri. Kemudian, apabila bisnes sudah berkembang, baru ambil pembantu.



Kebaikan Rakan Kongsi dalam Perniagaan





Kebaikan rakan kongsi dalam perniagaan seperti berikut:
  • Membantu mengurangkan kos permulaan perniagaan (start-up cost).
  • Mudah untuk menguruskan perniagaan seperti tanggung-jawan dan juga kerja pengurusan.
  • Risiko yang akan dihadapi boleh dibahagi sama rata dengan rakan kongsi.
  • Rakan kongsi anda akan menjadi pembekal semangan motivasi untuk perniagaan.


Biasanya omputih kata, ” One Man Control Business is the best Business In The World”. 

Keburukan atau kontra rakan kongsi dalam perniagaan seperti berikut.
  • Anda tidak punyai hak mutlak dalam syarikat.
  • Keuntungan yang diperolehi perlu dibahagi sama rata.
  • Apa saja tindakan rakan kongsi anda, anda juga terbabit.

Penerangan tentang perjanjian bersama yang disebutkan.
  1. Setiap ahli rakan kongsi mempunyai hak mengambil bahagian aktif dalam pengurusan dan adiminastrasi syarikat.
  2. Buku akaun syarikat perlu disimpan di pejabat operasi syarikat dan setiap rakan kongsi mempunyai hak akses untuk melihat atau memeriksa akaun sayrikat dan rakan kongsi boleh dapatkan bila-bila masa salinannya.
  3. Setiap rakan kongsi berhak berhenti  menjadi rakan kongsi dengan hanya dipersetujui oleh rakan-rakan kongsi yang lain.
  4. Setiap rakan kongsi mempunyai hak untuk kongsi bersama keuntungan dan juga kerugian.
  5. Sekiranya untuk mencukupkan aliran tunai syarikat, sekiranya ada rakan kongsi memberi pendahluan atau memberi pinjaman , dia berhak memperolehi kembali pinjamannya berserta denga jumlah tambahan yang telah dipersetujui oleh rakan-rakan kongsi.
  6. Setiap rakan kongsi punyai hak untuk melarang ahli rakan kongsi baru dan juga menghalang dari persaraan rakan kongsi yang tersedia ada.
  7. Setiap rakan kongsi mempunyai hak untuk saman di makamah untuk mencairkan syarikat (dissolution) disebabkan kegagalan dalam perniagaan. Perkara ini cuma boleh dilakukan apabila dalam keadaan kecemasan dimana dari syarikat menanggung hutan yang lebih berat.
  8. Semua rakan kongsi dilarang menjalankan perniagaan yang sama operasinya atau menggunakan nama syarikat .

Berikut adalah tugas-tugas yang dipertanggung-jawapkan kepada setiap rakan-rakan kongsi:
1. Setiap rakan kongsi perlu bertanggung-jawab untuk memajukan perniagaan yang disertainya.
2. Setiap rakan kongsi perlu berkerja bersungguh-sungguh mengikut kemampuannya untuk menjalankan perniagaan.
3. Setiap rakan kongsi dilarang menjalankan perniagaan sendiri atau pun mengambil peluang mencuri pelangan atau pun pekerja syarikat bagi menjalankan perniagaan persendirian yang akan memudaratkan syarikatnya.
4. Buku akaun sayrikat perlu sentiasa dikemas kinikan untuk paparan semua rakan kongsi.
5. Semua rakan kongsi bukan saja mempunyai hak keuntungan tetapi segala hutang yang ditanggung syarikat juga perlu dibahagi sama-rata.
6. Setiap rakan kongsi dilarang menggunakan harta sayrikat untuk kegunaan peribadi.
7. Setiap rakan kongsi perlu ikhlas, tawakal pada Allah SWT, bertanggung jawab pada kemasyarakatan dalam menjalankan perniagaan.
Penjelasan di atas cuma adalah contoh yang perlu terdapat dalam surat perjanjian bersama (Mutual Aggrement) sebelum anada mula menjalankan perniagaan. Anda boleh tambahkan atau buang apa saja dari perbincangan dengan rakan kongsi. Perjanjian bersama ini bukan saja memberi kebaikan kepada syarikat, untuk anda dan rakan kongsi anad lebih yakin dengan syarikat yang anda bakal tubuhkan. Wassalam.

