Jul 15, 2011

Kawan2 yang nak exam PTD esok mari amalkan doa neh..insyaAllah (^_^)

di luahkan Oleh puan yatie pada 10:07 PM
Reactions: 
Doa Penerang Hati

Amalkan doa ini setiap kali hendak menelaah pelajaran.
Jangan lupa membacanya apabila berada di dalam dewan
peperiksaan.

"Ya Allah! Bukakanlah hikmat-Mu dan turunkanlah rahmat dari
khazanah-Mu itu kepada kami.
Ya Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Doa Minta Tambah Ilmu

Sangat elok diamalkan untuk mendapat ilham-ilham
yang baik agar boleh diperturunkan ke dalam kertas jawapan. Doanya:

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau berikan kepadaku, dan berikan aku ilmu yang berguna bagi diriku.
Dan kurniakanlah aku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahkan
aku ilmu pengetahuan."


Doa Mudah Menghafaz

Usaha menghafaz kadang-kadang menjemukan, malah ada kalanya
boleh membosankan jika perkara yang dihafaz tidak mahu lekat di minda. Amalkan doa ini semoga Allah s.w.t. mempermudahkan:

"Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi dan hafazan para Rasul
serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu,
kurniakanlah kami kesihatan Wahai Yang Amat Mengasihani."

0 kOmen aku dOw:

Post a Comment

tq darling cOz sudi kOmen ^_^

 

yattpinkymaniac Copyright © 2012