Sep 18, 2013

Resepi Asas untuk Membina Laman Web Perniagaan

Berikan satu pengalaman yang menarik kepada pengunjung laman web anda, terutamanya untuk pengunjung pertama kali. Pelawat akan membuat keputusan dalam masa bebarapa saat untuk meneruskan melayari laman web anda ataupun menekan butang ‘ X ‘ untuk tidak mahu  melihat laman web anda. Halaman utama laman web adalah penting untuk memastikan pengguna laman web anda terus membaca mengenai produk perkhidmatan anda. Berikut adalah beberapa tip asas  perlu ada untuk laman web .
1. Meletakkan header text /image yang menarik minat pengunjung laman web anda. Pemilihan ayat yang sesuai dalam memperkenalkan pengunjung mengenai laman web anda untuk terus mengunjungi laman web anda. Pemilihan header text yang baik dan memukau para pengunjung laman web anda perlu difikirkan. Dimana syarikat-syarikat besar sanggup membelanjakan modal yang besar untuk membayar kepada pihak professional untuk menghasilkan header text untuk perniagaan mereka.
2. Mengutamakan perkara penting mengenai penyelesaian masalah pengunjung laman web.  Jika anda mempunyai sesuatu yang anda benar-benar mahu pengunjung laman web anda untuk melihat, seperti produk perkhidmatan  yang ingin diketengahkan, maka pastikan anda meletakkannya di atas, iaitu, di bahagian atas halaman sebelum pengguna perlu skrol ke bawah.
3. Meletakkan gambar produk perkhidmatan yang jelas. Gambar yang jelas dan sesuai dengan laman web anda akan memberikan impak yang tinggi kepada jualan dan dapat menarik minat pelanggan anda untuk membeli dari laman web anda.  Keburukan meletakkan gambar yang kurang jelas akan menimbulkan rasa was-was pembeli untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda , ini juga akan memberi pengalaman buruk kepada jualan anda.
4. Mewujudkan identiti jenama yang jelas. Meletakkan gambar anda juga boleh membantu anda mewujudkan identiti jenama anda. Berbuat demikian adalah penting untuk membezakan diri anda daripada pesaing anda. Dengan meletakkan gambar anda, anda juga dapat membina kredibiliti  dalam perniagaan yang anda jalankan.

5. Sistem bayaran yang mudah. Pastikan ia mudah untuk pelanggan anda membuat bayaran untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda dengan menyediakan pelbagai kaedah dan cara pembayaran. Memudahkan pelanggan memastikan  pelanggan anda tetap kembali mendapatkan produk perkhidmatan melalui anda, walaupun banyak diluar sana mempunyai pesaing-pesaing dalam industri anda.

credit to : Irfan Khairi

Langkah Awal Buat Duit menggunakan Blog

Cara terbaik untuk buat duit secara online  adalah bermula dengan sesuatu yang anda suka . Adakah anda menyukai bola sepak ,minat peliharaan haiwan, atau memasak? Perkara yang ingin ditunjukkan di sini adalah bahawa anda boleh menjana pendapatan secara online dengan apa yang anda suka lakukan atau apa yang anda suka belajar dan pelajari.
Internet penuh dengan begitu banyak maklumat dan peluang menjadikan anda  mudah untuk lakukan. Dengan melakukan apa yang anda suka, sikit demi sikit , minat juga boleh dijadikan sebagai kerjaya anda.
Cara Mulakan Perniagaan Online dengan Bermula dari Minat anda.
Terdapat banyak cara untuk memulakan perniagaan dengan mengikut minat atau hobi anda. Berikut beberapa perkara yang anda boleh pertimbangkan apabila ingin menjalankan perniagaan online.
Blogging: Idea blog adalah pantas dan sangat popular. Anda boleh mulakan blog pada topik yang anda minat untuk dikongsikan. Ia adalah mudah untuk menulis kandungan yang berkualiti berdasarkan minat yang ada pada anda , sehingga akhirnya membina blog secara serius sehingga dapat menarik perhatian pengiklan.


Pengiklan sanggup untuk meletakkan iklan produk mereka di blog anda dengan bayaran yang ditetapkan oleh anda. Pengiklan tidak teragak-agak meletakkan iklan diblog anda jika pengiklan dapat perolehi faedah dari promosi iklan di blog anda. Selain dari itu, Syarikat-syarikat seperti Google juga bersedia untuk meletakkan iklan yang dipanggil iklan AdSense (http://www.google.com/adsense) di blog anda. Satu lagi syarikat yang juga popular untuk pengiklanan di blog anda adalah NuffNang (http://www.nuffnang.com.my)
Untuk setiap klik dari pengunjung blog anda klik pada iklan tersebut , anda akan mendapat ‘komisen’ daripada hasil iklan atau kos klik tersebut. Apa yang benar-benar yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan blog yang berkualiti. Ini adalah sebab tunggal dan utama mengapa membina perniagaan online di sekitar subjek atau bidang yang anda suka adalah sangat penting untuk kejayaan anda.

Yatt tak lepaskan peluang untuk jana duit melalui blog. biarpun jarang update CPUV campaign still on going u olls.Alhamdulillah rezeki. tak kluaq modai n ayaq liuq pun berblog ni just taip je apa yg ko suka janji tak melebihi batas. 1st cek dari nuffnang untuk yatt awak-awak boleh tengok kat sini .
credit to : Irfan Khairi

Apr 15, 2013

Jangan MENJUAL tapi MEMBANTU


Antara perkara yang menarik minat saya adalah katanya ‘JANGAN MENJUAL’. Ia Jangan Menjual tapi fokus kepada membantu. Kenapa pula perlu membantu? Ini menurut beliau dalam perniagaan, 2 matlamat asas kepada perniagaan adalah

i.                     Bantu selesaikan masalah orang lain

ii.                   Menambah nilai kepada hidup orang lain

Inilah yang dimaksudkan oleh Dr Azizan, katanya kena berkongsi sama apa juga yang kita lakukan dengan orang lain. Bantu selesaikan apa masalah yang ditanggungnya dan memberi nilai tambah kepada kehidupan orang lain. Yang perlu diutamakan terlebih dahulu dalam melakukan jualan sebelum memikirkan pulangan yang bakal kita hadapi.

Satu konsep yang betul dan benar. Sebelum menikmati keuntungan yang banyak, bantu dan tolong orang terlebih dahulu. Fikirkan kebajikan dan bantuan pada orang lain sebelum boleh fikirkan keuntungan yang bakal kita perolehi. Seperti konsep berdakwah, jangan difikirkan kesukaran kita melakukan dakwah kepada orang tetapi fikirkan berapa ramai yang boleh dimanfaatkan ilmu yang telah kita dakwahkan ke jalan yang benar lagi lurus perbetulkan hidup dan kesetiaan kepada yang Maha Esa. Memang akan terjadi dan berlaku banyak dugaan, cabaran dan dugaannya tidak terperi. Tapi ganjarannya? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kerana itu apabila kita hendak melakukan jualan apa yang harus kita lakukan adalah

i.                     Niat dengan betul supaya tindakan kita diperbetulkan dahulu.

ii.                   Bantu dan tolong seramai yang mungkin

iii.                  Fikirkan pada orang lain dahulu sebelum fikirkan tentang diri kita terlebih dahulu. Senang mereka senang juga kita nanti.

iv.                 Mendidik diri kita agar tidak tamak dan pentingkan diri sendiri

v.                   Keuntungan akan datang dengan sendirinya apabila orang telah berpuas hati dengan apa yang telah kita jualkan

vi.                 Ganjaran Allah akan kita peroleh kerana niat dan tindakan kita terlebih dahulu adalah untuk membantu dan memenuhi apa yang mereka mahukan dan perlukan

vii.                Untung di dunia untung di akhirat

Suatu kisah yang diriwayatkan oleh 'Umar bin Jabir, pada suatu hari, di waktu tengah hari beliau ('Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan seharian pekerjaan mereka sebagai pemburu, di mana keadaan ekonomi ketika itu sangat susah dan lemah. Rasulullah amat simpati dan berubah wajah baginda menampakkan kesedihan. Oleh kerana kaum ini sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan pada waktu itu, maka Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya, kemudian beliau keluar dan menyuruh Bilal melaungkan azan dengan tujuan memanggil orang ramai supaya berhimpun. Kemudian Rasulullah sembahyang sunat dua rakaat dan baginda terus berpidato dengan tujuan meminta dan menyeru kepada orang ramai agar memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum yang datang supaya dapat melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut. 

Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang ringgit, pakaian dan juga bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa orang lelaki yang terdiri daripada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian yang secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah Rasulullah s.a.w. berkata: "Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah tamar", kata-kata Rasulullah itu memperlihatkan wajahnya kembali bersinar putih bersih tanda kegembiraan di atas sambutan oleh orang ramai itu, kemudian Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada’ (Riwayat Muslim)

Pengajaran daripada hadis di atas dapat difahami bagaimana Rasulullah membuka jalan sebagai laluan kepada orang Islam untuk menolong saudaranya yang dalam kesusahan, kegawatan ekonomi, menghadapi situasi mengharungi arus kehidupan, serta membasmi kemiskinan dan kefakiran dengan apa sahaja yang mampu diberi sebagai tanda simpati serta menghulur bantuan sama ada makanan, pakaian ataupun wang ringgit.

Imam Malik pernah berkata ‘Apabila seseorang insan itu tidak memperlihatkan kebaikan pada dirinya maka orang ramai tidak mengakui kebaikan padanya’.

Firman Allah SWT bermaksud “Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut oleh mu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat’. (Surah Al-Maidah: 2)

Sabda Rasulullah SAW ‘Allah akan sentiasa membantu hamba Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain’ (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Jadi tunggu apa lagi, jelas di paparkan di sini betapa terlalu banyak kebaikannya dalam kita membantu dan menolong pada orang yang benar-benar memerlukannya. Bantu seramai yang termampu dan ketepikan seketika berapa banyak komisen yang akan kita peroleh. Lagi banyak yang kita bantu lagi banyaklah perolehan yang bakal kita peroleh. Jangan gentar dan jangan dirisaukan. Kerana ini semuanya janji Allah kepada kita atas ganjaran dari Nya untuk kita hanya disebabkan niat dan perbuatan kita untuk membantu dan menolong orang seramai yang termampu.
 


Nov 12, 2012

Majikan perlu terbuka soal penawaran gaji

Oleh Pegawai Penyelidik,
Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

PADA tahun 2009 sahaja lebih 49.6 peratus (%) pendapatan isi rumah dikuasai oleh golongan yang berpendapatan 20% tertinggi di negara kita. Golongan 80% lagi yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan sederhana dan kumpulan yang berpendapatan rendah, berkongsi lebihan pendapatan isi rumah yang berbaki 50% tersebut. Bumiputera yang mewakili 64.9% daripada isi rumah pada tahun yang sama, 74.7% daripadanya berpendapatan di bawah RM2,000.

Persepsi makan gaji yang dilihat ideal bagi sebilangan besar masyarakat berbanding dengan bidang keusahawan dikatakan menyumbang kepada jumlah yang menerima pendapatan kurang dari RM2,000 ini.

Salah satu aspek yang sama pentingnya untuk ditangani ialah sejauh mana sebenarnya kesediaan majikan untuk menawarkan gaji atau upah yang tinggi kepada pekerja mereka pada konteks hari ini. Selama ini kita sering mendengar ramai majikan mengeluh bahawa kebanyakan calon pekerja tidak memiliki kriteria atau kemahiran tertentu yang diperlukan dalam organisasi,

Dengan kadar keluaran graduan yang meningkat saban tahun, adakah kita masih lagi tidak dapat menyediakan tenaga kerja yang mahir dan berkemahiran tinggi? Jika benar perkara ini berlaku maka dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan yang sedia ada hari ini adalah tidak menepati keperluan negara.

Tidak dinafikan semakin ramai tenaga kerja mahir dalam sesuatu bidang akan menekan pasaran buruh seterusnya mewujudkan satu garisan penawaran gaji yang dilihat kompetitif oleh pihak majikan. Akan tetapi apabila wujud unsur-unsur lain seperti peluang bidang pekerjaan yang sangat tidak seimbang, kemasukan tenaga kerja asing secara besar-besaran boleh menyebabkan tenaga kerja tempatan ini dinilai dengan lebih rendah.

Kecenderungan majikan yang mengambil kesempatan atas kekurangan ini juga tidak membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk sama-sama memacu ekonomi negara dengan pendapatan dimiliki mereka.

Sememangnya faktor keuntungan menjadi punca kepada mengapa sebahagian majikan tidak mahu menawarkan pendapatan yang sepadan kepada pekerja. Memaksimakan keuntungan tidak salah akan tetapi usaha ke arah penguntungan tersebut tidak boleh sehingga menzalimi pihak lain.

Islam sendiri tidak pernah mengehadkan nisbah keuntungan yang dingini oleh majikan mahupun peniaga. Akan tetapi keuntungan sehingga membawa kepada penindasan adalah dilarang sama sekali.

Kekurangan dan ketidakseimbangan dalam perolehan pendapatan isi rumah menjerat orang ramai ke arah pembentukkan masyarakat berhutang. Individu tidak lagi bekerja untuk mendapatkan pendapatan sebaliknya bekerja bagi melangsaikan hutang. Ini kerana pendapatan yang diterima hampir keseluruhannya digunakan bagi membayar kembali pinjaman dan kos penggunaan utiliti.

Faktor kurang kemahiran bukanlah satu-satunya penyebab mengapa ramai di kalangan rakyat tidak mampu memacu ekonomi negara akibat daripada pendapatan yang rendah. Meletakkan tanggungjawab kepada pihak pemerintah semata-mata untuk menyelesaikan permasalahan agihan pendapatan isi rumah yang tidak seimbang juga bukanlah satu tindakan yang tepat.

Sebagai majikan, kita juga bertanggungjawab untuk sama-sama mengurangkan ketaksamaan jurang pendapatan dengan bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk menawarkan gaji dan upah yang sepadan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja juga berdasarkan prestasi organisasi semasa.

Dalam Islam, meletakkan sesuatu pada tempatnya atau 'adil yakni dalam konteks menawarkan pendapatan yang setimpal adalah lawan kepada zalim yakni penindasan terhadap pekerja dari aspek penawaran gaji adalah dituntut.

- UTUSAN

Jul 25, 2012

Had Umur untuk Pengeluaran KWSP kekal 55 Tahun

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam menolak dakwaan bahawa kerajaan menaikkan had umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun kerana ingin memegang jumlah simpanan pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih lama.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, beliau mengesahkan bahawa had umur untuk mengeluarkan simpanan KWSP kekal pada umur 55 tahun walau had umur persaraan telah dinaikkan.

Beliau memberi jaminan bahawa had umur untuk mengeluarkan simpanan itu tidak akan dinaikkan kepada 60 tahun bagi membolehkan wang KWSP digunakan untuk menyokong kerajaan.

Katanya lagi, perubahan ke atas had umur untuk mengeluarkan simpanan hanya akan dibuat selepas rundingan secukupnya.

Tambahnya, syarikat yang ingin meningkatkan had umur persaraan sebelum dasar itu dilaksanakan boleh berbuat demikian dengan mengikut budi bicara mereka sendiri.

- BERNAMA